in

Misteri Rumah Sewa (Part 1)

Okay, bismillah. Sebenarnya aku sendiri tak berani nak cerita pasal ni, so aku ambil masa agak lama juga untuk kumpul keberanian taip cerita ni.

Masa ni aku final year student, so aku duduk rumah sewa ya atas sebab yang aku pernah cakap dulu. Okay, masa nak cari rumah ni agak tergesa² la sebab aku taktahu area² kat situ so bila nampak iklan tu aku bincang dengan rumet aku, family aku then terus okay. Rumah ni pun aku tak tengok, aku cuma lalu kawasan ni je sebab nak kenal kawasan so senang nak angkat barang nanti.

Rumah apartment ni ada 3 bilik, bilik master 3orang, bilik tengah 2orang, bilik single untuk sorang. Aku dengan rumet aku duduk bilik tengah. Bilik master tu student lain, aku tak kenal even ada yang sama course dengan aku.

At that time semua smooth je then ada classmate aku sorang ni tetiba tanya pasal rumah tu…dia kristian, okay aku namakan Gee la, so oleh sebab kitorang memang kena juga cari orang untuk bilik single, kitorang pun setuju.

Masa awal² tu biasa jela….tahla aku pun tak pasti la sebab aku tak amik port sangat kot, lagipun aku dengan dia pun tak berapa rapat pun.

Bila aku realize something tu aku pun tak sure bila. Yang pasti benda first yang aku perasan adalah pintu bilik master tu. Aku musykil sampai sekarang ni. Aku jenis memang jarang balik rumah parents so aku peka sikit la keadaan rumah tu bila aku sorang kat situ.

Mula² yang aku perasan, pintu bilik master room selalu terbuka even takde orang pun dalam rumah. I mean, if korang la keluar rumah of course pintu bilik tutup rapat kan ? And housemate aku bukan jenis cuai macamtu. Lagi satu kalau kata angin memang impossible, tak logik kalau pintu boleh terbuka ditiup angin, kuat betul angin tu….angin dari mana datang ? Tak mungkin dari tingkap bilik diorang, atau dari luar, tak mungkin sebab depan bilik master tu bilik air untuk bilik aku dengan bilik single. Pintu bilik air pun sentiasa tertutup, tak mungkin angin dari situ.

Mula² aku rileks jela sebab fikir mybe diorang lambat pergi kelas, tak perasan pintu tertutup rapat. Tapi bila selalu sangat jadi macam tu aku dah mula rasa tak sedap la. Bayangkan, petang aku balik elok je tertutup rapat. Aku lepak bilik malam tu aku pergi dapur, pintu terbukak tapi takde orang ? Kau rasa ? (btw each room memang takde kunci, tuan rumah tak pernah bagi, and aku sendiri tak pernah tengok pun siapa tuan rumah tu semua urusan through whatsapp je, cuma ketua rumah je pernah jumpa dia).

Oleh sebab aku pergi kelas sekali dengan Gee tu, aku cerita la kat dia pintu bilik tu blablabla…pastu tetiba dia cakap, “eh haritu i dengar ada orang sembang² dalam bilik tu siap gelak²…” I was like, seriously ?! Aku takde lah percaya sebijik seketul apa dia cakap, tapi aku still berwaspada la…

Aku cerita kat rumet aku, dia ada tak rasa pelik² kat rumah tu ? Of course dia tak rasa apa² sebab tiap minggu dia balik rumah parents dia. Sampai la satu hari, kami cuti seminggu. So semua balik dulu kecuali Gee balik lewat sikit.

After few days kat rumah parents aku, tetiba Gee wasep “i nak cerita something ni, you jangan takut pulak…”
Aku dah….ah sudahh benda apa pulak dia ni nak cakap. Aku pun layankan jela apa dia nak cerita. So dia cakap “Masa you alls dah balik haritu, I ada mintak uncle i tolong tengokkan rumah tu (she claimed that her uncle is muslim, kinda ustaz gitu la)”
Okay then ?
“Uncle cakap rumah ni ada something, tapi dia tak kacau orang…benda tu besar berbulu, duduk kat syiling bilik you”

Sumpah masa ni aku terkejut badak la dia cakap macamtu. Aku macam 50-50 antara nak percaya ke tak. Tapi aku still was². Yelah, sebab selama ni lepas selalu sangat pintu bilik tu terbuka dengan sendirinya, aku rasa bilik aku paling selamat sekali dalam rumah tu.

Bayangkan, aku sampai takut gila keluar bilik even rumah aku blackout, aku terus call mak aku then mak suruh keluar dari rumah sebab takut apa² jadi sebab aku sorang masa tu. Aku memang takut gila la sampai pegang fon mengigil². Bila Gee cakap macam tu aku terfikir jugak la….benda tu tak panas ke bila aku dengan rumet aku solat, mengaji kat bilik tu ? Penjaga rumah ke ? Tuan rumah hantar ke apa benda tu ? Semua persoalan ni berlari² dalam otak aku masa tu.

Sampai sekarang ni aku still tak tahu apa cerita sebenarnya rumah tu. Even kami tak dapat trace siapa yang duduk rumah tu sebelum ni. Tuan rumah cakap sebelum ni ada je student (senior) duduk, bila nak amik kunci dia cakap tak boleh sebab ada orang duduk lagi. Bila mula² masuk rumah tu, macam rumah yang dah lama orang tak duduk, dengan tandas kotor nya, lantai berdebu, singki bersepah, berhabuk semua lah…then siapa yang duduk before sampai tak boleh bagi kunci lagi tu ?

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perempuan Misteri Berambut Panjang

Video Memasang Lego