in

Lift Bomba

Salam sejahtera Kupi2 Go. Saya Don John (bukan nama sebenar) dari Kuching Sarawak, ingin berkongsi pengalaman yang, bukanlah seram tapi suspen dan misteri sikit. Berkenaan lift bomba di sebuah bangunan bernama ***** (harap dirahsiakan) di Kuching Sarawak ini. Saya bekerja sebagai officeboy untuk sebuah syarikat Kejuruteraan awam. Kadang2 saya akan menghantar dukumen atau drawing ke bangunan tadi dan naik ke atas menggunakan lift, sebab untuk naik atas hanya dapat gunakan lift, tangga selalu dikunci untuk maintenance saja. Selalu juga hantar dokumen ke sana dan memang akan guna lift. Di sini ada 3 lift, lift 1&2 biasa dan lift 3 bomba. Biasanya lift 1 dan 2 je selalu saya gunakan, lift bomba hanya akan buka kalau ada orang maintenance di dalamnya.

Pada suatu hari ni , saya ingin menghantar dokumen ke tingkat 10, macam biasalah saya tekan butang lift dan tunggu lift yang buka. Pintu lift pun terbuka dan saya pun naik ke tingkat 10 dan selesaikan tugasan. Bila nak turun balik tu, saya tekan lagi butang lift tapi lift 1&2 yang x jauh x terbuka2 dan saya lihat no pada lift 1&2 menadakan lift tu x bergerak, walaupun saya teka butang nak turun, sebaliknya lift bomba yang dari bawah sekali terbuka berkali2 bila saya tekan butang turun. Saya rasa x sedap hati nak naik lift bomba jadi saya cuba lagi menekan mana tau lift 1&2 pula yang terbuka.

Tapi sekali lagi saya tengok yang lift 1&2 x berganjak, cuma lift bomba je yang pintu nya buka tutup, buka tutup. Nak x nak, sebab xnak terlambat saya pun masuk ke dalam lift bomba dan menekan tingkat G iaitu Ground floor. Laju je pintu lift tutup dan bergerak. Sekejab je pintu lift pun terbuka, tapi kali ni perlahan2, bila pintu terbuka saya perasan yang tingkat tu gelap, macam lampu x dibuka, tapi saya dapat tengok bayang2 meja dan kerusi tersusun macam di dalam pejabat. Say pun hairan, sebab Ground floor bukan nya tingkat pejabat, tapi shopping mall dan masa tu baru jam 3 petang, xkan lah mall dah tutup. saya pun tgk no kat lift, rupa2nya say naik ke tingkat 12, masa tu pintu masih perlahan2 terbuka, saya mula rasa x sedap hati, seram sejuk, cepat2 saya menekan butang turun kat lift tu tetapi selagi pintu lift tu x habis buka, ia xkan tutup. Saya pun tekan berkali sambil mata saya memerhatikan sekeliling tingkat itu, memang masa tu meremang habis bulu saya, kepala rasa ringan je macam nak pengsan. Setelah pintu tu habis terbuka, ia pun mula tertutup dengan perlahan, jari saya masih lagi menekan butang turun, mengharapkan pintu lift tu tutup dengan laju sikit.

Bila pintu sudah setengah tutup, ia berhenti dan terbuka lagi, mcm ada org kat tingkat tu tekan butang buka lift dari luar, tapi saya x nmpk sesiapa pun di sana. Saya pun teruskan menekan butang turun dan pintu lift pun tertutup walaupun perlahan dan saya selamat turun ke Ground floor. Bertapa leganya bila lift terbuka saya lihat ramai orang dan kedai bercahaya. Sejak kejadian itu, tiap kali bila saya ke sana saya xkan naik lift bomba lagi, walaupun lift lain x terbuka, biar saya tunggu lama untuk lift lain atau ada orang lain yang nak naik lift baru saya naik. Itu je lah cerita saya, agak kurang seram tapi saya yang megalaminya memang suspen habislah masa tu. terima kasih.

Perkongsian Daripada Don John.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dusun Durian

Misteri Almari