in

Misteri Jalan Lama

Aku paling tak suka kalau bos suruh OT. Kalau balik tu tak lewat sangat ok gak, ini sampai jam 9, jam 10 malam baru bos bagi lepas. Huhu. Kekadang tu rase nak berhenti juga dari kilang ni, tapi bila aku fikirkan balik mak dengan ayah, aku tetap kuatkan semangat. Macam ni lah kalau anak sulung, komitmen terlalu tinggi. Aku sanggup belajar takat SPM je dan terus kerja kilang. Mak ayah aku pun dah tua, adik beradik pula ramai. Nak ditelan mati mak, nak diluah mati ayah. Oleh yang demikian aku kemam jela. Walaupun aku pernah diganggu oleh makhluk yang tak diundang, aku tetap kuatkan semangat aku untuk terus bekerja demi family aku. Sekarang ni aku memang tak lalu lagi jalan lama tu, aku guna jalan baru. Biar jauh janji selamat. Betul lah apa orang cakap, jangan riak sangat nanti makan diri!

Aku masih ingat kisah seram yang terjadi dengan aku pada malam tu. Bila aku refresh balik saat-saat tu, eee! Meremang bulu roma aku. Entah lah, aku pun susah nak describe pasal diri aku ni. Senang cerita, selagi aku tak kena atau tak nampak benda tu, aku memang tak akan percaya. Pernah sekali member aku pesan, jangan lalu jambatan tu A.K.A jalan lama sebab ramai yang dah kena dekat situ. Kalau pulang dengan selamat takpe juga, memang tempat tu orang selalu eksiden. Aku ade gak tanya dengan makcik-makcik dekat kilang ni cerita pasal jambatan tu “Macik pon ade dengar cerita pasal jalan lama tu, tempat tu orang selalu buang benda. Jadi tak hairan lah jambatan tu agak angker sedikit. Lagi pun korang sendiri tahu, tiap-tiap tahun mesti dengar ade orang terjun dari jambatan tu untuk bunuh diri. Tu jela makcik dengar, lagi pun makcik bukan lalu jalan lama tu” aku ni memang rajin kalau bertanya dan mesra orangnya, biaselah pekerja baru kan. Kalau dok sendiri-sendiri buat kerja, boring gak.


Lepas tu aku tanye lagi member-member aku, jawapan diorang pun sama. Ramai yang dah kena dekat jambatan tu. Entah-entah diorang saje buat cerita ni, macam tula pandangan seorang anak muda yang belum mengenal erti kehidupan sebenar. Aku malas nak guna jalan baru, aku lebih prefer untuk guna jalan lama sebab kalau dikira-kira jarak menuju ke rumah aku, beza 10 minit! Tak ke jauh sangat bezanye? Aku pun guna motor kapcai je, kalau bawa keta rasenye lagi jauh beza. Serius aku cakap, dah berkali-kali aku lalu dekat situ tapi memang takde apa-apa. Aku siap stay-stay lagi dekat jambatan tu, hisap rokok sebatang lepas tu blah. Aku dah agak, diorang dekat kilang tu memang sembang lebih! Aku pun tambah lah yakin untuk lalu jambatan tu setiap hari selepas balik dari kilang. Sehinggalah ke satu hari yang aku gelar sebagai hari malang buat ku. Bos cakap, pekerja-pekerja baru kena OT sampai jam 10 malam sebab esok cuti pertama kami, tu je alasan bos aku. Hanat betui! aku dan beberapa pekerja baru yang lain ni buat lah kerja seperti yang diarahkan.


Kami pun kerjalah, sampai tepat jam 10 malam. Memandangkan esok adalah hari cuti, member baru aku ni ajak lepak dekat kedai makan esok malam. “Weyh, esok malam kitaorang lepak dekat kedai mamak, kau nak join tak?” Aku pun bersetuju dengan pelawaan depa. “Kau balik sorang je? Kau lalu jalan mana?” “A’ah, sorang je. Aku guna jalan lama lalu jambatan tu. Asal?” “Kau tak takut ke lalu dekat situ? Bukan tempat tu keras eh?” “Takpe, aku dah biase lalu dekat situ. Bukan ade apa-apa pon!” Member aku ni tenung aku lain macam je, macam tak percaya! Ape ingat aku ni penakut sangat ke? Alahai riaknye aku. Jadi kami pun berpecah ikut hala tuju masing-masing. Diorang guna jalan baru, aku malas nak join sekali sebab jauh!


Entah kenapa malam tu! Aku tetibe rase seram sejuk! Tak pernah-pernah sebelum ni aku rasa macam ni. Aku pun parking dekat tepi dan hisap sebatang rokok untuk hilangkan perasaan tu. Malam tu agak sunyi, lebih sunyi dari malam-malam sebelumnya! Angin takde, kereta lalu lalang pun takde. Tetibe, aku terhidu satu bau yang sangat-sangat busuk! Aku memandang di sekeliling aku. Aik dari mana pula datang bau bangkai ni? Aku rase tak sedap hati pula. Aku buang rokok, dan pakai helmet. Sedang-sedang pakai helmet tu aku terpandang di sebelah kanan aku. Dari jauh aku nampak macam kain putih, melompat-lompat sedang menuju ke arah aku. Eh! Apa pulak tu? Makin lama makin dekat, aku tenung je kain putih tu. Pocong rupanya! Aku terus start enjin motor dan blah dari situ. Aku rase memang aku tekan habis minyak ni tapi rase slow sangat! Aku tengok dekat side mirror aku, pocong tu makin lama semakin dekat! Aduh! Asal motor aku ni tetibe buat hal time-time macam ni! Bukan bukit pun aku lalu, tapi tak pick-up!


Ape nak jadi, jadi lah! Aku cuba tukar gear, aku press lagi minyak, Akhirnya motor aku pick-up juga! Aku pandang lagi side mirror aku, pocong tu masih melompat dan mengejar aku! Habis satu badan aku menggeletar! Bulu roma aku naik! Sehinggalah aku melepasi jambatan tu, aku perlahan-lahankan motor aku dan tengok side mirror. Aik? Dah lenyap? Biar betul. Aku pun meneruskanlah perjalanan aku seperti biasa menuju ke rumah. badan aku habis berpeluh, badan aku masih terketar-ketar! Aku try lagi press minyak, lagi sekali motor aku semput! Aku rase berat sangat! Apa hal la motor ni, aku pun bengang sangat! Masa-masa macam ni dia buat hal. Masa tu aku memang pandang depan je. Eee! Taknaklah pandang mana-mana lagi!


 Alhamdulillah, aku pun sampai ke rumah. tapi badan aku rase sejuk sangat! Aku masuk depan garaj rumah. Aku tarik nafas panjang dan bukak helmet aku. Konon-konon nak betul kan rambut, aku tengok la side mirror motor, ya allah! Pocong tu tengah berdiri di belakang aku! Patut la aku rase berat semacam! Sampai ke rumah dia ikut! Eee! Muka dia jangan cakap! Serius seram! Pucat sangat! Aku dah tak peduli apa-apa masa tu, aku melompat dari motor tu dan ketuk pintu rumah kuat-kuat! “Mak! Ayah! Bukak pintu ni!” “Bam! Bam! Bam!” Aku tak toleh belakang langsung mase tu.  Mak aku buka pintu dan aku terus masuk! “Kau ni dah kenape? Pucat je mak tengok?” “Tad…Tad…Tadi… Orang nampak pocong!”

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Seram Rumah Sewa

Pocong Atas Katil