in

Menyerupai

Nama Aq sara..
Aq lahir sebagai someone yg boleh rasa dan nampak kehadiran makhluk lain dri sejak kecil lagi…
Aq di musuh kan oleh kakak dan adik Aq.
Maybe sebab dorang takut Aq selalu nampak apa yg dorang tak nampak…
Pernah juga Aq nampak cik ponti yg berlegar di depan dan belakang Aq..
Pernah juga Aq nampak anggota badan manusia contoh tangan yg mencengkam di depan mata Aq.. Tangan tu.. Tanpa kulit… Merah berurat.. Memang daging…
Pernah juga Aq nampak pakcik2 naik basikal tua berkain pelikat tanpa kepala..
Nak jadikan cerita…
Tiba pada hari pernikahan Aq….
Aq dapat sewa rumah ngam sebelah rumah mak Aq…
Selama Aq duduk ngan mak Aq setahu Aq rumah sebelah tu org mmg tak pernah lama duduk situ…
Duduk tak sampai 3 bulan.. Keluar macam menggelabah.. Macam nah lah.. Takut kat sesuatu kot…
Aq dan suami terpaksa pindah ke situ.. Sbb… Masa tu umur kami Sama2 masih muda Sgt…
Dia belum kerja..
Sblm kawin dia Kerja di kedai makan.. Di Segamat…
Kawin dgn Aq dia pindah ke masai.. So belum ada kerja..
Jadi kami pun tak ada kenderaan nak pindah jauh kebetulan sebelah umah mak tu kosong.. Aq pun pindah situ…
Malam pertama Aq pindah situ hujan lebat Sgt… Pkl 1 mlm Aq n suami balik dri umah mak yg letaknya ngam sebelah umah sewa kami..
Masuk je ke rumah… Aq dan suami naik tangga untuk ke bilik atas…
Tiba2… Aq dengar suara lelaki panggil Aq.. Akak.. Akak.. Mati2 Aq ingat tu ayah or abang Aq…
Aq berlari buka pintu, suami Aq terkejut tengok Aq yg tiba2 berlari turun balik ke bawah..
Bila Aq buka pintu, tak ada…
Ya.. Aq tak nampak kelibat siapa pun..
Angin kuat terpa muka Aq..
OK… Tak ada apa… Kata Aq pada suami Aq..
Walhal dalam hati Aq debar laju..

3 hari kemudian..
Malam tu Aq tidur sebelah suami Aq macam biasa…
Dan macam biasa..
Bila tido je lampu semua tutup sbb suami Aq tak pandai tido dalam terang..
Tiba2..
Malam tu Aq di kejut kan oleh suami Aq…
Dia main2 kan jari2 Aq…
Aq pun terbangun toleh ke dia…

“Hmm nak ape… Dah malam ni Syg.. Tido la…”

Kata Aq pada dia…
Dia just senyum…
Aq tengok muka dia macam org baru siap mandi… Segar semacam..
Lampu pun nyala..
Kat otak Aq time tu..
Dah kenapa.. Tebiat ke apa laki Aq ni..
Nak ke apa dia ni kejut Aq malam2..
Maklum la kan pengantin baru lagi kan so otak Aq pn fikir cam tu lah
Pastu Aq sambung tido…
Dia buat lagi…
K.. Aq tanya Elok2…

“Nape syg? Bb ngantuk la.. “

Aq tengok dia senyum2…
Allah je tau perasaan Aq masa tu.. Apa Korang rasa bila Tgh tido dia kacau kita tanya dia senyum2 je?? Sakit hati…
Pastu Aq sambung balik tido…
Dia kacau lagi.. Dia buat lagi…
Kali ni Aq marah..

” nak ape ni?!”

Aq toleh ke dia…
OK…
Aq panic sikit…
Lampu padam..
Yg nyala just lampu tido..
Tau lah kan lampu tido tu malap..
Aq tengok laki Aq tengah tido muka mana ada macam org baru siap mandi… Org tido faham la muka camne..
Ngan air liur meleleh lagi..
Esoknya Aq tanya kat suami Aq..
“smlm nak apa eh.. Kacau2 macam tu.. Ingat kelakar ke.. Sy ni lain.. Kang sy terkejut sy tak sengaja terpukul awak..”

Aq kalau marah mmg guna ayat sy awak.. Laki Aq cukup faham.. Eh Eh dia plak marah Aq balik.. Kata Aq merepek..
Aq macam blur kejap…

Malam tu Aq tido lagi dgn suami Aq…
Kali ni… Hmm
Time tido…
Laki Aq kejut kan Aq..
Dia tak bercakap just goyang kn badan Aq pelan2..
Aq buka mata Aq tanya

“nape Syg?”

Dia bangun.. Dia jalan ke arah pintu..
Aq agak2 je.. Maybe dia nak Gi toilet kat bawah tapi takut kot tu ajak Aq.. Aq pn jalan belakang dia..
Dia Gi toilet buang air kecil tak tutup pintu pun…
Aq duduk kat tangga tengok dia pakai seluar Aq pun bangun lah..
Aq naik tangga nak ke bilik tidur..
Dia follow Aq dri belakang..
Mata Aq tertumpu pada pintu bilik… Rasanya Aq tak tutup pintu pn..
Tapi pintu bilik tertutup.. Maybe angin atau apa…
Aq pn bukak lah pintu tu..
Hmm…
Bila pintu terbuka…
K… Lutut Aq goyang…
Aq nampak laki Aq tido…
Abis tu yg kat belakang Aq Sape??
Aq toleh ke belakang xde org…
Aq pn berlari masuk bilik trus tido…
Jujur seumur hidup Aq mmg nampak mahluk2 halus.. Mmg blh mendengar kedatangan dorang…
Tapi dorang x pernah sentuh atau ajak Aq ke mana2…
Kali ni betul2 buat Aq seram..
Besok nya Aq nak yakin kan diri yg tu mmg laki Aq… Aq tanya laki Aq.. Dia jawab..

