in

Misteri Sekolah Baru

Perkara ni dah lama berlaku masa sekolah menengah dekat asrama dulu. Sekolah tu baru je dibuka dan kami merupakan 1st batch kat situ. Tapak asal sekolah tu ladang kelapa sawit & sekolah tu pun nun jauh kat ceruk mana ntah. So boleh bayangkan la apa yang ada kat situ kan. Walaupun rasa curiga nak ke sana tapi pegi jugak la sebab excited benor nak masuk sekolah asrama ni.

Banyak gak kes penampakan entiti yg berlaku kat sekolah sampaikan ada student lelaki yang cuba panjat pagar sebab nak lari dari sekolah. Yang ni lips tak tau sangat cerita sebab malam kejadian kecoh sekumpulan student lelaki mengejar seorang student ni yg panjat pagar lepas diusik sesuatu – yang ni confirm bukan bunian tp entiti lain..

Kisah bunian ni bermula bilamana tiba-tiba kami diminta oleh warden asrama untuk membaca surah yassin setiap malam Jumaat dan buat sembahyang hajat. Alasan warden masa tu sebab nak dekat exam. So kami yg tak tau cerita ni buat je la seperti yg disuruh. Tapi yg peliknye bacaan yassin & solat hajat tu dibuat dalam dorm saje bukan nye di surau sekolah seperti kebiasaannye. Masa tu x syak ape-ape lagi dan memang tak nak amik tau sangat la kenapa macam pelik je arahan warden waktu tu. Tak brape suka dengan cerita-cetita misteri ni sebab tau diri penakut tapi skrg mcm dah addicted plak.

Tak lama kemudian baru la ada student yang bercerita kisah seorang student perempuan ni (kita panggil Mia la eh) yang selalu kena kacau dengan bunian. Kira mcm rumours la time tu & masing2 x nak percaye. Kami fikirkan mesti Mia ni stress study smpi ternampak benda yg bukan2. Bayangkan sampai Mia kata org bunian tu selalu je tunggu dia kat depan pintu kelas setiap kali waktu blaja nak habis… Mmg masing2 pucat lesi la bila dpt tau termasuk cikgu-cikgi kat situ. Padahal xde sape2 pun kat pintu kelas tu.

Sampai satu tahap kami digemparkan dgn keadaan Mia yg tak bangun2 dr tidur. Org lain sibuk bersiap nak pegi kelas tp dia x bangun pun walau da gerak byk kali. Roommate Mia da nangis2 kat tepi katil dia sbb tgk dia da terkujur mcm tu. Terpaksa la panggil ustaz masuk ke asrama perempuan & buat sesuatu utk panggil Mia blk ke alam nyata. Waktu tu kami xde ustazah lagi kat sana jd pilihan yg ada hanyalah ustaz ni saja. Aku bknnye roommate Mia tp kami yg dkt kelas suda kecut perut gak la. Nak study pun takut, walhal jauh je kot hostel tu dgn kelas kami tu kan

Akhirnye Mia ni sedar dr tidur. Tatau la camne ustaz tu buat – ada la tu ilmu ustaz ni agaknye. Selepas tu Mia dibawa balik ke rumah oleh parents dia. Lps dr kes tu baru la roommate Mia bercerita kat kami ape yg jd sebenarnye…

Sebenarnye bunian ni da lama follow Mia, bunian ni ada la seorg perempuan & dia sgt sukakan Mia dan ingin jadikan Mia kwn kpd anaknye. Anak bunian ni perempuan juga. Frankly speaking Mia ni mmg baik la budi pekerti & juga cantik bdknye . Lembut & sopan. Mmg budak baik2 la… x mcm lips & the geng yg haru-biru ni. Menurut cerita Mia, bunian ni selalu aje ikut dia kemana-mana, sampaikan ke tempat kami nak sterika baju pun dia ada. Tp cuma Mia aje yg boleh nmpk. Mia mcm x nak la ikut permintaan bunian ni. Setakat berkawan mcm2 tu aje la & dia pernah suarakan hal ni pd warden & cikgu2 yg lain. Cikgu & warden x nak buat kami semua panik jd cuba nak selesaikan hal ni diam-diam. Itu yg sampai keluar arahan baca surah yassin setiap mlm Jumaat & buat solat hajat. Tapi kesannye slps tu Mia kena marah dgn bunian ni plak. Boleh bunian ni kata mereka pun boleh juga baca surah yassin ni kenapa suruh kawan2 yg lain baca yassin tiap2 mlm Jumaat. Perghh.. seram giler time ni bila lips dpt tahu.

Mia ni baik sgt, sampaikan lps kena mrh dgn bunian ni pun dia still x nak keluar dr asrama tu. Selagi dia ada kat hostel selagi tu la bunian ni follow aje dia & minta Mia jd kwn pd anaknye. Ape maksudnye eh?? Bukan ke mcm dia nak Mia masuk ke dunia bunian?

Oleh kerana kami selalu buat solat hajat & baca Yassin maka bunian ni mcm bengang la.. Sudahnye pd hari yg dia x bangun2 tu bunian ni rupanye da bawa Mia masuk ke alam mereka jalan2. Menurut cerita Mia bunian ni cantik2. Tp x pasti la plak pakai tudung ke tidak – Aku da lupa. So Mia sempat la berada di alam tersebut kenal-kenal dgn org di sana. Tapi bila sampai masa Mia nak blk bunian ni x nak hantar Mia pulang. Dia kata pandai2 la Mia nak blk camne.. huh! Giler btol bunian ni nakkan Mia. Sudahnye Mia pun jalan la kat alam tu pusing sana-sini nak cari jln blk. Itu yg dia x bangun2 walau da dikejutkan byk kali.

Sampai la Mia tiba di satu simpang, tp dia tatau jln mana nak pilih. Tiba2 Mia nmpk dihujung simpang tu mcm ada cahaya terang so Mia ikut je la jalan tu sampai la dia tersedar dan lihat ada ustaz & roommate yg lain nangis2 kat tepi katil dia. Lps tu br dia tau yg dia x bangun dr tido sejak dr awal pg. Masa sedar tu seblom zuhur kalau x silap.

Lps dr tu trus parents Mia bawa dia blk & berubat. Kesian gak kat dia sbb kena keluar dr asrama tu. Walaupun pengetua izinkan Mia blk semula ke asrama lps berubat tp parents Mia amik keputusan utk sekolahkan Mia di sekolah biasa aje.

Bila dgr cerita dr roommate Mia ni rasa mcm nak pingsan pun ada. Tak sangka sampai mcm tu sekali bunian ni kalau sukakan manusia.

Perkongsian Daripada Akma.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kompilasi Kisah Seram (PART 4)

Misteri Rumah Biru