in

Nenek Tua Bongkok

Hi semua, nama aku Shaamel. Aku nak cerita kisah aku dengan semua. Kisah ini bermula sewaktu aku pindah rumah baru sewa di puchong. Aku tinggal di puchong bukan lah sebab apa, sebab ayah aku ada kerja yang perlu disiapkan dalam masa seminggu. Ini kisah yang aku nak ceritakan pada semua, sewaktu sampai aku dan adik ku mula memilih bilik tidur bilik yang aku nak adalah bilik di ruang dapur, adik aku biliknya di sebelah bilik mak dan ayah aku. Tiba malam aku lepas solat maghrib dan isyak macam biasalah layan phone. Pukul 12:15 aku mula rasa mengantuk, aku pun apa lagi tidur la. Tidur punya tidur, aku dikejutkan pukul 1 pagi kerana aku dengar ada orang yang mencakar tingkap aku. Aku pun apa lagi check tingkap aku tapi macam badan aku tak boleh gerak. 10 minit badan aku tak gerak, aku lawan dan lawan akhirnya aku dapat gerakkan badan aku. Lepastu aku tenung tingkap bilik aku. Ini hanya Allah yang tahu perasaan aku. Aku nampak ada nenek tua bongkok memanggil aku. Aku pon tarik selimut dan masuk dalam selimut. 1 minit kemudian aku dapat rasakan ada orang baring sebelah aku. Aku pon baca apa yang aku tahu macam ayat kursi. Jam menunjukkan pukul 7:30pagi. Mak aku masuk bilik aku mahu mengejutkan aku, terperanjat mak aku melihat aku basah kuyup dalam selimut macam mandi sebab basah gila badan aku. Pagi tu aku demam dan aku ceritakan kisah aku dengan mak dan ayah aku. Ayah aku kata tak apalah ayah duduk sini kamu boleh balik dulu nnti hari sabtu ayah balik tapi kalau nak balik rumah mak, balik je. Itu saja kisah saya.

Perkongsian Daripada Shaamel.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lembaga Mata Terbeliak

Sumpahan Ikan Tapah