in

Pak Tua Keliling Padang Dan Nyanyian Atas Bumbung Sekolah

Aku duduk di hostel sekolah tak lama sebenarnya. Cuma 8 bulan, baki 2 bulan tu aku cabut lari sebab stres (ngan kawan lelaki aku yang kurang beradab, tak kena layan ngan kawan baik sendiri-salah aku kot sebab tak pay attention kat dia, budak hostel main bola sepak dalam bilik-kasi aku naik hangin, dan tak boleh study sebab asyik ada perjumpaan ngan warden-sakit hati sebab konfem gagal paper Ekonomi). Tapi, bukan cerita tu yang aku nak cakap. Kisah pak tua keliling padang tu sebenarnya kisah senior aku, kawan kakak aku. Kata dia, masa dia duduk di hostel selama 7 tahun (Form 1- Upper 6), ada urban legend mengenai ksiah pak tua takde kepala keliling padang bola sepak yang berdepan dengan hostel budak lelaki 7 kali dan berhenti tepat2 kat tengah. Lepas tu hilang. Kisah pak tua ni memang terkenal dan bukan benda main2. Pak tua tu memang wujud. Pihak sekolah yang prihatin akan masalah tu telah mencuba kaedah Islam dan selepas tu, kisah pak tua tu hilang bersama pembangunan sekolah. Pak tua itu dikatakan askar Jepun kalah perang (actually tapak sekolah aku memang bekas tapak perang) tapi memandangkan pak tua tu takde kepala so takde bukti nak kata pak tua tu bermuka Jepun atau bermuka Western.

Pasal nyanyian atas bumbung sekolah, yang itu pasal kawan aku (aku panggil dia Ida). Dia memang sangat suka menyanyi lagu Siti Nurhaliza tak kira siang atau malam. Even lepas solat dia terus nyanyi apa je lagu yang terlintas kat dalam kepala. Kata budak bilik aku, kisah tu terjadi setahun sebelum aku masuk hostel. Ida yang sangat suka menyanyi tu duduk berehat waktu malam kat atas koridor tingkat tiga (tingkat paling atas lalu menyanyi lagu irama tradisional sambil sikat rambut dia yang panjang mengurai tu). Malam seterusnya, diorang dah nampak kelibat sebijik macam kawan aku tapi itu bukan Ida. Kawan aku balik kampung masa tu. Lepas tu, aku dengar dari budak hostel lain yang Ida kena warning, tak boleh menyanyi macam tu lagi. So yang ni maybe tak urban sangat kot.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa? (Part 1)

Jangan Letak Beg atas Loker Anda!