in

Mata Ketiga

Sepanjang saya hidup dan membesar, saya sering kali nampak benda yang orang biasa tidak boleh nampak. Saya hairan…banyak kawan-kawan saya dulu mahu sangat tau wajah hantu yang sebenarnya. Adakah ia serupa dengan apa yang ditayangkan dalam movie seram? Pada pendapat saya, orang yang tidak mempunyai kebolehan untuk nampak makluk halus ini sangat bertuah kerana mereka tidak perlu takut apa-apa. Saya yang mempunyai kebolehan ini…berasa takut setiap hari…sehinggakan saya tidak boleh bezakan hantu sebenar dengan orang biasa. Lebih menyeramkan lagi, kalau benda tu tau yang saya boleh nampak dia (sama ada secara sengaja atau tidak sengaja), ia akan terus ikut saya tidak kira di mana saya pergi.

Terdapat banyak kisah seram saya yang saya alami sendiri…ada masa saya ternampak orang berlari di dalam rumah saya sedangkan saya satu orang sahaja di rumah masa tu. Ada juga masa saya tidak sengaja ternampak itu makluk di depan mata saya atau berdekatan dengan saya…sehinggah saya tidak sengaja terlayan benda tu…dan ia mengikuti saya dalam tempoh masa yang sangat lama. Ketika saya masih kecil, saya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menangis dan meminta ibu bapa saya untuk melindungi saya daripada makluk yang mereka sendiri tidak nampak. Ayah saya tidak percaya sangat dengan benda tahyul macam ni…tetapi ibu saya percaya dan sentiasa berdoa untuk saya jika saya diganggu.

Sekarang umur saya 20+ tahun, saya masih boleh nampak makluk halus tetapi tidak sekerap seperti waktu saya masih kecil. Namun begitu, saya masih tidak boleh bezakan sesetengah makluk halus dengan orang biasa. Contohnya, ketika saya bekerja di resort. Saya bekerja sebagai waitress di salah satu restoran di sana. Pada waktu malam sekitar jam 9:30pm, saya selalu menghantar troli penuh dengan napkin kotor ke bilik laundry hotel di sana. Saya selalu mengikut laluan pekerja yang telah disediakan untuk ke sana. Tetapi, perjalanan ke bilik laundry dari restoran agak jauh juga lah. Ada satu masa ketika saya selesai hantar semua napkin kotor di laundry dan dalam perjalanan balik ke restoran, saya ternampak seorang budak yang berpakaian kusut masai berdiri di semak samun tidak jauh dari pintu masuk ke laluan pekerja balik ke kawasan restoran. Budak itu cuma memandang saya dengan wajah yang muram dan pucat. Saya ingat budak itu salah seorang pelancong yang tinggal di resort sana. Tidak hairanlah kalau ada budak sesat setelah merayau-rayau di kawasan resort kerana resort itu besar…saya sendiri pun pernah sesat juga.

Kemudian saya bertanya pada budak itu. “Kamu sesat ke?” Budak tu cuma angguk saja. Kemudian budak itu berkata “Saya lapar. Saya mahu makan ayam.” Saya yang kebingungan pun berkata “Maaflah dik, tapi restoran tempat saya bekerja suda tutup operasi pada masa sekarang. Cuba pergi ke restoran dekat pantai yang bernama Restaurant Tepi Laut. Mereka selalunya lambat tutup semasa operasi dinner.” Budak itu cuma angguk lalu pergi begitu sahaja. Ketika saya ingin sambung perjalanan saya, saya terserempaj dengan pekerja waitress tapi dari restoran lain. Dia pun dalam perjalanan ke laundry room. Dia cuma tengok saya dengan muka hairan sambil berkata “Kamu bercakap dengan siapa tadi?” “Oh, saya bercakap sama seorang budak di sini tadi. Dia kata dia nak makan ayam sebab lapar. Saya pun bagitau lah yang restoran Tepi Laut masi beroperasi dan dia boleh makan di situ.” Saya berkata dengan tenang. “Budak yang awak cakap tadi tu…berbangsa dusun ke? Sebab saya perasan yang awak bercakap dalam bahasa dusun tadi.” Jawab waitress tu lagi. Saya terkejut sebab saya tidak tahu pun macam mana mahu cakap berbahasa dusun meskipun saya berbangsa dusun. Bagaimana saya boleh bercakap dalam bahasa yang saya sendiri tidak tahu. Saya cuma berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

Sekali lagi…saya terlayan benda tu…harap-harap benda tu gak ikut saya pulang ke rumah…dan saya juga berharap yang saya tidak akan berbuat kesilapan macam tu lagi di masa akan datang.

Perkongsian daripada Ann Sharon.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mimpi Realiti

Carnival : It Comes