in

Misteri Rumah Keluarga Jeremy

Kisah ini saya ceritakan hanya sekadar cerita dari orang kampung saja. Kita jangan terlalu obses ya. Ok kisahnya bermula dari sini. Rumah ini dahulu kala ialah kayu. Tapi ia dtukarkan menggunakan bata. Setelah berbulan-bulan rumah itu terbiar. Datanglah satu keluarga ke sana. Keluarga itu mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua anak perempuan. Mereka pun mengangkat barang masuk, barangan mereka. Keesokan harinya mereka mula menghias rumah itu. Hidup mereka sangat ceria pada tiga hari yang pertama, tapi menjelang hari keempat, situasi di rumah itu berubah. Rumah itu kononnya setiap malam ada bunyi yang menyeramkan. Sebagai contoh bunyi budak tarik kerusi, budak menangis dan sebagainya. Pernah sekali seluruh cermin di rumah itu pecah tanpa sebab Tapi suatu hari ni lah yang membuatkan kami buntu dan berfikir yang rumah tu ada yang tak kena. Pasti! sangat-sangat. Pada hari itu keluarga itu pulang ke kampung halaman mereka. Kami nampak lagi yang mereka jalan. Tapi yang membuatkan pikiran kami buntu adalah kenapa rumah tu macam ada orang yang tinggal. Kenapa rumah tu macam bising sangat. Macam ada ramai budak-budak yang bermain-main tapi kali ni yang aku takutkan. Pada malam tu, ada orang memanggil namaku berkali-kali. Jadi saya pun dengan keadaan mamai bangunlah. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat sosok tubuh yang basah kuyup. Saya pun pergi dekat. Oh! rupa rupanya jiran sebelah. Saya pun tanya apa tujuan dia datang malam-malam buta ni. Dia pun jawab “Saya nak minta ayam mentah satu.” Tanpa berfikir panjang saya pun bagi lah ayam mentah dari dalam peti sejuk. Dia pun mengucapkan terima kasih. Saya pun menutup pintu kembali. Sesampainya saya di katil saya terus tidur. Pada keesokan harinya saya bangun dan membuat rutin harian. Selepas itu saya pun berjumpa dengan kawan-kawan. Biasalah orang kita selalu lepak-lepak. Dorang pun berceritalah tentang jiran kami yang baru pindah tu. Entah kenapa saya pun ikut bercerita juga. Setelah saya menceritakan kisah saya semalam mereka semua terkejut. Saya pun tanya kenapa kamu terkejut. Jawapan dorang lah yang membuatkan bulu saya meremang. Mereka kata “kau ni betul2 bah? Bukan jiran kita jalan  balik kampung kah tu?” Saya sangat terkejut dengan jawapan itu. Saya hanya terdiam dan membuat reaksi terkejut. Jadi kami tekad mau selidik tentang rumah tu. Setelah kami dapat tahu bahawa keluarga tu adalah pemegang saka kami pun sangat terkejut. Dan keluarga itu sewa rumah itu hanya untuk tinggalkan saka mereka sahaja. Patutlah saya nampak barang mereka banyak sangat. Tapi yang lagi mengejutkan. Keluarga itu hanya ada suami isteri dan belum ada anak.

😶
😶
😨
😧
😨

Perkongsian daripada Bronson.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kawan Aku

Gangguan Semasa Pulang