in

Nenek Kebayan Pemilik Bunga Hutan

Di Cameron Highland, mak tetiba tertarik dengan bunga hutan yang tumbuh melata di tanah tinggi tersebut. Abah kata bunga tersebut ialah bunga kecubung hutan dan banyak tumbuh di hutan. Ada warna merah jambu, putih dan kuning. Bentuk bunga tersebut seperti tergantung, dimana kelopak bunganya tergantung ke bawah.

Memang cantik. Ilah pun tertarik dengan kecantikan bunga tersebut menurut abah lagi dahulu semasa berburu ngan arwah bapanya (arwah datuk ) dihutan, terutama waktu malam adakalanya akan terserempak tanpa sengaja dgn bunga,tersebut kerana bila waktu malam bunga ini akan mengeluarkan bau yang sangat harum. Jadi bila terbau bau nie arwah datuk selalu mengajak abah melihat bunga tersebut dari dekat, bila Ilah tanya kenapa? Abah hanya tersenyum sahaja.

Berbalik kepada mak pula, sepanjang perjalanan naik ke cameron emak memuji2 bunga tersebut yang sesekali dilihatnya ada tumbuh ditepi lereng bukit cameron, sementara abah setelah bercerita hanya diam sahaja mendengar kaletah mak dan meminta abah berhenti kerana ingin mengambil batang pokok tersebut untuk ditanam dirumah namun abah menegah terus mak menarik muka seolah-olah merajuk.

Ilah hanya tersenyum sahaja sambil memandu menuju ke penginapan kami yang terletak di tanah rata.

Esok paginya Ilah dan mak singgah di mardi berjumpa dengan kwn mak..sementara abah lebih suka memilih dok di apartment.

Tanpa disangka bunga hutan tersebut ada ditanam di mardi, emak punyalah suka. Abis dipatahnya batang pokok tersebut. Puas Ilah menghalang tetapi tidak dihiraukan. Aduihlah! susah tul kalau berdepan ngan peminat bunga nie..hu..hu…hu..

Terus disimpannya di dalam kereta agar tidak dilihat oleh abah. Mak siap warning ngan Ilah jgn bagitau abah hu..hu…

Pada malam tu, selepas isyak, semasa Ilah turun sekejap untuk buang sampah, Ilah macam nampak kelibat sesorang terbongkok-bongkok berjalan berhampiran kereta. Eh!kenapa makcik tu? Sakit kaki ker, cepat-cepat Ilah pergi kearahnya untuk menolongnya. Bila Ilah sampai ke kereta Ilah, kelibatnya tetiba hilang terus naik bulu roma Ilah. Hmm tanpa membuang masa terus Ilah cepat-cepat naik ke atas.

Dirumah pula, selepas menonton TV, abah akan membuka tingkap diruang tamu dimana abah akan melihat kereta kesayangannya tu dahulu sebelum masuk tidur… dan tetiba muka abah berkerut. Cepat-cepat Ilah menuju ke arah abah dan Eh! abah siapa pula yang dok kat atas kereta kiter tu? (Ilah nampak ada seseorang dok bersila dengan kepala dikelubung kain kat atas bumbung kereta abah) sementara abah hanya diam membisu dan terus dicapainya kotak tisu sambil membaca sesuatu dan terus dilemparkan kearah lembaga tersebut dan terus hilang. Erk! abah wat apa nie? ujar Ilah. Sementara abah jegilkan mata kat Ilah sambil menyuruh Ilah masuk tido. Waaaaaaaaaaaa, kena marah.

Pada keesokkan harinya, semasa dalam perjalanan pulang tuk turun kebawah, semasa memandu tanpa disangka mata Ilah dapat menangkap objek terbang laju mengekori belakang kereta. Berselubungi hitam dengan sebelah tangan kirinya memegang kayu panjang seperti tongkat.

Sementara abah diam jer, bila sampai di lata iskandar, tetiba abah menawarkan diri untuk memandu dan macam biasa Ilah hanya menurut.

Bila abah memandu, terus abah berkata dengan kuat..”Sudah jangan ikut lagi….aku minta maaf kalau aku terambil barang ko…bini aku tak tahu bunga tu milik ko….sebagai tanda maaf aku pulangkan” terus abah berhenti tepi buka bonet dan diambilkan tiga batang pokok bunga tersebut dan diletakkan ditepi kaki jalan dengan memeluk tubuh dengan mulut berkumit-kumit tanpa disangka, batang pokok tersebut hilang daripada pandangan dan didepan abah dalam samar-samar ilah lihat kelibat wanita tua berbongkok-bongkok menuruni lereng bukit menuju arah hutan.

Bila abah masuk dalam kereta terus abah membebel..kan abah dah cakap jangan diambil pokok tu. Hmm nasib baik nenek kebayan tu boleh terima rundingan abah. Mak pula hanya diam membisu tak pasal-pasal Ilah kena marah.

Rupa-rupanya menurut abah bunga hutan nie ada penjaga nya. Samada nenek kebayan atau cik ponti. Ini adalah wangian daripada bunga tersebut sangat disukai oleh makhluk-makhluk tersebut dan arwah datuk suka mengambil bunga tersebut pada waktu mlm karana elok dibuat ubat dlm perubatan tradisional.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rumah Kampung Berhantu

Gangguan Sebulan