in

Mak Yong

Tahukah anda, tarian mak yong sebenarnya wujud di beberapa negeri lain ? Asalnya Mak Yong Patani, kemudian Mak yong Kelantan, Kedah, Makyong Laut (perlis dan satun thailand) dan Makyong Riau.

Mak Yong merangkumi tarian, lakonan disertai muzik. Dahulu, tarian ini dipersembahkan di kawasan terbuka untuk tontonan umum.

Latar belakang wataknya selalunya terdiri daripada golongan wanita dan kisah yang dilakonkan berasaskan cerita rakyat tradisi beserta watak raja, dewa dan pelawak.

Aku masih lagi tak tahu kenapa tarian mak yong menjadi salah satu tarian “berhantu”, kerana jika diikutkan tarian tersebut beserta lakonan semata mata.

Namun, Mak Yong juga dikaitkan dengan upacara bomoh/pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Tarian ini mungkin juga dipengaruhi oleh budaya Main Puteri atau Main Teri yang mempunyai unsur bomoh/memuja yang menjurus kepada kepercayaan animisme dan shamanisme.

Main Teri adalah satu perbuatan tradisi yang sangat popular diamalkan oleh masyarakat melayu kelantan-pattani pada abad yang lalu.

Pelbagai pandangan mengenai asal usul Main Teri ini termasuk lah berkait dengan Puteri Saadong (korang google lah sendiri siapa dia) dan kuih puteri mandi.

Dalam proses “mengubat” pesakit, watak Tok Teri (ketua main teri) akan berubah² contohnya menjadi orang cacat, bercakap sengau, menjadi bengis, menjadi orang tua dan sebagainya, bagi mencuit hati penonton.

Selain itu, elemen muzik juga diselitkan menjadikan Tok Teri akan mengalunkan pelbagai lagu dan rentak. Daripada 50 buah lagu, kini cuma tinggal 10 lagu beserta “gerak teri’ yang masih dimainkan.

Semasa proses tersebut, bacaan jampi dan mentera bersama bertih iaitu padi yang dibakar/digoreng dan beras kunyit ditabur disekeliling tempat persembahan.

Semakin rancak muzik yang dimainkan, semakin rancak lah gelengan kepala Tok Teri semasa proses menurun tersebut.

Ketika ini, pesakit yang terbaring itu akan bangun menari mengikut rentak muzik, sebagai contoh sekiranya pesakit mempunyai angin pendekar maka dia akan bersilat dengan Tok Teri, atau jika dia memiliki angin bertumbuk, dia akan bertomoi dengan Tok Teri.

Main Teri dikaitkan dengan unsur angin yang dibangkitkan Tok Teri atau dalam bahasanya disebut ‘isih’. Nama-nama isih tersebut termasuklah Raja Dua Belas dikenali sebagai Sulung, Bimbaran Empat, Pahlawan Empat, Megat Empat, Cik Siti Putih Nakhoda Anjung dan sebagainya….

Apa fungsi ni semua, jangan tanya aku….terpulang kepada pembaca untuk menilai sendiri.

p/s: Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan ketidakpastian maka ini adalah ringkasan mengenai kaitan antara Mak Yong dan Main Teri.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ulek Mayang

Robert The Doll