in ,

Misteri Kehilangan Seorang Anak Dara

LONG GANG, DIDALAM TASIK BAKUN–  Ini adalah kisah benar dan sehingga kini kami anggap perkara ini sangat misteri dan mistik. Kisah ini sudah lama dan berlaku sekitar 1980an di kampung kami yang terletak jauh di pelusuk pedalaman Sarawak ini.

Ceritanya bermula apabila sekumpulan orang kampung kira-kira dalam 10 orang termasuklah si gadis yang hilang ini pergi untuk menjaring (Mansai, Nyikep) di sebuah anak sungai yang terletak lebih 2 jam berjalan kaki dari kampung. Si gadis ini adalah orang yang paling terbelakang dalam kumpulan ini.

Setelah beberapa jam mereka menjaring ikan sambil memungut sejenis buah hutan yang pada ketika itu sedah masak. Buah hutan ini dinamakan buah SAK LEMPAK (bahasa kenyah Badeng) saya kurang pasti namanya dalam bahasa malaysia. Buah sangat manis dan enak. Daun buah ini biasanya sangat tahan jika dibuat tali untuk mengikat.  Saya masih teringat pada zaman kanak-kanak kami pun sangat suka mengumpul buah ini.

Berbalik kepada cerita kehilangan si gadis tadi, bilamana perjalanan mereka untuk pulang sambil mengumpul buah SAK LEMPAK mereka sangat leka mengumpul buah masing-masing sehingga jarak antar mereka semakin jauh. Mereka tidak menjangkapun perkara sebegini akan berlaku.

Setelah hampir sampai di kawasan perkampungan, kumpulan yang awal sampai pun berehat sambil menunggu semua orang sampai. Orang yang kedua terakhir adalah seorang lelaki bernama YUNUS ( sekarang tinggal di sungai Asap) telah pun sampai. Maka orang terakhir yang belum muncul adalah si gadis yang bernama URAI. Mereka terus menunggu sehingga beberapa minit sehingga hampir sejam berlalu.

Namun si Yunus tidak berasa sedap hati kerana semasa perjalanan tadi dia terperasaan ada anjing yang bersama-sama mereka menyalak dan berada dalam keadaan panik dan ketakutan. Seolah ada sesuatu berlaku. Maka si Yunus pun kembali untuk menjejak Si Urai sehingga hampir di tempat terakhir mereka menjarakan diri untuk mengumpul buah.

Jejak hanya sia-sia apabila si Urai terus tiada muncul tiba, dengan rasa panik dan tidak lagi tentetram dia kembali kepada kumpulan tadi dan mereka ambil keputusan untuk memberitahu orang kampung. Ini kerana hari pun semakin senja. Setelah memberitakan hal demikian kepada orang kampung maka operasi mencari serta merta dijalankan.

Pada malam itu juga semua orang kampung telah bergegas menyelinap ke seluruh kawasan dan arah untuk mencari kemungkinan si gadis bernama Urai ini sesat. Namun pagi menjelma tiada satu pun petanda menunjukkan dimana perginya si gadis ini.

Apa yang sangat misteri adalah dia hilang bersama semua perlatannya barangannya seperti ( Terendak, Jaring, dan Ajatnya). Kalaulah Ular besar atau sang haiwan buas yang membahamnya sudah pasti juga ada barang peninggalan dan petandanya. Sebaliknya tiada sesautupun yang tinggal. Perkara ini sangat misteri.

Setelah 2 minggu berturut-turut operasi mencari telah pun berhenti. Namun semuanya orang kampung dari hari itu diselubungi misteri lebih-lebih lagi kami adalah keluarga terdekatnya. kami tidak tahu apa dan kemana?

Biasanya kalau minta si tukang tilik mencari orang-orang yang sesat pada zaman itu beliau mampu menunjukkan sedikit pentanda. Tapi dalam hal ini Bomoh pun tidak tahu. (masa tu masih pegangan Bungan) percaya pada petanda. Ada juga yang telah menganuti Kristian. Namun pada ketika itu Tuhan pun tiada beri petanda. Maka sehingga hari ini kami anggapnya MISTERI!!!

Perkongsian daripada Edtler Duncan.

What do you think?

Written by Edtler Duncan

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Lathi Challenge Part 1

Aku Boleh Nampak Part 3