in

Misteri Penghuni Rumah Sewa

Seperti yang diceritakan mak aku. Kejadian berlaku sekitar tahun hujung tahun 1980-1990an.

Mak aku masa muda memang suka merantau, keluar dari negeri sendiri dan bekerja di negeri lain. Tamat STPM, mak aku dgn kawan² dia menetap di langkawi dan bekerja di sana.

Mak aku dan kawan² dia sewa rumah kampung yang dekat dengan tempat kerja. Kata mak aku, dia bernasib baik dapat rumah yang okay, tuan rumah pun baik. Tapi lain ceritanya dengan rakan sekerja mak aku.

Rumah sewa dia rumah batu, mempunyai ruang besar yang agak selesa, sewanya pun biasa tak mahal dan tak terlalu murah. Pada mulanya tiada apa² yang pelik dengan rumah tu. Sampailah suatu hari, kawan mak aku sedar, ada yang tak kena dengan rumah tu. Seolah² ada orang lain yang menetap di situ juga.

Kejadian pertama.
Kerusi dalam rumahnya kerap berbunyi ditengah² malam. Bunyi kerusi ditarik dan ditolak semula ke tempat asal.
Mulanya kawan mak aku biarkan je sebab ingatkan khayalan saja.

Kedua. Kerap kali kawan mak aku ni dengar bunyi kuali, pinggan mangkuk berlaga kat dapur seolah² ada orang memasak. Bila dijenguk ke dapur, ya, tiada sesiapa. Malah, kuali, pinggan semua tersusun elok di rak.

Ketiga. Pernah satu hari, kawan mak keluar rumah selama sehari atas urusan kerja. Esoknya dia balik rumah, baldi, mop, besen dan lain² barangan rumah beralih tempat. Keadaan sama seperti kita sedang mengemas rumah. Pernah kawan mak aku nampak depan matanya sendiri baldi bergerak dan terbalik bila dia cuba letak kembali baldi tu dalam stor.

Lepas semua kejadian tu, dia mula yakin dia sedang berkongsi rumah dengan “housemet” yang tak kelihatan di matanya. Mulanya kawan mak aku buat tak kesah, lama² kemudian dia nekad pindah. Walaupun “housemet”nya tak pernah munculkan diri, tapi dia boleh rasakan ia berada di setiap inci rumah tu.

Kadang² kita tak sedar sebenarnya ada penghuni lain yang menumpang atau sekadar melintas di rumah kita.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gangguan Misteri

Makhluk Menyerupai Adik