in ,

Misteri Rumah Rahman

Entahlah kenapa setiap kali kalau aku sampai ke rumah jiran jiran sekeliling aku tengok aku macam tak pernah tengok orang. Pelik bila aku senyum atau angkat tangan diorang buat macam angin pula.

Itulah keadaan yang aku alami setiap kali kalau aku balik dari kerja ke rumah aku….nama aku Jeff…aku baru dapat kerja di Kota Kinabalu, jadi aku kena cari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja aku…yalah aku duduk ti Tawau…memang jauh dari Kota Kinabalu, nak tak nak aku kena menyewa rumah.

Ada sebuah rumah ni aku terjumpa di Mudah, memang murah dari rumah rumah yang lain, adalah sewa dia dalam 700 sahaja, sewa 700 untuk rumah teres satu tingkat memang murah lah…dekat dengan bandar lagi jadi memang sesuai sangat dengan aku….

Dipendekkan cerita aku pun mula berpindah masuk ke rumah ni, saat aku tulis cerita ni adalah dalam beberapa bulan sudah aku tinggal di sini. Tapi pelik bila awal2 aku berpindah masuk tu jiran2 aku pandang aku lain macam….

Awal2 tu aku tak kisah sangat mungkin penduduk kawasan perumahan di sini ni memang macam tu, tak peramah sangat, lagipun aku orang baru di sini, mungkin budaya penduduk2 di sini ni jenis yang jaga tepi kain sendiri….

Mingu pertama aku berpindah ke sini, begitu layanan diorang dengan aku, minggu kedua barulah aku tau kisah sebenar yang berlaku di rumah ni, itupun sebab aku tegur jiran aku di sebelah awal2 pagi tu sebelum nak ke kerja, dia masatu pun tengah menyapu kawasan halaman depan rumah dia, kononnya nak memperkenalkan diri la…jadi aku memperkenalkan diri, nama dia rahman dalam lingkungan 50 han juga, dia tinggal di sebelah dah lama, memang orang lama di kawasan taman ni, dia dan isteri dengan 2 orang anak dia duduk di situ….beberapa minit berbual kata aku dalam hati ok juga jiran2 di sini ni tapi kenapa ada yang pandang aku semacam….berbual punya berbual tiba2 jiran aku tu tanya soalan yang pelik….

“Ok juga tinggal di sini?” aku jawab “ok”, aku tanya “Kenapa?” dia cakap tak adalah lah dik…”nanti kalau ada apa2 bagitau abang”…aku kata, “Baik bang”…lepastu dia kata lagi…”Kalau perlu jerit, jerit ja dik”…manala tahu abang tak dengar…

Aku terkejut la kenapa pula dia ckp macam tu? Aku pun dengan muka yang poker face jawab “Eh tak adalah sampai jerit ya bang” sambil aku ketawa tak ikhlas….Yalah gila kau pelik habiss juga tu….

Tidak beberapa lama selepas tu barulah aku tau kenapa dia suru aku jerit kalau ada apa2….

Tidak beberapa lama selepas tu, adalah dalam 3 hari selepas aku berbual dengan abang rahman, waktu tu pukul 12.30  malam..  aku dikejutkan dengan satu ketukan pintu depan rumah aku, aku bangun dan buka pintu…entah kenapa pula ni aku kata dalam hati…semakin aku melangkah menuju ke pintu depan semakin dekat aku…tiba2 aku terdengar jeritan dari rumah jiran depan…katanya

“JANGAN BUKA PINTU!”

Langkah aku terhenti…eh…siapa pula yang jerit tu…lepastu makin kuat pula bunyi ketukan tu…aku tanya dari dalam siapa tu?? tiada yang menjawab dari luar apa yang aku dengar cuma bunyi ketukan pintu….entah kenapa masatu tiba2 pula naluri aku cakap jangan buka pintu….aku biarkan sahaja sambil aku berdiri betul2 di depan pintu rumah aku tak tahu apa nak buat yang aku pasti aku tak nak buka pintu tu sebab ganjil sangat…..

