in

Melati

Kalau nak tau, Melati ni la sejak dahulu hinggalah sekarang masih lagi menjadi penghuni tetap d kawasan asrama UiTM Sabah. Sebut sahaja Melati, rata-rata penghuni asrama UiTM Sabah tau sapa Melati.

Menurut senior-senior yang terdahulu, Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri. Tapi ada juga yang cakap, Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermacam-macam versi diceritakan tentang cara Melati membunuh diri. Tapi realitinya, dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar di asrama tersebut.

Selalunya..’dia’ ini akan mengacau bila tibanya dekat time exam. Dulu, pelajar perempuan pernah tinggal di blok B dan C. Tapi sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D, E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C.

Lepas tu, setiap tandas di blok B dan C tidak mempunyai cermin kerana telah dicabut oleh pihak asrama. Menurut mereka, ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas. Setelah diperiksa berulang kali, mereka tidak menemui seorang perempuan pun. So kita cuma akan nampak Melati melalui cermin. (ada cermin atau tiada..’dia’ tetap ada disitu)

Ada juga pelajar yang ditampar dan ada pula katil bergegar seolah olah ada orang sedang melompat diatas katil.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Misteri Bilik Pejabat

Lembaga Hitam