in

Misteri Sekolah

Asalamualaikum dan selamat sejahtera… Nama aku Afiq dan aku sekarang dah berumur 19 tahun. Kiranya dah jadi lepasan SPM lah. So, aku di sini nak share sebuah kisah seram masa aku masih lagi sekolah dua tahun sebelum aku SPM. Sebelum itu, aku nak bagitau yang kisah yang aku alami ini berlaku di dua tempat yang berbeza. Terpulang kepada semua untuk percaya atau pun tidak.

Pengalaman ni aku alami masa aku berumur 13 tahun. Baru habis UPSR lah so, mula² ayah aku yang hantar aku ke sekolah ni. Aku pun ikutkan sahaja, yalah seronok juga sekolah jauh² dari rumah. Sekolah aku ni terletak di area Kelantan. Aku rasa x perlu la aku sebut lebih terperinci lagi mana kawasan dia. But kisah yang aku nak cerita ni berkenaan dengan asrama aku. Asrama sekolah ni bukan macam asrama yang lain. Ada facility yang lengkap. Sekolah tahfiz aku dulu memang daif sangat. Bangunan kami pelajar ni hanya sebuah. So, kiranya bangunan kami ni single la tapi bertingkat. Ada tiga tingkat la kesemuanya termasuk asrama kami.

Kalau korang nak tau, keadaan sekolah aku ni, merupakan bangunan lama. X pasti la berapa tahun lamanya yang pastinya memang kisah seram kat asrama ni banyak juga yang diceritakan oleh senior aku sejak turun-temurun. Antara kisah yang diceritakan ialah berkenaan dengan gangguan² yang terdapat di beberapa sudut di asrama.

Yang pertama, berkenaan dengan tangga block asrama sebelah kiri atau left wing.

Block asrama aku ni walaupun sebuah tapi memang besar. Asrama ni ada dua tangga untuk naik. Sebelah kiri dan kanan dan dua² tangga ni pun memang akan bawa ke level yang sama iaitu satu, dua dan tiga. Pelajar² asrama aku ni, sering akan gunakan tangga sebelah kanan yang mana dah jadi laluan utama untuk naik ke asrama. Tapi tangga sebelah kiri ni lah x ramai yang gunakan. Nak dijadikan cerita, tangga sebelah kiri ni memang banyak cerita seram yang dialami. Senior aku pernah cerita, dulu ada seorang budak ni nama dia nik. Dia selalu balik asrama selepas jam 10. Padahal senior aku cakap, jangan balik selepas jam 10 dan jangan jalan di tangga selepas jam 12. So, budak ni memang degil. Dia tetap keluar macam selalu. So, ada satu masa ni dia balik macam biasa jam 10. Memang tangga sebelah kanan akan dikunci oleh warden. So,  kebetulan tangga sebelah kiri tu x dikunci. Si nik ni pun dh xde pilihan dan naik guna tangga kiri tu. Naik pya naik sampai level 2 iaitu kelas kitorang, dia terasa macam ada sesuatu ikut dia. Tapi dia x hirau dan buat x tau je. Tiba² dia terdengar pulak bunyi tangisan sesuatu. Bukan tangisan wanita tapi lebih kepada kanak². So, budak nik ni pun memang dah naik takut. Dia lari naik tangga cepat². Tapi malang bagi dia. Tengah nak sampai level 3 iaitu asrama. Dekat pemegang tangga tu ada satu tong sampah. Atas tong tu ada bungkusan kecil wrna putih.  Korang nak tau ape? Bungkusan tu bila dia tgk betul²… Rupanya bayi yg muka dia sangat hodoh dgn mata merah. Bayi misteri tu daripada menangis terus ketawa bila tgk budak nik ni. Apelagi, nik ni pun terus jerit dan rebah kat situ.  Besoknye, senior aku cakap, dorang jumpa dia tapi bukn dekt tmpat semalam. Dorang jumpa budak tu kat bawah tangga. Yang seramnye, sebelah budak tu ada kain putih kecil.

