in

Nak Main UNO tak?

Hello Semua! 

Aku sedang bercuti di pulau tioman bersama keluarga aku yang terdiri oleh ibu abah dan kakak juga aku! 

Mari sini aku ceritakan sebuah kisah dalam kehidupanku. 

Kami sekeluarga pergi melancong ke pulau tioman dalam anggaran 3 hari 2 malam. Malangnya Ibu terlupa untuk menempah tempat penginapan sebelum bertolak dan keputusannya, kami berempat merayau disekitar pulau tioman mencari Hotel yang ada bilik kosong. 

Disebabkan cuti sekolah, Hampir semua hotel yang kami pergi sudah penuh ditempah dan dihuni hinggalah kami tiba dihotel terakhir pencarian kami. Hotel itu mempunyai konsep ala ala vintange dan perabotnya semua mempunyai nilai estetik vintage. 

Setelah abah menempah bilik hotel yang seperti rumah sewa iaitu mempunyai 2 bilik , kami berempat naik ke bilik dan membersihkan diri sebelum keluar hendak makan malam. Terdapat pelbagai makanan menarik yang kami cuba sepanjang 3 hari dan 2 malam kami disitu.

Pada malam terakhir di Pulau Tioman, 

Kakak yang berada diruang tamu tiba tiba masuk ke dalam bilik kami berdua dan ajak aku bermain UNO.

“weh Nak Main Uno Tak?” 

Aku terkejut kerana aku sedang asyik mendengar lagu sehingga tidak perasan kakak masuk. Aku pun menjawab 

“Kau bawak ke kad Uno? Aku tak bawak”

“Sebab aku bawaklah aku ajak gila” balasnya.

Kami berdua pun bermain UNO sambil gelak ketawa. Tiba-Tiba apa yang kakak aku katakan membuat aku tertanya tanya apa yang dia mahu sebernanya.

“Weh kalau aku menang kau kena buat apa aku nak tauuu” 

“Okay tapi apa yang kau nak kak?” 

“Uno Card” 

Terkejut aku dibuatnya kerana dia meletakkan 2 keping kad +4 membuatkan dia hanya ada satu sahaja kat UNO ditangan. Aku tahu aku akan kalah tetapi tiba-tiba 

Alangkah terkejutnya aku apabila Kakak aku masuk ke dalam bilik dan bertanya 

“Kau cakap dengan siapa weh sampai tergelak gelak bagai?” 

Riak muka aku terus bertukar pucat dan aku cari kad UNO yang aku pegang tadi tapi tiada apa yang aku pegang seakan akan aku memegang angin. 

Malam itu aku tidak dapat tidur kerana otakku sibuk memikirkan “apa” yang mengajak aku bermain UNO tadi. Sedang asyik aku berfikir tiba tiba ada suara berbisik 

“uno game” 

Dan duniaku menjadi gelap setelah aku mendengar perkataan itu. 

Keesokkan paginya setelah aku bangun, aku lihat ibu abah dan kakak sedang berkemas hendak check out hotel. Aku berkata 

“Tunggu jap adik nak mandi” 

tapi mereka tidak mengendahkan langsung ucapan aku. 

Aku pelik kerana selalunya ibu akan membebel kerana  aku bangun lambat dan tidak mandi lagi tetapi ibu seakan buat endah tak endah sahaja sehinggalah aku tahu mengapa. 

Saat aku sedang menuju ke bilik mandi. Aku lihat diriku sedang turut berkemas beg disebelah kakak. Aku terduduk kerana terdapat 2 diriku sedangkan aku hanyalah 1! 

“Benda” yang menyerupai aku itu bertindak sebijik seperti aku. Aku cuba memanggil dan menjerit ke ibu abah dan kakak tetapi mereka tidak dengar. Aku menangis teresak esak di bucu tandas dan “Benda” itu datang kepadaku dan berkata 

“uno game. Aku menang. Mulai hari ini kau akan mengganti tempat aku sebagai penunggu bilik ini. Inilah balasan kau kerana ceroboh masuk ke rumahku” 

Aku berlari keluar dari bilik hotel itu ketika ibu abah dan kakak memanggilku tetapi aku tidak boleh menapak keluar dari bilik hotel ini . Kaki ku seperti sudah digam dan aku tidak boleh bergerak. “Benda” itu pun bergerak keluar bersama keluargaku dan memberikan senyuman paling menyeramkan kepada aku. 

Terima kasih kepada anda semua yang masih membaca hingga penamat. 
Jadi semua, Nak Main UNO Tak? 🙂 

Perkongsian daripada Balqismysarah.

What do you think?

Written by balqismysara

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pancaindera Ke 6 Mula Kelihatan

Budak Perempuan Di Waktu Malam