in

Makhluk Ghaib

Assalamualaikum Kupi Kupi Go. Saya Haziq Danial. Saya ingin berkongsi sebuah kisah seram yang telah berlaku pada diri saya dan juga kawan-kawan saya. Cerita ini bermula pada waktu malam. Masa tu jiran kami sedang sibuk mengaturkan khemah perkahwinan ,meja makan dan lain-lain. Jadi aku dengan anak-anak jiran yang lain pun turut membantu bagi meringankan kerja mereka. Jam pun telah menunjukkan pada pukul 8 malam. Aku boleh lihat ada beberapa jiran-jiran yang lain pun sudah mula keluar untuk membantu . Setelah selesainya pemasangan khemah dan yang lain ..jam pun telah menunjukkan pada pukul 9:30 malam hampir pukul 10 malam …..aku dengan anak-anak jiran yang lain pun duduk berehat bagi menghilangkan rasa penat . Salah seorang dari kami yang aku biasa panggil dengan nama singkatan dia ialah ( Kimi ) dia berkata .. ” weyh korang ,.jom..kita main satu permainan..nak tak ? ” …yang seorang lagi ni kami biasa panggil dia dengan nama singkatan ( Angah ) dia pun berkata ..” boleh je ..game apa yang nak kita main malam ni ” .. jadi aku pun berkata .. ” Jom! ..kita main sorok-sorok ..bawa sekali dengan torch light ” ( bagi pengetahuan korang ..game sorok-sorok ni seakan game police and thief ) . Jadi Member-member aku yang lain pun bersetuju dengan cadangan aku.

Setelah kami semua bersetuju untuk bermain game itu …kami pun terus bergerak menuju ke lokasi tersebut ( ala..kawasan perumahan je ). Selepas kami tiba ditempat tersebut kami pun terus menyusun selipar dan mula mengira selipar ” police and theif ..One two jaga..polis henti pencuri jaga ” ( bagi pengetahuan korang,..kami menggunakan irama police and theif untuk membahagikan kepada 2 kumpulan A dan B ..ya lah sebab mudah ) ….( kesuluruhan yang bermain termasuk aku ..hmmm..dalam 9 orang ) . Selepas habis je mengira..aku tergolong dalam kumpulan A iaitu polis ( kumpulan polis ada 4 orang ) manakala kumpulan B ialah pencuri ( kumpulan pencuri ada 5 orang ). Selepas itu aku dengan kumpulan aku pun mula mengira ” satu,dua,tiga,empat…sampai 50 ” . Selepas habis je kami mengira …aku terus mencari kumpulan B….disini lah bermulanya kisah seram yang menyedarkan kami semua yang bahawa Mahluk Ghaib itu wujud disekitar kita semua ..cuma tidak kelihatan oleh mata kasar kita .

Semasa kami sedang mencari kumpulan B ..kami masing-masing berpecah ada yang ke sana-ke sini. Semasa aku sedang mecari kawan-kawan aku ..aku ada ternampak kawan aku ( kumpulan B ) berada di tempat yang gelap dekat kawasan lorong perumahan..aku pun berhenti seketika sambil berkata ” weyh..kau nak lari kemana …hehehe ” masa tu aku ingatkan itu adalah kawan aku…..aku pun terus berjalan ke arahnya..makin lama makin aku berasa pelik kenapa mata kawan aku kelihatan besar dan berwarna hitam …pelik !?. Tiba-tiba kawan aku tu berlari terus ke kawasan yang lebih gelap lalu hilang disebalik kegelapan. Selepas aku mendapati ada sesuatu yang tidak kena ..aku terus dapatkan member-member aku yang lain dan beritahu mereka tentang hal sebenarnya. Selepas kami berkumpul ..masing-masing bercerita tentang apa yang telah berlaku..rupa-rupanya semua kawan-kawan aku pun kena gangguan sama seperti aku .

Bayangkan kami semua ada 9 orang tiba-tiba tambah lagi 9 orang yang menyerupai kami …pelik kan !? . Masing-masing melihat benda yang sama cuma tempat sahaja yang berlainan.

ini lah sebuah pengalaman seram yang telah berlaku pada diri saya dan juga pada kawan-kawan saya yang dapat saya kongsikan bersama Kupi Kupi Go.

Sekian, Terima Kasih.

Perkongsian Daripada Haziq Danial

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Almari

Misteri Sekolah