Pengalaman yang aku lalui masa aku buat qiam dgn kawan². Yelah sebab time tu memang cuti so, kitorang dah rancang nak buat. Sebelah asrama kitorang betul² sebelah masjid tok guru kalau nak tau. Jadi hari² juga lah orang solat. Kami pakat nak kumpul ramai² di masjid dalam jam 10. Bila semua dah ada. Kami buat macam² aktiviti. Yelah, dah dgn members ni memang semua pun buat hal masing². Ada yang main fon, ada yang solat sunat, ada jga yang makan dan sebagainya. Aku masa tu tetiba pulak nak pergi tandas. So, aku x ajak kawan aku sebab dorang buat hal dorang. Aku pgi kat luar dan terus pgi tandas. Untuk pengetahuan semua, sekolah kami bersebelahan dengan satu lagi block sekolah kerajaan. So, tandas dorang macam tandas kami juga. Boleh guna. So, nak dijadikan cerita, aku masatu pergila ke tandas tu. Aku masuk je terus pergi kat satu cubical paling depan dan buat apa yang patut. Masa aku tengah lepaskan hajat, tetibe aku terdengar bunyi siulan. Mula² jauh tapi siul tu makin dekat dan dekat. Aku pun buat x tau sebab mgkin ada orang yang masuk. Tiba² aku rasa semacam. Bulu roma mula meremang seluruh badan. Lantas aku cepat² basuh dan keluar. Yang seramnye, masa aku buka pintu cubical tandas tu, orang yang tadi tu pun bukak. Aku terus pandang tapi x nmpak sebab terhalang dengan pintu. Aku mula naik takut, terus aku lantas tutup pintu dan keluar. Masa aku jalan cepat² nak keluar dari tandas tu, siulan tadi aku dengar lagi. Tapi kali ini siulan tu bukan dalam tandas tapi kedengaran macam kat atas atap. Aku jalan dan bunyi tadi tu terus berhenti sebaik aku melepasi tembok dan atap. Aku mula rasa macam ada benda pelik je. Lantas aku berhenti dan dalam kurang 2m macamtu aku tengok belakang.  Sumpah saya x bohong saya nampak sangat ada makhluk macam budak. Benda tu mencangkung kat atas bumbung sambil renung aku. Mata dia putih dan muka dia pucat. Paling ngeri kepala dia seolah² terbelah dan nampak isi. Memang x paya cakap la bertapa seramnya masatu. Budak atau makhluk tadi mula mengeluarkan suara seperti mengerang. Aku pun lantas buka kaki langkah seribu. Memang aku rasa aku x jejak tanah. Mujurlah masjid dengan tandas berhadapan je. So, aku lari dan tengah aku sdg lari, aku dapat rasa benda tu lari kejar aku. Aku sampai di kaki lima masjid terus lari naik tangga dan pergi kat member². Semua member terkejut dan tenangkan aku yang sedang tercungap² sebab letih. Aku serius x pernah lari selaju tu. Aku x boleh cakap dan terketar². Kawan aku saiful cuba tanya aku.

Saiful : eh, fiq kau dah kenapa ni lari²?

Aku diam sebab takut pya pasal.

Faizal : ni mesti kena kejar hantu ni. Hahaha

kawan sorang lagi kawan tiba² menyampuk sambil ketawa. Aku pandang dia dengan wajah serius. Setelah itu, aku tenang kan diri. Aku cakaplah.

Aku : xdelah. Aku tadi pergi tandas lepastu..

Saiful : kau pergi tandas kat sana tu eh?

Belum sempat aku habis cakap Saiful terus memotong. Aku angguk.

Aku : yaa. Aku pergi tandas sana. Tiba² rasa macam ada benda pulak kat sana. Seram kott.

