in

Makhluk Menyerupai Adik

Keluarga aku berpindah ke sebuah daerah di utara tanah air pada tahun 2007. Bapak aku beli rumah di sini, kami masih tinggal di sini sehingga sekarang.

Family kami buat kenduri sempena masuk rumah baru, bacaan yassin dan sebagainya.

Tapi ada satu kejadian yang kami adik beradik takkan lupa sampai bila². Kejadian berlaku beberapa bulan lepas kami baru saja pindah di situ.

“Jad, tolong amikkan tuala orang kat bilik tu” jerit aku dari bilik air yang terbuka ketika sedang menggosok gigi.

Adik aku yang berumur 11 tahun ketika itu aku lihat memakai seluar pendek hanya berlalu masuk ke biliknya melalui cermin bilik air yang memantul ke arah biliknya.

“Hish budak ni, tak dengar ke…” gumam aku dalam hati sambil cepat² keluar untuk menyergahnya di bilik yang hanya beberapa langkah saja dari bilik air.

“Woi” jerit aku. Kelu lidahku sebentar bila melihat ke dalam. Tiada sesiapa dibilik tu sedangkan aku melihat sendiri dari pantulan cermin adik aku itu masuk ke dalam. Itulah satu²nya pintu keluar masuk ke bilik itu. “Siapa yang aku nampak tadi ?”

Terus berlari keluar ke ruang tamu sambil bertanya adik² ku yang lain. “Mana Jad ?”
“Kat luar lah, tengah main dengan jiran” jawab Jiha.

Terkejut aku bila nampak Jad yang lengkap berbaju betul² tengah main di luar. Haa sudah, memang bukan dia yang aku nampak tadi. Tak mungkin orang yang sama boleh ada kat dua tempat, adik aku bukan kembar !

Jiha sendiri pun pernah tengok “kembar” aku kat ruang tamu depan. Kelihatan di matanya “aku” sedang membaca surat khabar, duduk tegak di sofa panjang. “Wey, nampak baju orang tak ?”

Tapi aku yang di depan matanya itu, tidak menyahut, cuma mataku tajam memandang ke arahnya.

Jiha membebel sendirian sambil menuju ke dapur. Terjerit dia bila nampak aku kat dapur. “Eh, bila masa pulak dia masuk sini tadi bukan kat depan ke ?”

“Bila masa pulak kat depan, orang duduk dapur dari tadi lagi kot” jawabku ringkas.

Adik aku bermati²an kata nampak aku kat depan. Bila dia sedar kelakuan aku yang agak pelik di depan tadi, terus demam beberapa hari.

Setakat ini, itu saja penampakan di rumah ini. Qarin atau jin yang menyerupai kami ?
Aku takde jawapan, keluarga aku pulak memang tidak menyimpan saka.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Penghuni Rumah Sewa

Pakcik Berbasikal