in

Misteri Stor Lama

Contoh rumah kampung

Hai nama aku ClareDeant. Umur aku 15. Aku tinggal di perkampungan.Dalam hal mistik ini, ada juga aku kena. Aku pernah nampak benda(makhluk halus),kena kacau pun ada juga. Hari ini aku akan kongsikan pengalaman saya sendiri tentang misteri stor lama di rumah kawan saya di kawasan perkampungan yang sangat jauh. Nama kampung apa? Aku tidak boleh beritahu. Ceritanya bermula 1 tahun lepas sewaktu aku masih tingkatan 2. Saya masih tinggal di asrama dengan kawan saya. Masa itu hujung minggu.

Hujung minggu kan biasanya sekolah menengah keluar untuk membeli barang atau keperluan sekolah. Pengangkutan untuk pergi ke pasar raya untuk membeli barang keperluan guna pengangkutan ibu bapa mereka sendiri. Tapi saya tidak. Saya selalu keluar hujung minggu dengan kawan saya yang bernama Eric. Setiap hujung saya selalu keluar dengan dia. Dipendekkan cerita, sesampai di rumah dia, saya selalu dilayan dengan baik.

Kadang kadang beri minuman,kadang kadang dihidangkan dengan makanan yang sedap sedap. Aku pun layan jaklah karenah mereka.selepas makan saya melihat gambar di rumah kawan saya. Gambar ini merupakan gambar lama tertampal di dinding. Di dalam gambar itu ada gambar ibu bapa dia dan kawan saya tadi Eric. Yang membuatkan saya berasa seram, di sudut gambar itu tertulis tarikh perninggalan 13/2/1987. Sedangkan saya melihat orang dalam gambar ini masih hidup(tahun 2019).

Lalu aku pun tak endah kan gambar itu.Lalu aku pun terasa nak buang air kecil. Aku pun pergi ke tandas. Tandas ini terletak di tepi koridor luar berdekatan dengan stor lama. Selepas aku pergi buang air kecil, aku terdengar bunyi orang gergaji di dalam stor lama. Stor ini terletak di depan tandas. Lalu aku pun masuk ke dalam stor itu dan membuka pintu dengan perlahan lahan, lalu aku pun tolak pintu itu dengan kuat dan tiada apa apa yang berlaku dalam stor lalu aku pun menutup balik pintu stor itu. Kali ini ada lagi saya terdengar bunyi yang sama orang gergaji sambil memukul paku di kayu.

Lalu aku pun membuka pintu stor balik dan melihat pada yang terjadi lalu aku ternampak satu lembaga hitam di dalam stor. Lembaga putih berambut panjang, kuku nya tajam seakan akan seperti menyiat daging mentah dengan gigi bertaring panjang. Lalu aku pun menjerit dan pergi dari stor itu. Dan aku menyuruh kawan saya balik ke sekolah terus sebab takut sangat. Dipendekkan cerita, sesampai di sekolah, setiap kali saya makan, setiap kali saya mandi saya asyik fikirkan benda itu. Sampai saya belajar pun saya tidak fokus.

Pada malam itu aku pun terus masuk tidur dan terus terlelap. Selepas beberapa jam selepas itu, saya ada terdengar bunyi yang sama seperti gergaji dan memukul paku di dinding apa yang saya dengar dekat rumah kawan saya tadi. Lalu aku pun terbangun dan melihat apa yang terjadi. Saya pun melihat lembaga yang sama lembaga putih yang berambut panjang.Rupa rupanya bunyi tukul dan paku itu ialah mengikut tulisan di dinding yang bertulis “Saya sebenarnya saya ini kakak kamu yang hilang 5 tahun lepas akibat kakak lari dari rumah ikut teman lelaki kakak.”

“Selepas 3 tahun kakak dibunuh dan dirogol oleh teman lelaki ajak dan buang akak ke dalam stor lama. Ingat tak kawan kamu bernama Eric. Itulah adik kepada teman lelaki kakak”. Lalu selepas membaca tulisan itu kawan aku Eric ini tadi menepuk bahu aku dan cakap perkara sebenarnya “sebenarnya memang abang saya tergila kan kakak kamu dulu sampai abang saya sanggup bunuh kakak awak dengan atas alasan untuk mengambil harta kakak awak”.

“Semasa awak sedang menjenguk stor lama itu saya sudah lama tahu kerana roh kakak awak masih berada di situ. Dan saya selalu memuja roh nya untuk memberikan penjelasan yang jelas. Lalu sehingga hari ini,setiap bomoh yang menghalau roh dari stor lama tidak akan berjaya kerana roh itu ingin mencari orang yang yang membunuhnya untuk dibalas dendam.”

Perkongsian daripada ClareDeant.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kebun Puaka

Siapa kat tangga tadi?