Saiful memandang aku dengan tanpa sebarang reaksi. X macam kawan lain. Ada yang ketawa, ada yang x percaya tapi ada jugalah yang takut. Terus saiful ni cakap.

Saiful : patutlah kau macamni. Kau kena kejar kan?

Aku : haah, eh macamana kau tau?

Lalu saiful cerita kan perkara yang aku memang x tau dan terkejut sebenarnya. Bulu roma aku yang meremang tadi mula naik. Saiful menceritakan yang dulu, ada lah seorang budak sekolah dia. X pasti sape namanya tapi budak ni memang suka bersiul. Mana² tempat pun dia bersiul. Dia ni suka pergi tandas tiap malam selepas jam 10 malam. Adalah satu hari. Berlaku kemalangan pada budak ni. Tempat asrama dia kan katil double decker. Jadi dia tidur di bahagian atas. So, di atas dia betul bilah kipas. So, masa dia bangun dan dalam keadaam yang separuh sedar untuk pergi tandas, nasib x baik ke aku x tau tapi kawan aku ni cakap, kepala dia terkena bilah kipas yang laju tu. So, dia jatuh dan meninggal kat situ. So, sejak dari tu kawan aku cakap. Laluan yang dia lalu tu. Seringkali dorang nampak si arwah. Tandas tu pulak. Memang dah jadi tempat dia. Sebabtu dorang dah kena pesan supaya jangan pergi dan guna tandas tu selepas jam 10 malam. Sebab budak tu akan datang selepas jam 10.

Ada banyak juga gangguan sebegini yang berlaku. Kawan aku cakap. Tiap malam dorang akan kena kacau dengan macam² jenis makhluk kat situ. Ada yang nampak tengkorak di sekitar sekolah, ada yang nampak balan² dan pocong dan macam² lagi.

Gangguan juga turut berlaku di sekolah asrama aku. Berkenaan dengan tandas bawah. Korang pun turut boleh agak jg yang di setiap floor aku memang ada penunggu yang tersendiri. Maklumlah bangunan lama memang dah banyak pengalaman. Berkenaan dengan tandas bawah. Senior aku pernah juga pesan yang tandas bawah ni memang keras. Kalau dah senior sendiri yang cakap. Memang ada sesuatu di tandas tu. Ustaz pernah jg beberapa kali halau benda tu. Tapi dia tetap degil dan tinggal kat situ. Antara gangguan yang pernah berlaku ialah, ada seorang budak aku ni dulu suka cuci baju waktu malam. Senior aku dan pesan jangan cuci baju waktu malam. Lebih² lagi kat tandas tu. Yelah sebab tandas tu je yang ada mesen basuh. Tandas atas memang xde. So, budak ni degil dan tetap pergi juga. Sampai satu masa tu, dia cuci baju. Tengah dia cuci baju. Tiba² lampu tandas tu menjadi malap. Si budak ni memang x terkejut pun sebab dia ingat lampu rosak. Dalam lat beberapa saat je, mata dia mula khabur dan dia nampak ada titisan menitik ke atas besen yang ada baju dia. Mula² dia ingat air, tapi bila dia pandang betul² je titisan tu, astagfirullah.. Rupanya darah yang menitis. Hairan juga budak ni sebab macamana boleh ada darah di situ. Sejurus dia tahu ada titisan darah, bau hapak mula menyelubung dan dia terasa seolah ada bayangan dari atas yang menutupi tubuh dia. Bila dia pandang atas, budak tu nampak pontianak dengan muka hodoh dan taring yang tajam panjang. Dan taring tu pulak ada darah yang menitis. Budak tu terkejut dan terus pengsan. Keesokan hari, baru diorang senior aku jumpa dia terlentang tidak sedarkan diri.

