in

Mendaki Gunung

Kisah ini berlaku ketika aku dan kawan2 mendaki sebuah gunung di utara semenanjung.tak perlu lah aku sebutkan nama gunung itu. Gunung itu tidak lagi asing kepada penduduk di sini, termasuklah kami . sudah lebih 10 kali kami menawan gunung tersebut. Namun setiap kali kami mendaki , ada kisah2 mistik yang telah membuatkan kami makin tertarik untuk mendalami kisah tentang gunung itu. Kata orang , gunung itu adalah merupakan salah satu penempatan orang2 bunian. Tidak hairanlah ada sesetengah tempat di atas gunung tersebut bersih dan rapi seperti ada orang yang seringkali menjaga dan merapikannya.

Aku bersama skuad mendakiku seramai 4 orang dan kadang2 kami hanya bertiga, bila ada masa terluang kami akan aturkan rancangan untuk mendaki. Selalunya orang2 atau para pendaki luar yang datang untuk mendaki akan bertolak dari kaki gunung sekitar pukol 3 atau 4 pagi, dan menjangkakan dalam pukol 7 pagi mereka akan menjejakkan kaki ke puncak gunung. Pemandangan ketika matahari terbit memang tak dapat dinafikan sangat cantik dan menenangkan. Tapi bagi kami, kami mahukan kelainan, matahri terbenam adalah tujuan kami. Tak ramai yang berani mendaki di waktu malam, jadi kami akan bertolak dari kaki gunung sekitar pukol 4 – 5 ptang dan akan smpai ke puncak sekitar 6.30.

Kisah yang terjadi ini benar2 membuktikan bahwa gunung itu adalah tempat yang didiami makhluk lain. Pada awalnya kami berempat mula mendaki tanpa sebrang gangguan , seperti biasa kerana kami sudah beberapa kali mendaki gunung tersebut.jam menunjukkan pukol 4.50 petang . di kaki gunung tersebut terdapat suatu kawasan perkuburan lama, batu2 sungai digunakan sebagai batu nisan dikawasan itu. Kami mendaki smpai ke suku gunung terasa letih yang teramat, badan terasa berat seperti kami sedang menggendung sesuatu. 2 orang dari skuad kami akhirnya menyerah dan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan mereka. Aku dan lagi seorang kawanku tetap dengan matlamat kami untuk mendapatkan pemandangan matahari terbenam.kami berdua pun meneruskan perjalanan sementara lagi dua orang berpatah balik menuju ke kaki gunung semula.jam ditanganku menunjukkan pukul 5.30 ,namun perjalanan kami masih panjang. “dah nak sampai ka?” suara dari bawah memberhentikan langkah kami berdua. Kami saling berpandangan.” suara man ke tu?” aku bersuara perlahan . tiada jawapan dari kawanku hafiz melainkan dia menggerakkan bahunya keatas dengan maksud tak pasti.” rehat kejap lah” aku menyambung perbualan kami yang mulai menyepi.”okay jugak tu”balas hafiz ringkas. Jam menunjukkan pukul 5.45 petang. “jom , nanti lewat pulak smpai atas.” aku menyedarkan hafiz untuk mempercepatkan pendakian kami. Dia bingkas bangun tanpa sebarang kata lalu menapakkan kakinya dari batu ke batu lainnya.”turun lah woii” suara misteri itu datang menyapa lagi. Kali ini dengan nada yang lebih kuat dan keras. Saat itu kami yakin bahwa itu bukanlah suara kawan kami yang dibawah lagi. Tanpa berfikir panjang, kami meneruskan perjalanan kami tanpa menghiraukan suara itu.’ ‘ahhh abaikan lah, pukul berapa nak sampai kalau nk layankan dia’ detik hati terdalamku.

Akhirnya kami smpai dipuncak . dengan senyuman aku keluarkan telefon bimbit dan merakamkan detik2 itu. “ duduklah situ,” suara mesteri tadi hadir lagi, bunyi suara itu seperti tidak jauh dari kami.sekali lagi kami membiarkan suara itu, mungkin dia nak main2 sahaja.hari semakin gelap matahari dimakan bumi cahaya samar bulan menemani perjalanan turun kami nanti.semestinya perjalanan yang panjang akan kami tempuhi nanti.

Kami pun perlahan lahan mengatur langkah turun dari gunung tersebut dan mengakhiri sesi pendakian kami kali itu . namun,,, pengambaraan turun kami tidak semudah itu. Dalam keadaan malam yang gelap, hanya ditemani lampu suluh. Kami dapat melihat beberapa kelibat yang berselindung dibalik pokok2 besar, namun kami dapat melihat dengan jelas. Ada yang yang berbungkus dan ada juga yang berpakaian putih namun kami tidak dapat melihat wajah mereka.

Kami tetap meneruskan perjalanan dan mungkin kerana fikiran kami yang melayang akibat memikirkan tentang kelibat itu kami hampir tersesat namun disedari oleh kawanku. Apabila hampir tiba di di kaki gunung kami dapat melihat cahaya lampuu suluh yang datang dari kawan kami di bawah dengan bunyi jeritan “woii cepatla turun”. yang hairannya apabila kami sampai ke kaki gunung, kawan kami sudah tiada di tempat cahaya lampu suluh tadi. “cahaya apa tadi?” fikirku di dalam hati. Sesampai kami di kereta, kawan kami sudah menanti di situ dan mereka terus mereka menceritakan yang mereka tersesat di kawasan perkuburan tersebut dan mengelilingi kawasan tersebut beberapa kali setelah mereka berjumpa dan menegur seorang pakcik yang kelihatan seperti seorang pendaki.

Kami pon meneruskan perjalanan kami pulang, di dalam kereta aku mula membuka cerita tentang suara yang menegur kami dan kawanku juga menerima gangguan yang sama. Jadi memang mustahil ada orang nk kenakan kami. Sambil bercerita fikiran ku terusik dengan kisah pakcik yang mereka ni jumpa tadi. “mana ada orang naik gunung waktu malam, dan cari apa pulak kat atas sana sorang2” fikiranku makin bercelaru, yang peliknya pakcik itu langsung tak berselisih dengan kami padahal trek mendaki dan turun adalah trek yang sama. Itulah pengalaman mistik yang kami alami di gunung satu ini. Pada lain waktu, saya akan kongsikan pengalaman lain pula.

Perkongsian Daripada Goers.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Kedai Burger

Tingkap