in

Misteri Jalan Gerik Baling

Kisah ini terjadi sewaktu aq dgn kawan-kawan aq balik dr bermandi-mandi di sebuah air terjun di Taiping. Kami semua membuat keputusan utk singgah makan malam di rumah saudara salah seorg dari kawan aq di Kuala Kangsar. Apabila kami tiba di rumah saudara kawan aq itu, hari sudah pon malam dan gelap gelita. Di sana kami dijamukan makan serta ditawarkan utk bermalam. Tetapi disebabkan sorg lagi kwn aq harus bertugas pada esok hari, kami semua membuat keputusan untuk pulang ke kediaman masing-masing walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Jadi kami pun bergegas balik.

Di dalam jalan perjalanan pulang, kami semua bersetuju utk menggunakan jalan lama utk pulang ke kediaman masing-masing di sungai Petani Kedah. Jadi dari rumah saudara kawan aq kami harus menggunakan jalan lama yang melintasi hutan Gerik Baling. Kami pon bergerak seperti biasa dan tidak merasakan apa-apa sehingga kami memasuki laluan Gerik tersebut. Salah satu kawan aq mula merasakan panas dan sakit kepala yang teramat sangat. Apabila ditanya, dia cuma mengatakan bahawa dia panas padahal angin di sekitar gunung Gerik itu teramat sejuk sehingga aq dengan kawan-kawan yang lain mengigil. Tanpa bersyak wasangka apa-apa, kami meneruskan lagi perjalanan yang tanpa disedari jam sudah menunjukkan 3 pagi.

Jalan di laluan Gerik itu menjadi kosong, gelap, sunyi dan sepi tanpa ada sedikit pon cahaya, kereta, motor ataupon wujud manusia. Hanya yg terdengar bunyi-bunyian haiwan. Apabila sedang melintasi sebuah ķawasan rehat yg ditinggalkan. kami dikejutkan dengan teriakan dgn tangisan kwn kami yg sebenarnya sedang nyenyak tidur di bahagian belakang. Aq berusaha untuk mengejutkan dan membangunkan dia tetapi badan dia seolah-olah sedang dihimpit atau diikat dan terasa panas seperti sedang dibakar sehingga dia berpeluh dan mengeluarkan air mata. Selepas dia tersedar, dia menceritakan bahawa dia terlihat seolah-olah ada sosok makhluk wanita yang memeluk erat tububnya dan berkata pada dia “aku akan membawamu pulang”.

Tanpa membuang masa, kami terus bergerak dari kawasan rehat itu. Tak lama selepas bergerak dari situ, kereta yg dinaiki kami menjadi berat. Siaran radio terus menjadi kacau. Keadaan itu membuat kami semua menjadi gelisah dan takut. Tambahan pulak,dua kawan aq yang sudah diganggu mula merasakan panas dan mereka berkata mendengar bisikan. Apabila kami baru saja hendak menghampiri bangunan tinggal kediaman anggota Polis, sesuatu benda atau objek yg besar terbang melayang kearah cermin depan kereta kami hingga kawan aq yg sedang memandu kereta tersebut terpaksa berhenti secara mengejut. Kami semua berhenti di tepi jalan dan pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi.

Tiba-tiba kami semua tercium bau harum, serta bunyi seolah-olah ada seseorg sedang menyanyi di kawasan sekitar tempat kereta kami berhenti. Kami semua menjadi kelu dan ketakutan sehingga kwn aq mengajak kami semua berdoa dan berzikir serta meneruskan perjalanan kami semua pergi dari kawasan itu. Sedang berada di dalam kereta, kami dikejutkan dengan sosok pocong yg sedang bertengek diatas badan kawan aq lagi tidur membuat kami semua menjadi takut dan tidak tentu arah. Kami semua berhenti di sebuah surau dan memasuk surau tersebut. Alangkah terkejut apabila aq menoleh kebelakang, aq melihat sosok makhluk berbadan besar, gempal, tinggi dan gelap sedang bertenggek diatas bumbung kereta.

Dia memerhati kearah kami dan menjerit membuat kami lari bertempiaran masuk ke dalam surau tersebut. Kami cuba bertenang dan mencari cara utk menghalau makhluk tersebut kerana dia seolah-olah menunggu kami. Dan kami mencari punya sebab keadaan ini berlaku sehinggalah aq teringat akan bekal makan yg diberi oleh saudara kawan aq tadi iaitu pulut kuning, sambal ikan bilis, berserta sambal telur. Pada saat itu baru aq teringat akan pesanan ibu bapa aq yg pernah berkata kalau nak lalu jalan Gerik tu ada pantang larangnya iaitu x boleh ada telur atau pulut kuning dalam kereta kalau tidak makhluk dekat gunung tu datang menumpang dan mengacau kita.

Lalu aq pon kluar berlari tanpa mengendahkan makhluk tersebut. Aq mengambil pulut, serta telur tersebut dan dicampak keluar dari kereta dan aq berkata pada makhluk tersebut dgn nada yg marah supaya mereka tidak menganggu kami seperti mana kami tidak menganggu mereka. Jam menunjukkan 4 lebih, kami memberanikan diri balik kediaman memasing tetapi sebelum tiba di kediaman masing-masing, kami semua singgah di sebuah surau di daerah kupang utk membersihkan diri supaya tidak diikut pulang. Apabila sampain di kediaman masing-masing, semuanya berada dalan keadaan baik sehinggalah aq mendengar bunyi alarm kereta aq berbunyi. Aq menutupnya. Dan tak lama kemudian, ia berbunyi kembali. Dan hal itu terjadi berkali-kali sehinggakan aq membuat keputusan utk melihat apa yang terjadi. Alangkah terkejut aq melihat sosok pocong di dalan kereta aq. Aq memberitahu ke pada ayah aq.

Selepas ayah aq menghalau makhluk tu, ayah aq berkata pada aq supaya besok kereta aq harus dibersihkan supaya benda-benda x elok yg menumpang x datang lagi. Keesokkan harinya, Aq membersihkan kereta aq dgn air yasin yg dibuat oleh ayah aku. Dan hal ini aq ceritakan kepada kawan-kawan aq yang mana mereka berkata mereka juga diganggu oleh makhluk tersebut. Hal ini meninggalkan dampak dan trauma buat kami berempat sehinggalah ke hari nie.

Perkongsian dari Syah.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penyesalan Aku

Pengalaman Di Kuarantin