Pengalaman lain pula terjadi kepada warden aku. Bukan student aje yang terkena gangguan makhluk halus ni. Warden pun tidak terkecuali. Malahan lagi teruk dari student. Pengalaman ni diceritakan oleh warden pertama senior aku. Aku x pernah jumpa sebab aku baru. Tapi senior aku cerita, dekat pejabat bilik warden tu ada penunggu. Katanya bilik hujung pejabat tu laluan hantu pocong. Warden selalu kena kacau. Memang dia ni bukan juga jenis yang penakut. Dia sentiasa berpegang pada al-Quran. So, iman dia memang kuat dan bekerja kat situ lebih 15 tahun dah. Cuma tahun aku masuk tu dia nak berhenti. Mula² aku memang tak percaya sampai masuknya warden kedua. Namanya Ustaz Najmuddin. Orang Kemaman, Terengganu. Ustaz ni aku suka sebab dia memang sporting. Kitorang bawa fon pun dia tak marah. Yelah sebab masa aku belajar dulu, peraturan pasal handphone ni belum lagi ketat. So, student boleh bawa tapi kena pandai sorok² juga terutama dari mudir dan Ustaz Saifudin yang paling garang masa tu. Aku memang serius masuk saje sekolah tu memang gerun aku tengok ustaz ni. Muka dia memang sama macam singa. Hahaha… Tiba² mengumpat pulak kat sini. But back to the story, ustaz warden kitorang ni memang dia x cakap banyak. Jenis simple je orangnya. Tapi aku percaya kewujudan hantu ni bila dia sendiri yang cerita kat aku dan members aku. Memang kami bergeng ni rapat dengan ustaz ni. Nak main fon pun dia cakap main je kat tempat dia. Jadi hari² jugalah kitorang lepak bilik dia kalau xde kelas. Sampai satu masa tu, dia buka cerita pasal bilik ni. Ini pun sebab kawan aku yang mula. Dia cerita apa entah sampai ustaz tu buka cerita dia. Sudahlah tempat yang dia cerita ni memang tempat kejadian benda tu berlaku. So, dah sebab semua members aku sibuk khusyuk nak dengar, aku pun join lah sekali.

