in

Lembaga Mata Terbeliak

Pada tanggal 12hb Disember 2020 Di flat aku. Waktu itu jam menunjukkan 12:45am, aku sedang menonton Jumanji di astro Box office. Kedengaran ada yang mengetuk pintu rumah, ketukan itu terdengar sangat sayup, kalau orang yang berada dalam bilik, takkan dengar punya. Waktu itu aku sedang sendirian di ruang tamu. Mak aku sudah tidur dalam biliknya. Aku hanya menjenguk ke arah pintu yang tertutup rapat. Di samping itu, ada pintu gril yang sudah dikunci. Dari arah bawah pintu itu aku melihat ada bayang seseorang yang menandakan memang ada orang yang sedang mengetuk pintu tersebut. Aku bangun dan pergi ke arah pintu tersebut. Apabila membukanya, tiada sesiapa yang berada di situ. Aku tutup pintu dan kembali ke ruang tamu dan sambung menonton filem tersebut. Kemudian, pintu rumah aku diketuk lagi. Kali ini aku harap aku dapat melihat orang yang mengetuk pintu rumah itu tadi, dengan segera aku melangkah menuju ke arah pintu tersebut, masih terlihat ada bayangan. Aku terus memulas tombol lalu buka pintu dengan sepantas mungkin. Tapi tiada sesiapa disitu. Aku berfikir mungkin budak2 mabuk yang selalu lepak, yelah takde kerja time pkp ni, lagipun flat aku bukannya ada security guard! Aku menegur “Sape tu? Jangan main2 boleh tak? Tengah2 malam macam ni kacau orang je tau” Tapi tiada jawapan dalam masa yang sama aku merasakan tidak sedap hati. Aku tutup pintu itu, baru menoleh nak melangkah kaki pergi ke arah ruang tamu tiba2 terdengar lagi ketukan itu. Aku hanya memerhatikan pintu itu dan bayangan bawah itu. Aku mengabaikan ketukan itu lalu pergi ke ruang tamu.. beberapa minit kemudian ketukan itu hilang. Seusai aku menonton filem tersebut, aku masuk ke dalam bilik yang berhampiran dengan pintu rumah, dalam bilik aku, ada sepasang tingkap. Jika dibuka tingkap tersebut, aku akan dapat melihat orang diluar koridor dan boleh melihat orang yang lalu lalang depan rumah. Macam biasa sebelum tidur, aku scroll chat di whatssap. Tiba2 aku terdengar seperti ada suara ‘eeeiiii arrrr uuuuu kikikikiki’ aku terkejut kerana suara itu kedengar dari arah luar tingkap aku.. aku cuba untuk matikan suis kipas yang agak bingit untuk mendengar kembali suara itu.. ‘eeeiiii arrrr uuuuuuu kikikikikiki’… Bunyi nya agak aneh dan seram bagi sesiapa yang berada ditempat aku waktu itu.. Aku cuba untuk memberanikan diri membuka tingkap. Dengan perlahan2 aku membuka tingkap bilik aku itu.. Aku nampak dengan mata kepala aku, seseorang sedang duduk di koridor agak jauh dari depan rumah aku, rambutnya panjang sehingga menutupi badannya, sedang duduk seolah2 seorang perempuan yang bersilang kaki nya seperti mengesot, tapi cara dia bergerak seolah-olah ditarik perlahan.. namun dia tidak memandang ke arah aku.. Wajahnya menyeramkan. sedang tersenyum sinis seolah2 mulutnya rapat ke telinga.. matanya bulat tersimbul keluar.. Allahuakbar.. aku segera tutup tingkap tersebut dan cuba tenangkan hati aku dengan baca surah2 yang terlintas difikiran.. peluh aku keluar dengan banyak kerana kipas tadi aku sudah off suis.. seketika itu, suara tadi menghilang.. aku cuba nak tengok balik lembaga tadi.. dan tenangkan hati dengan berfikiran positif.. mungkinkah yang aku tengok tadi adalah ilusi.. bila aku buka perlahan tingkap tadi. Aku tgok benda tu sudah tak ada.. sekilas mata aku melirik ke arah bawah betul2 depan tingkap bilik aku.. dia senyum sinis dengan mata nya yang terbeliak tadi membuat aku menjerit terkejut dan ketakutan.. aku tutup dengan sekuat nya tingkap bilik aku dan segera lari lintang pukang ke arah bilik mak aku.. aku ketuk pintu bilik mak aku bagai nak roboh.. umi!!! Umiii!!! Bukak pintu!!! Mak aku pun bukak pintu sambil gosok mata..mak aku tanya “kau ni dah kenapa?” Aku jawab “malam ni orang tidur dengan umi.. tadi orang nampak benda” mak aku pun cakap “kau nampak apa?” “Orang nampak hantu la umi!!” Ishhh kau ni mengarut malam2 buta ni.. tu la tidur tak basuh kaki tak baca doa.. dah la masuk lah” lega hati aku mak aku mengizinkan aku tidur bersama nya.. esok pagi nya, aku mencerita kan apa yang berlaku.. awal nya mak aku tak percaya, tapi lepas dia dengar cerita dari jiran-jiran, bukan aku je kena kacau, tapi 3buah rumah jiran aku pun kena juga. Itu lah pengalaman yang paling ngeri yang pernah aku lalui.. Nasihat aku satu je untuk korang.. kalau terdengar atau nampak sesuatu yang diluar jangkaan fikiran korang, jangan tegur, jangan perhatikan, jangan terlalu bersungguh nak ambil tahu.. sebab benda ni, kalau dia tahu kita boleh nampak dan boleh dengar dia, dia akan menghampiri kita.. itu saja dari aku, aku tak minta korang percaya, aku cuma minta korang berhati2.. yang lain nya berserah sahaja kepada Allah swt.. yang buruk itu datang dari aku, yang baik itu datang dari Allah swt..

Perkongsian Daripada Nadia.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hantu Ikut Aku!

Nenek Tua Bongkok