in

MRSM

Dulu masa form 4-5 aku skola kat satu mrsm ni.. utk pengetahuan semua, kat makmal Sains mrsm ni ada 1 janin yg di awet dalam balang.. ada senior cerita, pernah ada budak yang stdy lewat kat bangunan akademik terserempak dgn perempuan aka pontianak yg cari anak (janin tu).. dia akan tanya “dik, ada jumpa anak kak tak? ” sambil nangis2..heehee…

mrsm ni mmg keras sket.. ada sorang tukang kebun kat situ yg dikurniakan kelebihan utk nampak benda2 halus ni.. dia kata, setiap kali student balik prep malam, benda2 ni smua dok tengok je kat tepi2, & atas bumbung bangunan..pakcik tu kata, padang skolah tu penuh dgn spesis diorang je..

pernah jadi kes, masa tu aku junior.. asrama senior sebelah je.. kecoh sbb ada sorg senior perempuan kne rasuk dgn jin yg duduk kat hutan blakang asrama.. bila ustaz tanya jin tu, apa yg dia nak sampai kacau bbdk perempuan ni, jin tu kata dia suka n nak kahwin dgn kawan kpd akk yg kne rasuk ni..siap tunjuk lagi, yg mana satu.. apa lagi, panik habis la kwn akk tu.. kwn akk yg kne rasuk tu mmg terkenal dgn ke’gangsteran’ dia kat skola.. agaknya jin tu berkenan ngn akk tu sbb sama ngn perangai dia kot..haha.. ntahla.. tapi lepas je kes tu, terus akk tu jd baik n xbuli2 org lagi..

memang menjadi tradisi di mrsm, akan ada kursus motivasi n ada 1 slot tu namanya slot burung hantu.. kami smua (junior) akan di arahkan utk memakai penutup mata dan ditinggalkan di kawasan bangunan akademik seorang diri dalam keadaan mata bertutup (ktorang diletakkan tidak jauh dari satu sama lain)..apa lagi, memang dengar dgn jelas la bbdk ni smua baca ayat2 al-quran sbb takut.. aku pn baca jg..huhu. sebelum tu, kami semua diberi 1 nombor dan kami semua dikehendaki menyahut nombor sendiri apabila dipanggil.. sampai kat satu nmbo ni, tuan dia x menyahut2.. panik la senior2 ktorang, terus smua di arahkan utk berkumpul di dataran sementara senior2 lelaki berlari mencari budak ni..akhirnya budak tu dijumpai pengsan di dalam blok asrama tinggal yang terletak lebih kurang 300 m dari tempat ktorang ditinggalkan.. bila ditanya apa yg jadi, dia kata dia x ingat apa2 n sedar2 dah kat bangunan tinggal tu..huhu.. sabo jela..

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bunyi Cakaran

UKM