in

Misteri Tanah Perkuburan

salam kupikupigo..

Nama saya fifi dari Kelantan. saya nak kongsi kisah 15 tahun dulu waktu saya memang nakal. Pada usia 14 atau 15 tahun, perasaan ingin tahu memang memuncak di jiwa remaja saya.

Bermula pada suatu petang balik dari sekolah,jam menunjukkan pukul 6 petang,saya bersama seorang kawan bernama Ayu melintasi surau kampung kami di tepi sungai dot dot dot. Berdekatan surau itu ada sebuah makam atau kubur yang tersohor sebagai kubur keramat. Saya cakap keramat kerana penduduk kampung selalu lihat kubur ini kadang-kadang pendek dan kadang-kadang memanjang melebihi 3 meter. Kadang-kadang juga batu nesan kubur keramat hilang dan esok lusa ada balik di tempatnya.

Saya teringat yang minggu sebelum tu,saya dan ayah melalui kubur tu dan kami lihat batu nesan kubur itu tiada di tempatnya,saya meraba dengan tangan di tempat sepatutnya batu nesan dan saya dapati tiada lubang bekas batu nesan.Yang ada hanya rumpu-rumput seperti yang ada di seluruh tempat itu. Bagi saya,peristiwa batu nesan hilang itu memang ajaib,jika dicabut mesti ada lubang dan mungkin tiada rumput di tempat batu nesan tu. Ayah tak halang saya mencari-cari batu nesan selama beberapa minit di sekitar tempat tu hingga hampir maghrib lalu saya kembali ke rumah bersama ayah saya.

Pada petang saya dan Ayu di tepi sungai tak jauh dari kubur, Ayu meminta izin untuk terus balik kerana hujan sudah mula gerimis dan berangin. Masih tiada orang di jalan itu mungkin kerana hari mula nak hujan,nanti akan maghrib dan akan ramai orang berjalan menuju surau di tepi kubur itu. Saya berjalan menuju pintu pagar melalui kubur dan saya nampak batu nesan ada di tempatnya. Panjangnya dari tanah hampir dua jengkal. Batu nesan dari batu sungai berwarna hitam dan bergaris putih dibahagian tepi nampak sangat kukuh dan cantik.

Saya duduk mencangkung dan mula menggoyang batu nesan di bahagian kepala menggunakan tangan. Memang tanah di bawah batu nesan masih padat,tandanya batu nesan itu seperti tidak pernah meninggalkan tempatnya. Saya goyang dan tolak tarik untuk mencabut batu nesan itu. Hujan mula turun,lubang sepanjang sejengkal berada di tanah. Berat juga batu nesan tu,saya peluk dan berjalan ke rumah hampir 100 dari surau.

Ayah ada di depan pintu rumah,

“Batu apa tu?”

“Nak buat apa?”

Ayah tanya hairan.

“Batu nesan kubur di tepi surau.”

Saya jawab pendek.

Ayah cakap ok. Nanti pulangkan balik kalau dah x nak. Dan saya setuju.

Saya berlalu terus ke bilik. Adik tegur,buat apa batu basar tu? Saya cakap batu tu saya nak simpan dan dia tak tahu pun itu adalah batu nesan. Pada waktu malam,saya tertidur puas kerana saya memiliki batu nesan dari kubur keramat.

Kejadian tak dapat dilupakan mula berlaku sekitar jam 1 pagi, malam pertama batu itu di bilik saya.

Saya tiba-tiba terjaga dari tidur selepas mendengar bunyi kaki kerusi mengetuk-ngetuk lantai seperti ada orang duduk di kerusi sambil dua kaki kerisi terangkat dan dijatuhkan kembali ke lantai. Bunyi seperti ketukan di meja kedengaran sepanjang malam sehingga dua tiga kali saya tersedar dari tidur. Saya mula nak marah,orang tidur pun kacau-kacau.

Saya bercakap separuh mengantuk,

“Kalau kau nak,datang lah ambik sendiri,jangan kacau orang nak tidur.”

Lalu saya tertidur hingga ke pagi. Pulang dari sekolah,saya x berborak seperti selalu,badan penat selepas sekolah petang dan selepas makan malam jam 8 sudah mula nak tidur awal.

Malam itu pun kejadian sama berlaku. Malam tu,saya biarkan pintu bilik separuh terbuka. Mana tahu kalau kalau dia datang lagi,boleh ambik sendiri batu nesan tu,jangan kacau-kacau orang nak tidur pula. Jam 1,saya tersedar kerana bunyi yang sama seperti sebelumnya. Kerana tertidur lebih awal,mata saya tak mengantuk dan saya perhatikan pintu bilik yang separuh terbuka. Lama saya perhatikan,tiada apa-apa berlaku. Entah berapa lama saya menunggu jika ada kelainan dari hari semalam,saya tidur lagi hingga subuh.

Saya bangun dari tidur nak ke sekolah,saya tegur ayah,ceritakan kejadian yag berlaku untuk dua malam berturut-turut.

“Nanti saya balik sekolah,ayah temankan saya hantar balik nesan tu ye?” minta saya manja.

Nak dijadikan cerita,kerana dah petang,saya lupa nak hantar balik batu nesan tu,ayah pun lupa. Terpaksa Saya tidur dengan batu tu untuk malam ke tiga.

Saya rasa seperti bermimpi yang saya terbangun dari tidur dan melihat pintu bilik saya ditolak angin lalu terbuka luas. Tiada sesiapa di luar bilik saya. Pintu bilik ayah hanya di depan bilik saya,pintunya terbuka dan saya nampak ayah keluar dari biliknya dan menjenguk ke bilik saya,bukan rasa seram,malah saya rasa selamat kerana ayah ada menemani tidur saya. Tetapi,siapa yang buka pintu bilik saya pada malam tu?

Hampir waktu maghrib,saya mendapatkan ayah saya dan kami berjalan menuju surau bersama batu nesan yang saya ambik 3 hari lalu.

“Sebenarnya, dah 3 malam ayah tak tidur. Ayah pun nak tahu apa halnya dengan batu nesan tu. Ayah dengar ketukan demi ketukan pada malam pertama dan kedua.” ayah tiba-tiba bersuara.

“Ayah ada nampak tak orang buka pintu bilik fifi?” saya bertanya penuh perasaan ingin tahu.

“Ayah seorang yang penakut,takut dengan hantu dan orang-orang jahat,tapi demi anak-anak ayah,nescaya tiada apa yang boleh buat ayah takut.” ayah tak menjawab soalan saya tetapi saya tahu ayah nampak ‘orang’ yang datang nak ambik batu nesan tu kembali.

Saya letakkan batu nesan di tanah,tangan saya meraba tanah di tempat saya ambik dulu,tapi saya tak jumpa lubang bekas batu nesan itu. Saya mengali sambil mencabut rumput di tanah bahagian kepala kubur itu dan saya tanam kembali batu nesan tadi di tempatnya.

“Ayah tak kan pernah seberani kamu,nak” ayat ayah berakhir di situ dan azan maghrib berkumandang sambil kami berjalan pulang ke rumah.

Perkongsian Daripada Fifi.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Diganggu Makhluk Halus Ditempat Sewa

Misteri Hospital Seram