in

Misteri Kedai Burger

“Kat tengah² kawasan bukit bukau dikelilingi hutan rimba ada gerai burger ?”

Persoalan yang masih bermain dalam kepala aku sampai sekarang.

Pertama dan terakhir kali aku nampak sepanjang perjalanan kami pulang ke selatan tanah air. Yang aku pasti pada waktu itu telahpun lewat malam. Itu antara perjalanan terlewat kami melalui kawasan itu.

Setelah berjam² duduk dalam kereta memang memenatkan. Apatah lagi menghadap jem atas highway. Bapak aku lebih selesa melalui jalan lama, walaupun agak jauh. Dah biasa katanya.

Malam itu, kami semua terlena kecuali bapak aku yang masih steady memandu. Aku terjaga sebab terasa lapar. Selalunya mak aku sentiasa membawa bekalan snack ringan untuk bapak aku bagi hilang mengantuk. Masa tu, bekalan kami pun dah habis dimakan selama “menunggu giliran” meredah jem teruk di kawasan kampung aku.

Tiba² mata aku menangkap cahaya lampu kalimantang di hadapan kami. Beberapa ketika kemudian, terlihat sebuah gerai menjual burger yang sama seperti gerai yang kita selalu lihat di tepi² jalan dan ada 2 orang lelaki di situ, mungkin penjualnya.

“Ba, berenti kat kedai beger tu boleh ? Lapar lah…” memujuk bapak aku yang sedang fokus memandu.

“Berenti apa tengah² hutan ni, nanti balik jelah makan…” jawab bapakku ringkas.

Aku hanya diam menurut sambil mata melihat ke arah gerai tadi.

Tak lama kemudian baru aku terfikir, ya tak ya juga kedai burger apa kat tengah² hutan ni ?
Kalau betul ada, kenapa kat hutan macamni, mana ada ramai orang lalu ? Mana kereta/motor yang meraka gunakan ?
Macamana mereka boleh setup gerai kat kawasan bukit² begitu ?
Macamana pulak mereka boleh pastikan letrik yang cukup ?
Kalau stok habis macamana nak ambik barang ?

Mungkin bapak aku dah perasan lebih awal, jadi dia memilih untuk tidak berhenti walaupun aku yakin dia juga lapar.

Kedua² kejadian ini, bukan aku seorang saja yang nampak. Jadi aku yakin itu memang realiti. Aku tak mimpi !

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pakcik Berbasikal

Mendaki Gunung