in

Misteri Hilangnya 2 Beradik

Kisah ini sudah lama terjadi, tapi kisah ini sukar untuk saya lupakan dan masih saja bermain di fikiran saya walau telah berlaku bertahun lamanya.. Apa tidaknya, kisah ini merupakan kisah yang nyata dan melalui pengalaman saya sendiri. Kisah ini terjadi di Sabah Malaysia pada sekitar tahun 2016 yang lalu. Kisah ini bermula sewaktu saya dan beberapa kawan saya sedang belajar mengaji dengan tok imam di kampung kami. Biasanya kami akan pergi belajar mengaji di rumahnya pada waktu malam tepatnya pada jam 8 malam sehingga jam 10 malam. Saya dan kawan kawan saya tinggal di kawasan yang berhampiran. Jadi biasanya kami akan pergi bersama2 kerana rumah tok imam itu agak jauh dari tempat tinggal kami ditambah pula dengan jalan yang gelap dan kami terpaksa memalui jalan hutan yang seram lagi2 pada waktu malam kerana kawasan kami terletak di kawasan pedalaman.

Ada yang membawa lampu suluh bersama, ada juga yang bawa radio kecil untuk kami dengar semasa dalam perjalanan untuk megurangkan rasa takut kami.
Pada suatu malam, biasanya kami akan bergurau senda sebelum bergerak ke rumah tok imam. Tapi saya rasa agak kehairanan kerana 2 beradik perempuan itu agak muram dan muka mereka seperti pucat. Tapi saya tak menghiraukan itu kerana saya fikir mereka penat kerana petang tadi kami bermain bola dari jam 2 petang sehingga jam 6 petang. Kami semua rasa penat oleh itu saya rasa biasa saja. Semasa dalam perjalanan kami menuju rumah tok imam, 2 beradik tadi tiba2 mereka duduk di atas sebuah kayu di tengah2 perjalanan  dan kami pun berhenti seketika. Saya melihat muka mereka seperti orang yang ketakutan dan seperti diganggu dengan sesuatu. Bila di tanya kenapa?, mereka diam saja. Setelah beberapa minit kemudian kami pun meneruskan perjalanan kami ke rumah tok imam. Sampainya kami di sana, kami terus berwuduk sebelum memulakan pengajian kami. Setelah selesai kami mengaji, kami pun pulang bersama2.

Keesokan harinya, saya terkejut bila mendapat berita yang 2 beradik itu telah hilang sejak semalam dan belum di temui sehingga pagi. Saya pun berjumpa dengan abang mereka dan bertanya kepadanya “mana adik adik kau?” dia pun menjawab “aku tak tau… Semalam lepas diorang balik dari mengaji tu diorang terus masuk bilik.. Tapi pagi ni diorang tidak ada sudah” aku pun kehairanan dan aku menceritakan kepada abangnya tentang kelakuan pelik mereka semalam. Nak di pendekkan cerita, mereka sekeluarga ni memang sering bertengkar.. Kadang2 tu, waktu tengah malam pun mereka bertengkar sampaikan susah kami nak tidur sebab dengar mereka sekeluarga bertengkar. Jadi aku fikir mungkin mereka berdua tu rasa tertekan sampai nak lari dari rumah agaknya. Tapi yang peliknya, bila pintu bilik mereka terkunci dari dalam.. Jika mereka melarikan diri semalam, siapa yang kunci bilik tu dari dalam? Bukan saja pintu malah jendela diorang pun terkunci dari dalam. Mustahil kalau diorng keluar melalui pintu atau jendela. Tidak berapa lama, ayah mereka mengumpulkan orang2 kampung untuk membantu mencari 2 beradik yang hilang semalam. Kami pun mengambil keputusan untuk berpecah kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan mencari di kawasan luar kampung. 1 lagi yang terdiri dari saya sendiri dan beberapa orang kampung, kami mencari di kawasan rumah mereka.

Hampir sejam kami mencari masih lagi tidak menemui mereka. Ditambah pula kawasan rumah mereka itu terletak betul2 di tebing sungai. Ini menyukarkan misi pencarian kami kerana kawasan yang semak dan rumput panjang. Kami meneruskan pencarian kami di sekitar rumah mereka namun masih tidak di jumpai. Sampai lah ada seorang pacik mencadangkan untuk pergi mencari mereka di sebuah kawasan bekas tapak sebuah rumah lama yang pernah hanyut di bawa arus sungai yang kuat semasa terjadi banjir besar dahulu. Kami pun pergi kesana untuk memeriksa jika mereka ada di sana. Tapi masih juga tidak di jumpai. Kami tidak melihat apa2 kecuali rumput dan semak yang tebal dan juga sebuah tandas kayu lama yang sudah terbiar hampur 7 tahun. Kami buntu dan tak tahu nak buat apa lagi. Sampailah seorang pacik tua yang berumur dalam 60an memberitahu yang kejadian seperti ini pernah terjadi lama dahulu sewaktu dia masih muda.

Katanya seorang anak gadis pernah di bawa oleh sesosok mahluk halus yang dipanggil sebagai Kokok ke alam bunian. Mengikut kepercayaan mereka, Kokok merupakan sesosok wanita yang pernah lemas di dalam sungai suatu ketika dahulu. Kokok juga dipercayai suka untuk membawa kanak2 ke alam bunian dan menyorok mereka di sana, dan biasanya Kokok akan mencari mangsa pada waktu tengah hari, petang, dan malam. Katanya lagi, anak gadis yg pernah hilang dahulu ditemui sewaktu seorang lelaki melaungkan azan di tebing sungai. Ini kerana, mereka percaya Kokok ini akan menutup matanya dan telinganya apabila mendengar laungan azan. Kanak2 yang disorok hanya dapat dilihat semasa azan dilaungkan. Apabila azan habis dilaungkan kanak2 itu tidak dapat dilihat kembali.

Tanpa ada pilihan lain, kami pun mencoba cara tersebut. Ayah 2 beradik tadi pergi ke kawasan dimana Kokok pernah lemas suatu ketika dahulu tepatnya, kawasan itu terletak di belakang rumah mereka. Apabila dia mula melaungkan azan, tempat kami berkumpul tadi terasa sejuk dan ada rasa yang pelik. Semasa dia melaungkan azan, kami pun terus mencari dikawasan sekitar. Tidak lama kemudian kami semua terkejut bila ada yang menemui 2 beradik tadi terbaring pengsan di dalam tandas lama yang terbiar tadi. Yang peliknya, kami sudah memeriksa tandas itu sebanyak 2 kali namun tidak menemui apa2. Kami pun segera mengangkat mereka dan menghantar mereka pulang. Setelah semuanya selamat sampai kami pun bersurai dan semua orang kampung balik kerumah masing2 dengan penuh rasa kehairanan.

Keesokan paginya, saya pergi kerumah mereka untuk bertanya keadaan mereka. Namun yang peliknya bila keadaan mereka seperti orang yang hilang ingatan dan kebingungan. Bila ditanya “apa yang terjadi semalam?” mereka hanya menjawab “tak tahu”. Sejak hari itu, kanak2 dikawasan kampung takut untuk bermain pada waktu tengahari, petang dan malam lagi2 bermain sorok2. Dan sehingga hari ini, Kokok dipercayai masih mencari mangsanya bukan saja di kampung kami malah di kampung2 yang berdekatan.

Perkongsian daripada Azmin Arif.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

SIX SENSE

Rahsia Di Sebalik Dinding Hitam (Koleksi Lengkap)