in

Misteri Almari

Hi Ekram…saya Arif Danial….saya ingin berkongsi satu kisah seram yang saya alami…pada suatu hari tu,aku bersembang dengan abang aku. Aku ni boleh dikatakan rapat lah dgn abang aku. Kami selalu sembang pasal movie bersama, sembang pasal pelakon luar negara bersama. Boleh dikatakan semua kami buat bersama. Tetapi umur aku dan abang aku jauh bezanya. Aku 13 dia 21.Lagipun dia sudah bekerja di stesyen minyak untuk sementara waktu. Kami berkongsi bilik tidur bersama. Dia tidur atas katil aku tidur di bawah. Tapi apa yang buat aku tidak selesa semasa duduk di dalam bilik itu ialah ada satu almari yang berada di sudut bilik abang aku. Aku tak tau kenapa tapi ia buat aku berasa tidak senang di situ. Tapi almari itu kepunyaan abang aku. Dia letak banyak barang keperluan dia di situ seperti iPAD, hard disk, dan baju kegemarannya. Dan pada satu hari, kami bersembang seperti biasa di dapur pada waktu malam selepas makan malam. Keluarga kami ni selalu ada urusan so…lepas diorang makan terus masuk bilik untuk buat kerja. Aku dan abang aku bersembang kosong buat sementara. Tiba tiba abang aku bercakap sesuatu yg membuat aku berasa seram sejuk…abang aku kata dia bermimpi buruk. Abang aku kata sebenarnya dia memang selalu juga mimpi pasal benda yang sama tapi orang yang berbeza. Aku berasa semua bulu dekat badan aku naik apabila abang aku kata orang yang berbeza. Aku menayakan soalan ‘orang yg berbeza?’ lepas tu dia cakap selalu nya makhluk tersebut menyamar orang yg dia hormati dan takut untuk melawan cakap seperti ibu, ayah, bos abg aku. Tapi makhluk tersebut menyamar sebagai kawan sekerja abang aku pula kali ni. Lepas tu abang aku kata dia marah makhluk tu dan makhluk tersebut masuk ke dalam almari abang aku. Kawan abang aku atau makhluk tu masuk dlm almari. Aku x boleh ckp apa dah aku berasa amat takut. Pukul 3 aku rasa haus, aku pergi ke dapur, aku minum dan balik ke tempat tidur. Aku tgk katil abang aku kosong aku fikir kerja malam la tu. Tiba Tiba aku terdengar org meminta tolong. ‘tolong, tolong tolong’ suaranya x beberapa jelas jadi aku cari suara itu. Alangkah terkejut nya aku apabila aku mendapati suara itu dtg dari almari. Aku terus pergi ke tilam aku dan tidur. Tapi aku masih dalam bilik abang aku. Aku selimut badan aku dan membaca surah-surah yang aku igt. Dan suara tu hilang. Aku berasa lega buat sesaat tapi aku terdengar org berdiri betul betul di depan kaki aku. Aku pegang selimut dgn kuat takut dya tarik. ‘KAU X DGR AKU MINTAK TLG KA SIAL! HAHAHAHAHAHAHAHAH’ Dgn suara yg garau dya ckp dkt aku. Aku pun apa lagi, aku dah pasrah dan aku pengsan lps kejadian tersebut. Aku bangun dan aku ada di ruang tamu rumah dgn ahli keluarga ku memandang aku dgn penuh kerisauan. Aku tanya apa yang berlaku. Mak aku cakap ‘semasa mak kejutkan kau utk solat subuh kau tidak bangun. Mak periksa jika kamu bernafas tapi kamu tidak bernafas. Mak bagitahu ayah kau. Nasib ayah kau ni tau apa masalah kau. Kau berada di alam lain pada waktu tu….ayah kau baca ayat ayat dan kau mula bernafas dgn laju seperti ditindih oleh sesuatu. Ayah kau baca surah surah yg patut dan kau pengsan’ kata mak aku dgn penerangan yg amat jelas. Lepas tu kira kira 4 hari aku demam panas. Ayah aku menjual almari tersebut. Tapi sebelum ayah aku buang almari tersebut, ayah aku ada nampak satu benda aneh. Aku pon x tau nk gambarkan apa benda tersebut. Ia sepeti patung yg diperbuat dari kayu dgn mata yg merah menyala. Itu pon ayah aku sudah buang di dlm sungai. Terima kasih itu saja pengalaman yg amat menakutkan oleh saya. Ini ialah kisah benar. Sesiapa yg tidak percaya terpulanglah kepada korg.

Harap abang Ekram dpt cerita ni dan kongsikan di YouTube. Saya fan abang Ekram sebelum ada 200k subscriber lagi.

Perkongsian Daripada Arif Danial.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lift Bomba

Makhluk Ghaib