in

Main Sorok-Sorok

Ni pengalaman pertama aku, lebih kurang tahun 2005 macamtu. Masa tu aku tengah main sorok² dengan kawan² lewat petang dekat kawasan blok kedai yang separuh siap. Kawasan kedai tingkat tu luas lebih kurang 3 bijik rumah. Mungkin aku dapat ilham dari syetonn untuk join game tu.
Mula² kami start main, aku jadi so aku cari lah kawan² aku yang menyorok, lepastu game berterusan sampai lah Oya jadi. Aku dgn lain² menyorok. Seiingat aku, aku menyorok disebalik salah satu dinding dalam kedai tu. Masa tu dah dekat senja, Oya still cari kami…sampailah semua dia jumpa kecuali aku. Aku tapasti berapa lama aku kat situ sampaikan kawan² aku yang lain menjerit suruh aku keluar sebab nak balik rumah dah. Aku dengar suara kawan² tu sayup² je padahal kedai tu bukannya besar, sepatutnya suara diorang bergema dalam kedai kosong macamtu. Aku mula gelabah. Cepat² aku beredar dari tempat persembunyian aku tu. Yang aku pelik, selama mana aku jalan pun still tak jumpa jalan keluar.

Aku masuk setiap celah melepasi dinding² tu still tak jumpa pintu keluar. Padahal masa aku masuk tu dekat je dengan pintu keluar. “Woi, korang kat mana ?” jerit aku sambil lari² anak. “Kat luar lah, cepatlah keluar nanti gelap tak sempat sampai rumah !” balas Oya.

Berpeluh aku sorang² kat dalam tu terkial² cari jalan keluar. Akhirnya suara azan berkumandang.

Depan aku, cuma beberapa langkah je aku nampak pintu yang menghala ke luar. Terus aku berlari pergi dekat kawan² yang lain.

Muka dah cuak, terus aku ajak dorang balik. Lepastu, taubat aku tak main dah kat tempat tu.
Sampai harini aku tak pasti, sama ada masa tu mata aku kena “tutup” ke ?

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Histeria

Gangguan Misteri