in

Ngesot

Cerita ni, berlaku dekat rumah yang aku duduk sekarang. Sebagai intro, aku ceritakan sikit sejarah rumah aku ni. Rumah aku ni dah usia lebih 30 tahun. Aku duduk sini pon dah lebih 20 tahun. Campur dengan rumah ni terbengkalai dalam 10 tahun.

Jadi dalam tempoh tu, tak mustahil ada penghuni lain yang book rumah tu awal-awal. Kebetulan pulak rumah ni dari kawasan hutan. Benda ni dalam 2 tahun lepas. Kalau tak silap aku. Masa ni aku tengah belajar lagi.

Rumah aku ni macam yang aku citer, selalu la ada gangguan. Orang berjalan keliling rumah, ketuk-ketuk tingkap. So, abah aku pun nak “pagarkan” rumah ni.

Masa ni family aku tolong akak aku, jagakan anak sedara aku sebab diaorang ni selalu sakit. Oops, lupa nak cakap. Akak aku pun ada 3 orang tau.

So, aku describe sama macam abang aku, akak no 1, no 2, no 3. Masa kes ni jadi, abang aku no 3 dan akak aku no 1 baru sampai rumah. Dalam pukul 11 lebih masa tu.

Bila sampai rumah, diaorang lepak kat dapur. Berbual-bual. Akak aku no 3 berbual dengan adik aku dalam bilik. Akak aku yang no 2 dah selamat tido dah masa tu.

Masa tengah-tengah adik aku bercakap, dia tutuplah pintu bilik. Tengah-tengah dia bercakap, pintu bilik terbuka. Perlahan je. “Krikkkkkkk!”

Adik aku pun tutup balik. Baru dia nak sambung berbual, pintu tu terbuka lagi. “Krikkkkkkkkkkk!” Masa tu adik aku dan akak no 3 dah terdiam.

Diaorang terus panggil abang aku. Lepas tu terus diaorang lari ke dapur. Dia cerita kat abang aku. Abang aku ketawa je sebab dia kata perasaan je tu.

Abang aku pun terus bangun nak ambil tuala. Masa dia otw ke pintu bilik dia, dia terus diam. Dia terus cakap, “Tak boleh jadi ni.”

Dia terus kejut akak aku yang tengah tidur tu. Mak aku tanya kenapa? Mula-mula dia tak nak cakap. Last-last dia bagitahu.

Masa dia berdiri tu, ada perempuan hodoh, mengesot keluar perlahan dari bilik aku, pergi ke pintu depan rumah aku.

Punyalah seram masa tu. Mula-mula kitaorang ingat ada benda menumpang abang aku masa dia otw balik. Rupanya baru aku teringat, masa abah aku azankan rumah, aku tutup pintu bilik aku. Sebab masa tu anak sedara aku tengah hyper.

Aku takut suara dia ganggu abah aku. Sekali aku buat bilik aku tak kena pagar. Tak lama pastu, abah aku pagarkan semula rumah tu. Mesti korang tertanya-tanya pahal rumah aku banyak nor makhluk-makhluk tu. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Padahal dah banyak kali pagar kot.

Nak dengar lagi tak? Kisah yang ni pendek sikit sebab benda ni mungkin tumpang lalu je kot. Masa benda ni jadi, abang aku tengah renovate dapur rumah aku. Dia pasang mozek. Tengah-tengah buat, simen tak cukup.

Dia pun suruh aku bancuh simen dalam baldi simen tu. Aku pun ajak la akak dan adik aku temankan. Korang tau tak citer phobia. Citer horror thai. Masa ni kitaorang obses gila tengok citer ni. Sampai terbawa-bawa dialog thai walaupun aku tak tau apa yang aku cakap.

Tengah-tengah bancuh tu, aku dengan akak aku pun sibuk la berbual dalam bahasa thai. Lepas habis berbual, aku ni boleh mulut celupar plak. Aku cakap, “Ntah-ntah apa yang kita cakap ni jampi panggil hantu.”. Habis je aku cakap, ko tau apa yang kitaorang dengar.

Suara perempuan ketawa sayup je dekat sebelah aku. Aku terus berhenti bancuh simen.

Adik kau boleh tegur, bunyi apa tu. Terus kitorang masuk rumah sambil bawak simen tu. Bila aku story dekat mak aku, terus kena syarah. Jangan cakap benda-benda yang kita tak tau maksud. Mungkin perkataan yang kita sebut satu pemujaan, yang kita sendiri tak sedar.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengalaman Benar Ternampak Hantu Pontianak Di Rumah Kg. Keningau

Rasuk