“gila ke nak Gi toilet bangun kan awak? Ingat sy ni budak2 ke perlu berteman?”

Aq trus rasa macam… K.. Bnda tu ajak Aq main2…
Aq start berhati2..
Esoknya laki Aq x Keje.. Cuti..
LPS solat subuh kitorang turun bawah.. Tido kat ruang tamu… Kami tido saling membelakangi…
Dia hadap dinding… Aq hadap tangga.. Kira punggung laga punggung…
Dia dah sambung tido..
Aq mamai2 nak tido…
Tiba2 Aq nampak dia.. Ya dia… Naik tangga.. Tu kaki dia.. Seluar pendek dia.. So Aq bebel dlm hati..

“sampai hati laki Aq ni naik x ajak Aq”

Trus Aq cepat2 nak bangun konon nak kejar dia
Tiba2 punggung Aq tersentuh benda lembut kat belakang Aq..
-_- ok tu punggung laki Aq…
Abis yg naik atas tdi Sape…

Besok nya laki Aq kerja malam… Shift malam..dia baru dpt kerja…
Malam tu pkl 11.45 Aq isi air dlm baldi… Aq tinggal ke ruang tamu sekejap… Tiba2 Aq x dengar bunyi air..
Bila Aq ke toilet..
Air paip di tutup… Maybe Aq lupa nyala kan air..
Aq nyala kan lagi…
Gi depan lagi…
Tengok air penuh ke x…
Rupanya paip tertutup..
Aq fikir Aq dah tak betul.. Mcm berkhayal ke apa ni…
Aq nyala kan lagi… Sampai kali ke 4.. Still mati lagi… Kali ke 5 Aq nyala kan Aq menjerit

“Jgn ganggu Aq lah bodoh!!!”

K.. Air tak mati dah…
Kat sini Aq betul2 rasa terganggu..
Aq panggil arwah pakcik dtg tengok rumah Aq… Pakcik Aq tukang ubat bnda2 ghaib ni secara islam…
Dia kata ada makhluk bentuk macam orang hutan besar sgt mata merah bawah tank air dlm toilet tu…
Maybe maksud pakcik Aq mawas kot…
Aq minta tolong dia buat sesuatu…
Dia suruh Aq tutup lampu toilet…
Dia masuk dlm toilet dan tutup pintu pelan2..
Lepas 5-7min…
Tiba2 pintu toilet Aq terbuka kuat sgt…
Lepas tu Aq dengar ada benda besar Sgt lari naik tangga (tangga rumah Aq tangga kayu)
Disusuli suara kuat menjerit macam suara anak anjing tersepit…
Tiba2 pakcik Aq berlari kejar makhluk tu sampai atas.. Aq dengar bunyi kaca pecah barang terhempas..
Dlm otak aq

“habis lah sepah bilik Aq adoii.. Apa lah tu yg pecah”

Pakcik Aq turun…
Muka tenang je..
Aq naik atas cek…
Xde apa yg sepah pun…

4thn kemudian Aq mengandung dan bersalin..
Temuni anak Aq hancur…
Dokter pun pelik saling pandang…
Bila Aq dah balik ke rumah abis pantang bawak anak skali balik..
Anak Aq kerap mata dia macam pandang sesuatu pastu nangis tiba2…
Bila anak Aq umo 7thn.. Dia kerap tiba2 terkejut.. Tiba2 menyorok belakang Aq…
K.. Aq perasan ada bayang melintas…
Hal paling mengejutkan dia cakap potret pemberian seseorang yg Aq letak kat ruang tamu tu bergerak…
Aq ingat Aq je yg perasan.. N Aq ingat Aq imagine atau apa… Rupanya anak Aq pn nampak…

Masa Mula2 Aq masuk rumah tu, Aq bersihkan rumah tu.. Ada 1 benda yg Aq perasan.. Tiap bucu tingkap rumah tu di ikat kain kuning…
Aq buang semua sbb Aq rasa semak kotor debu Aq x suka…
Rupanya kat situ silap Aq…
Aq jadi kan ni pelajaran dlm hidup Aq…
Patutnya Aq tanya pada org yg LBH tau bukan buat2 pandai Gi bukak n buang macam tu je.. Semua ada caranya…

Bukan setakat tu…
Jiran2 selalu cakap nampak pocong depan tingkap rumah Aq…
Yg pelik.. Tiap malam akan ada anjing hitam tido depan rumah Aq walau banyak kali Aq halau…

Skrg Aq dah pindah ke rumah lain… Rumah tu pulak owner renovate…
Ntah apa nasib penghuni berikutnya…

Aq harap tak ada apa berlaku dah lepas ni…
Insya Allah semua akan baik2 je..

Perkongsian Daripada Sara.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Berseorangan Dalam Bilik

Jin Tumpang Solat