in

Misteri Bilik Kecil

Dah lama dah nak kongsi cerita ni tapi takada masa. Okay cerita dia time ni aku dekat kampung. Dekat rumah arwah atuk aku ni memang agak menyeramkan sikit tapi bagi kitaorang yang dah biasa ni takde apa apa lah. Walaupun kekadang kecut lah jugak if dengar ayam berbising tengah sebab area kampung aku dekat dengan kubur.

So dekat bahagian belakang rumah kampung aku ni ada satu bilik kecik macam stor lah dengan tangga nak naik bilik tu. Bilik tu bebetul dekat dengan pintu belakang rumah kampung aku. Tapi yang kitaorang pelik kitaorang takboleh pergi situ, nak jejak tangga tu pun nenek takbagi. Bukan kitaorang yang bebudak ni je takboleh jejak, makbapak kitaorang sendiri pun takberani.

Nak dijadikan cerita, waktu tu tengahhari. Maklong suruh aku dengan 2orang sepupu aku intan dengan mai pergi ambik serai dekat belakang rumah. Kitaorg pun keluar lah dri pintu belakang then lalu dekat depan bilik kecik tu, macam pernah aku cakap sebelum ni aku jenis yang terbukak hijab and memang ganetik keluarga kitaorang jenis nampak benda. Sepupu aku semua ada kebolehan tu. Okay sambung waktu lalu situ sepupu aku yang intan ni lah gatal saya mulut dia cakap pasal bilik tu. Dia ajak kitaorang naik bilik tu nak tengok ada apa. Lepas je dia cakap macamtu tiba tiba kitaorang rasa angin, yang peliknya sekitar kitaorang je. Pokok ke apa ke tak bergerak pun.

Tapi kitaorang diam jelah. Kitaorang pun pergi ambik serai. Then masa nak masuk rumah tiba tiba kitaorang dengar macam harimau mengaum, kuat and memang jelas. Puaslah jugak kitaorang cari tapi takada pun tanda tanda yang ada harimau lagipun rumah atuk ni takdelah hutan sangat. Lepastu si intan ni sibuk sangat ajak pergi tgk bilik tu. Aku dengan mai dah cakap dah jangan nanti nenek marah tapi dia tetap nak. Kitaorang ni pun lepas dh anta serai dekat maklong kitaorang pergilah balik belakang rumah. Mula mula memang cuak sebab dari kecik kitaorang takpernah heran pasal bilik tu. Then disebabkan intan yang nak pergi sangat, kitaorang suruh dia naik dulu. Start je jejak kaki atas tangga tu bunyi harimau mengaum tadi kuat sangat sangat. Aku takpastilah arwah atuk aku bela ataupun apa tapi betul kami sendiri dengar.

Terus kitaorang turun balik. Tapi intan ni degil dia takkira apa pun dia nak jugak tengok bilik tu. Mai dah pucat dah so aku ni buat buat tenang aku pun follow intan sambil mai perhatikan sekeliling takut takut nenek sergah ke apa ke. Tangga tu ada 3anak tangga. Setiap tangga tu kitaorg pijak mesti bunyi harimau, takpasti itu khayalan atau real. Waktu naik tangga tu aku terpandang atas pintu masuk bilik tu. Ada satu gambar harimau, tapi seolah olah mata harimau tu macam bergerak.

Tapi aku anggap benda tu biasa je. Sampai lah waktu nak tolak pintu tu tiba tiba nenek kitaorang panggil dari dalam. Ajak makan. Terus berlari kitaorang masuk takut terkantoi.

Pada malam tu pulak, kitaorang tidur ramai ramai. Biasalah kampung. Then dalam pukul 130 pagi macamtu aku dengan sepupu aku yang lain still berjaga borak borak. Lepastu terdengar tapak kaki orang naik tangga depan pintu. Rumah atuk tu dua tingkat. Memang jelas sangat kitaorang dengar, makin lama makin kuat. Then pintu pulak bunyi angin tolak. Yang lain semua dah berselebung dlm selimut dah. Aku pun dah pejam mata tapi! Intan je takada respons. Dia seolah olah takada perasan. Dia duduk je sambil pandang depan. Aku dengan mai ni dah perasan lama dah intan banyak berubah lepas balik dari bilik tu.

Sekali lagi pintu seolah olah kena goncang! Waktu tu hanya tuhan je yang tahu betapa cuaknya kami. Walaupun ramai tapi tetap takut weh. Makbapak semua dalam bilik, ada yang dekat bawah.

Lama kelamaan, dah senyap semua macam biasa. Tapi! Intan pulak tibatiba menjerit macam kena histeria. Kuat sangat di jerit muka dia berubah macam bukan intan muka dia seakan akan binatang tapi takdapat cam muka dia. Dalam masa yang sama jugak intan mengaum serupa harimau! Waktu aku dengan mai dah pandang antara satu sama lain. Sahhh ada benda ikut intan, sebab intan ni terlalu berani. Then makcik pakcik semua terjaga ada yang baca yasin , nenek pun naik. Intan mengaum dan buat gaya sebijik macam harimau. Nenek dah pandang kitaorang. Nenek kata ” aku dah pesan jangan ada sesiapa berani jejak kat dekat bilik tu. Bilik tu berpuaka! ” aku dengan mai hanya mampu tunduk je. Lepastu paklong kitaorang ni macam ustaz lah lebih kurang. Dialah yang tenangkan intan dia jugak yang buang benda dlm badan intan. Paklong kata benda tu saka tokmoyang dulu. Sebabtu diorang tkbagi sesiapa jejak situ takut benda tu mengikut untuk cari tuan baru.

Lepas dari kes tu adik beradik mak aku terus sepakat untuk panggil ustaz darussyifa buang benda tu dan panggil orang untuk robohkan bilik kecil tu.

Aku taktau lah dorang dah settlekan ke belum. Lepas kes tu aku esoknya family aku terus balik kampung. Yang tinggal paklong maklong dan nenek.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Intai

Kisah Misteri Bilik Pejabat