Malam pertama ustaz najmuddin duduk kat bilik ni dah kena kacau pun. Tak perlu tunggu malam, pagi tu dah kena. Kejadian berlaku apabila dia selesai solat tahajud. Masatu pagi isnin dan jam menunjukan pukul 4:30 am. Masa subuh memang lambat iaitu jam 5:15 am. So, dia ni rancang nak kejut dorm kitorang jam 5:00 nanti. Tengah dia baca al-quran, dia dengar ada orang ketuk pintu bilik dia. Dia berhenti mengaji dan tengok dekat pintu. Kalau korang blh bayangkan, office sekolah kitorang ni dalam satu block ruangan tu terbahagi dua. Ruangan hadapan tu macam juga office yang lain, ada counter, ada bilik guru, ada juga ruang perbincangan ( meeting room ) dan lain² lagi lah. Tapi ruang belakang tu lah bilik warden. Pada asalnya, bilik tu kelas tapi pihak sekolah dah tukar kan kelas di tingkat dua. Jadi bilik tu jadi bilik warden sahaja. Memang best sebab ada aircond. Antara salah satu sebab kitorang suka lepak kat sana. Tapi by the way, sebab pintu ruang depan dengan belakang iaitu bilik dia ditutupi hanya dengan pintu kaca dan semua dinding tu pun kaca so, memang boleh nampak lah ruang depan tu even gelap. Jadi dia nampak laa kali pertama tu memang xde apa² pun. Rasa pelik sebab dia dah kunci pun pintu utama, macamana ada orang masuk? Hmm. So, warden tu buat bodo jelah dan sambung mengaji. Jam masatu menujukan jam 4:48 am. Lagi 12 minit dia nak pergi kejut dorm kitorang. Sekali lagi dia dengar bunyi sesuatu, tapi kali ini bukan ketukan, tapi hentakan yang sangat kuat. Lalu dengan segera dia menoleh ke hadapan. Alangkah terkejutnya dia bila benda yang mengetuk tu ialah pocong. Muka dia hitam dan warden cakap lagi, memang benda ni x boleh masuk pun bilik dia sebab dia baca quran. Tapi memang dia rasa takut sangat tapi dia cuma berselawat supaya tidak diganggu oleh makhluk berkenaan. Aku dengar cerita warden ni dah mula naik takut dah. Warden tu cakap lagi, kadang² dekat koridor pejabat ni, hampir tiap malam juga dia dengar bunyi orang lompat², bunyi hentakan pada penghadang besi dan yang bestnye, bunyi cakaran dan bunyi benda merengek pun ada juga. Cuma dia x endah sebab benda tu x boleh nak masuk. Dia dah pagar kan dah tempat dia pun. Sebabtu lah dia selalu pesan, kalau boleh nak naik asrama tu jangan selepas jam 10 atau waktu maghrib sebab benda ni memang akan datang mengganggu. Ustaz cakap lagi, kalau boleh, sebelum sampai tingkat pejabat ni, bacalah ayat kursi dan tiga kul sebab benda ni akan tunggu mangsa yang lalui kat kawasan dia iaitu koridor pejabat ni. Kawan aku pernah kena, dia cakap dia ada nampak kelibat pocong mudar mandir di kawasan situ, dan apa yang lagi seram, pocong tu boleh pulak perasan kawan aku yang tengok dia. Apalagi, kawan aku lari buka langkah seribu naik asrama. Benda tu mengejar tapi nasib lah pintu asrama belum kena kunci lagi sebab dia naik tu dah jam 10 malam dah. Sejak dari tu, dia x berani keluar asrama kalau dah malam sebab takut dengan kelibat misteri tu lagi. Aku dengar ja cerita warden ni memang dah seram sangat tapi tulah kita kena juga kuat iman sebab benda ni hanya kacau orang yang lemah semangat. Yang kuat iman tu dia x kacaulah. Sampai ke harini, gangguan di asrama aku ni masih belum berakhir. Aku ada dengar khabar angin yang cakap, tok guru nik aziz tu pernah kena panggil semasa arwah masih hidup. Jin dan syaitan memang takut dengan tok guru ni. Dah berapa banyak kali jugalah kes kerasukan di sekolah sebelah yang dia dah uruskan. Ada satu cerita yang aku dengar dari kawan sekolah sebelah. Pasal gangguan di padang cort bola keranjang dan di belakang kawasan sekolah. Dorang cakap, kawasan cort tu pernah dihantui oleh sekumpulan roh askar jepun yang mati satu ketika dahulu. Hantu² askar jepun ni akan berkawat setiap tepat jam 12:00 malam. Warden sampai demam 1 minggu sebab kena kacau dengan kelibat hantu askar jepun ni. Tok guru dipanggil untuk halau benda² ni. Cara dia halau saya x berapa pasti tapi yang saya dikhabarkan, tok guru mula baca ayat al-quran juzuk ke-30 sampai habis sambil tongkat dia ikut arah kesan jejak hantu tu. Dekat satu jam juga dia kehulur-hilir jalan kat kawasan cort tu juga. Setelah itu, dia berhenti pada tapak terakhir, dia sempat cakap sesuatu tapi x berapa pasti. Tapi ayat terakhir dia cakap ialah ” aku nak engkau keluar dari tempat ni, ini bukan tempat kau bermain, dan disini ialah tanah dimana ilmu agama dituntut. Kalau kau datang juga, celaka lah engkau di alam sana ” kata tok guru dengan nada yang keras. Sejurus selepas tu. Ada asap putih yang banyak keluar dari penjuru cort tu.

