in

Misteri Rumah Sewa (Part 2)

Untuk part 2 ni aku nak cerita apa yang kawan² aku rasa kat bilik Gee. Beberapa hari before kawan² aku datang, aunty Gee yang muslim tu datang rumah nak amik dia pergi jalan²…btw aunty dia memang nampak mcm bini orang alim la, siap pakai niqab…

So Gee cerita lah kat aunty dia tu blablabla…
guess what apa aunty dia cakap ?

“jantan la tu, biasalah kalau jin jantan ni suka kacau, tambah² semua perempuan duduk sini…”

dan…..sebaik je aunty Gee cakap macam tu, pintu bilik master terbukak untuk yg kesekian kalinya….tersentak jugakla kitorang masa tu. Aku tak expect kot pintu nak terbukak time tu…memang wow la.

Tengah² sembang tu, aku pun pergi la bukak peti ais nak prepare untuk lunch…Gee dengan aunty dia pun tengah berdiri sebelah aku masatu. Then Gee mintak diri nak bersiap²….and secara tak sengaja aku terpandang bawah pintu Gee masa dia nak bukak pintu bilik tu.

Bayangkan dalam pukul 11.30 pagi macam tu, matahari memang ngam terik kat luar, aku boleh nampak bayang² bergerak² disebalik pintu tu….secara logiknya, langsir bilik Gee tak selabuh tu, and belakang pintu Gee takde penyangkut. Dan of course, Gee takde roomate (aku dah mention tu bilik single). So tu bayang² apa ?

Masa tu aku diamkan jelah apa yang aku nampak…aku nak sedapkan hati aku yg tu bayang² langsir sebab lepas Gee keluar, aku tinggal sorang dalam rumah tu. 😪

And lepastu macam biasa jela kehidupan aku kat rumah tu….then sampai lah satu hari kawan² aku datang, which is classmate aku dengan Gee la. Masa tu kitorang dalam musim final exam, jadi diorang datang nak suruh Gee ajar like study group la gitu.

Oleh sebab first time diorang datang, jadi diorang pun tersangat lah excited masuk rumah aku….huha huha satu rumah then salah sorang kawan aku ni, Lia mintak izin nak masuk bilik Gee. Gee pun bagi jela masuk…

Kawan² aku ni memang jenis riang ria satu geng, tetiba elok je jejak bilik Gee terus terdiam…Lia yang mula² beria excited nak masuk tu duduk tak panas punggung terus keluar lepak ruang tamu…
Aku ? Mana perasan apa time ni, aku tengah menyembang kat ruang tamu tu…

Kami dah naik sem baru baru aku tau apa yang jadi masa tu….tu pun sebab Win, salah sorang dari kawan aku tu pair esaimen dengan aku, so dia cerita lah….

Actually, antara geng diorang tu, Lia paling sopan, maksud aku tudung dia memang macam ustazah la…so Win cerita la apa yang jadi sebenarnya…..

Masa diorang masuk rumah aku first² tu, Lia cakap rumah aku macam suram….aku tatau apa maksud dia, sedangkan masa tu tengahari kot. Bila Lia masuk bilik Gee, dia rasa lain macam, sejuk ke cemana entah…dia memang tak selesa la dalam tu, bila Lia keluar…Win still stay dalam bilik tu, lepak² atas katil Gee.

Win tanya Gee “wey apa rahsia kau terer ni ?” (well, gee antara orang yg terpandai dalam kelas tu….pandai la kot, entah no komen). Selalunya time kami ada kuiz ke test ke Gee ada tips, so Win ni konon nak korek rahsia la gitu…

Gee jawab “ada lah….rahsia la…kalau i ada tips i bagitau la….” (sambil senyum², ketuk dinding bilik dia tu).

Ternganga jugakla aku masa Win cerita pasal ni, i was like perghh macam psycho je perempuan ni….apa masalah kau ketuk² dinding tu ?

Win pun pelik dah masa tu tapi dia layankan aje la berhuhu kat situ. Masa kitorang jumpa ni pun Win tanya aku Gee tu tak pelik ke bagi aku….

Aku mengaku la, lepas Win cerita ni lah baru aku rasa Gee ni pelik, tatau lah maybe sebab aku dah terbiasa duduk dengan dia…selama aku lepak bilik dia tu pun aku tak rasa apa yang Lia rasa and dia tak pernah ketuk dinding depan aku. Bilik dia pun macam biasa je, meja study penuh notes, bible pun ada notes, rantai salib tergantung kat tepi katil…tu je, nothing weird. Aku pun tanak la tuduh dia psycho, tapi dia memang sesuatu la…sejak dia keluar rumah tu, kami semua keluar, since dia dah langgar kontrak untuk keluar sebelum waktunya, and aku memang jauhkan diri terus dari dia….sampai sekarang.

Oh ya, selama aku duduk rumah ni pun parents aku pernah tidur semalam kat bilik aku….and bapak aku memang tak boleh tidur nyenyak malam tu, dia ternganggu dengan mimpi dan bunyi burung apa entah kat luar bilik tu. Kat luar bilik aku tu memang ada pokok, tak besar sangat la…

And burung tu pulak memang hampir tiap malam la bunyi…yang aku rasa terganggunya, bunyi tu rasa macam dekat sangat dengan tingkap bilik aku yang memang aku bukak sikit setiap malam.

Aku tatau lah apa nasib orang yang duduk rumah tu lepasni.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Video Memasang Lego

Patung Badut