Tiba2 ketukan pintu tu berhenti….aku tarik nafas lega, dengan kebingungan aku mengorak langkah masuk semula ke bilik aku….tiba2 aku dengar sekali lagi ketukan pintu…tapi kali ni pintu jiran aku….kata aku dalam hati eh…cepat juga orang tu pegi rumah sebelah ketuk pintu….

Tapi masalahnya…kali ni aku dengar ketukan pintu tu dari dalam rumah….iyaaa…dari dalam rumah jiran sebelah aku…rumah rahman…..ketukan dari dalam pintu…ke luar…..

Gila meremang bulu roma aku cerita ni….

Aku baca doa surah2 yang aku tahu dan tutup mata sehinggalah tertidur….

Keesokan harinya, aku nekad untuk tegur jiran depan rumah, nak tanya dia apa sebenarnya yang terjadi kenapa dia jerit dekat aku supaya jangan buka pintu n apa yang sebenarnya yang ketuk pintu aku semalam? Aku beranikan diri ke rumah dia, yalah depan rumah ja…

Aku perkenalkan diri, nama dia makcik timah, cerita punya cerita akhirnya dia ceritakan aku segala galanya, rupa rupanya, rumah jiran aku tu, rumah si rahman tu berhantu, seluruh penduduk taman tahu yang rumah tu berhantu, itulah masa aku pindah ke rumah aku ni, sebelah rumah rahman diorang tengok aku lain macam….katanya dalam rumah tu ada pontianak…

Aku kata, eh? Yaka? Tapi kan rahman tinggal dalam rumah tu? Kata aku…

Makcik timah cakap lagi, Rahman dah meninggal dua tahun lalu….pontianak tu dia yang pelihara…sekarang rumah tu kosong mana ada orang! Tapi dia pun selalu juga nampak kelibat rahman dalam rumah tu…

“Alamak…jadi yang aku cerita tu hari dengan hantu la? Dan yang ketuk pintu rumah aku tu pontianak?” tanya aku dengan makcik timah dengan nada yang tekejut… katanya “Iya”…

Ohhh macamtu, tak apalah terima kasih, aku pun berlalu pergi dari situ dan kembali ke rumah aku….

Malamtu, aku dikejutkan sekali lagi dengan bunyi ketukan pintu, tapi kali ini ketukan pintu tu dari dalam rumah aku, bukan dari dalam rumah sebelah…

Ahhh sudahh…benda ni dalam rumah aku pulaaa….aku buka mata aku perlahan lahan dan alangkah terperanjatnya aku bila rahman berdiri depan pintu bilik aku sedang mengetuk pintu bilik aku, aku boleh nampak dia membelakang….tapi apa yang buat aku hampir pengsan, badannya membelakang aku sambil mengetuk pintu, tetapi kepalanya berpusing 180 darjah melihat aku…sambil berkata…

”Hah?” tunggu apa lagi? Kan aku dah cakap, kalau ada apa2 jerit ja”, di situlah aku menjerit sepuas puas hati aku, tak pernah pernah aku terbayang berada di dalam situasi ni jumpa dengan benda macamtu, keesokan paginya aku jatuh sakit dan demam…

Aku terbangun dikelilingi oleh penduduk kampung, mereka waktu tu sedang membaca surah yasin, diorang jelaskan pada aku apa yang terjadi, diorang terdengar aku menjerit, semua bergegas ke rumah aku dan diorang pecahkan pintu rumah aku, masatu aku terbaring di lantai tidak sedarkan diri…

Rumah aku tu dirukyah…rokyah ni macam upacara islam untuk memagar seluruh rumah….dan bermula dari detik inilah aku rajin solat 5 waktu sambil minta tuhan lindung dari ganggaun syaitan….saat ini barulah aku sedar yang solat adalah pendinding yang paling kuat menghalang benda2 ni, awal2 tu aku solat sebab takutkan jin dan syaitan ni, lepas dari haritu, aku tak kena ganggu apa2 lagi….

Bukan apa, semoga kisah aku ni dapat memberikan pengajaran kepada mereka yang mendengar…terima kasih.

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ibu

Hospital Seri Bahagia