Pengalaman di sekolah sebelah juga berlaku berkenaan dengan pokok besar dibelakang sekolah. Pada asalnya, pokok ara tu dah wujud sejak sekolah tu dibina lagi. Dan pokok tu memang ada penunggu. Pernah jadi satu kes kehilangan kat situ. Kisah ni diceritakan oleh sorang lagi kawan aku zaid dari sekolah sebelah. Kata zaid, dekat pokok tu ada dorang pasang ampaian untuk jemur kain. Adalah sorang student asrama dorang tu suka jemur kain waktu malam dekat pokok tu. Padahal dah banyak kali dipesan, jangan jemur kain waktu malam. Tapi dia xnk dengar dan buat juga. So, ada satu hari tu, pukul 8:00 malam tu zaid ni nak pergi tandas dengan kawan aku sorang lagi irfan. So, dia nampak lah budak yang sama sedang jemur kain. So, dalam hati dia cakap ” ish, berani juga dia ni, dah banyak kali kena tegur tapi jemur juga ” so, dia biar kan jelah dan terus pergi tandas. Lepas dah habis tu, dia dan irfan keluar dan pada masa tu juga, ada sehelai kain putih terbang sebab angin kuat sangat malam tu. So, dia nampak lah budak tadi lari pergi kat bawah pokok ara tu untuk kutip kain dia. Alangkah terkejut nya dia sebab budak tu hilang lepas dia angkat kain tu. Apalagi, dia tarik irfan cepat² pergi kat asrama. Irfan pun tanya kat dia dan dia cerita lah kejadian semalam. Besok tu, diorang bagitau kat warden dan semua orang cari budak tu tapi x jumpa². Beberapa orang ustaz dipanggil untuk handle masalah ni. Bila ustaz tu berkomunikasi dengan penunggu pokok ni, memang benda tu degil nak bagitau mana budak tu dan sampai dia bagi ugutan kalau dihalau juga, seluruh penghuni asrama ni kena ganggu. Lalu keadaan jadi tegang sekejap sampai tok guru ni dipanggil untuk halau penunggu ni. Upacara ni dilakukan sejurus selepas isyak. Tok guru mula baca dan baca ayat quran. Benda tu memang meracau sampai tanah bergegar. Kawan aku cakap lagi, tok guru tu berkomunikasi lagi dengan makhluk tu. X pasti apa yang dia cakap tapi memang sera jugalah. Dia dah tinggal kat pokok tu untuk 30 tahun lamanya. Aku x pasti macamna yang selebihnya. Tapi seingat aku, diorang cuba tebang pokok tu tapi bila dah tumbang je, besok tu pokok tu dah kembali seperti asal. Dah 3 4 kali jg diorang cuba dan cuba tebang. Ada sampai satu tahap tu, diorang buang dahan tu jauh² tapi yang lebih menakutkan, pokok tu jadi seperti asal balik. Sampai tok guru datang dan halau benda tu walaupun ambil masa lama iaitu 5 hari tapi berjaya dihalau dan pokok tu dah tumbang. Ada sebatang pohon dari pokok tu ada dirumah tok guru. Tempat dimana jin tu bersembunyi. Dan budak tu memang dah x jumpa. Puas tok guru cuba dapatkan balik tapi memang x jmpa. So, dia cakap budak tu mungkin dah masuk alam lain. Sejak dari tu, pelajar² semua sering diingatkan jangan berlegar² dikawasan pokok tu walaupun sudah ditebang sebab kita x tau, benda tu mgkin akan kembali.

So, itu saja lah pengalaman aku kat sekolah lama di kelantan. Aku sekarang dah berpindah dah pun. Dah bersekolah di Sabah dan tamatkan SPM di sana juga. Aku ada dengar cerita sekolah tu dah dinaik taraf dah. Tapi aku harap, penghuni asrama tu x dikacau lagi sebagaimana yang zaman aku dahulu dikacau. Sebnrnya ada banyak lagi kisah aku tapi cukup sampai disini ya dulu. Lain masa aku akan ceritakan lagi kisah² mistik yg pernah berlaku disekolah aku. Sekian.

Perkongsian Daripada Afiq.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makhluk Ghaib

RNR Tasik Raban