in

Lembaga Hitam

Sy yon (bukan nama sebenar) ingin menceritakan kisah sy bekerja sebagai nurse di klinik government (sy minta nama klinik dirahsiakan). Sy bukan la seorang yg percaya dengan kewujudan jin atau hantu tidak selepas sy melihat dengan mata sy sendiri. kejadian itu pada waktu petang, lebih kurang 5pm.

Sy ditugaskan untuk menutup klinik. ketika semua orang sudah balik dan keadaan klinik menjadi sunyi, ada satu lembaga hitam yang berlalu daripada sisi mata saya. Pada mulanya saya menganggap itu hanyalah imiginasi dan mengambil keputusan utk mengendahkan benda tersebut. Pada masa itu, sy tidak merasakan ketakutan dan tidak lama selepas saya menutup lampu di klinik, suasana menjadi seram.

Sy cuba untuk tidak berfikir pasal benda tadi tpi sy merasakan seolah olah benda tersebut memerhatikan saya dari belakang. sy bukan seorang muslim so, sy sembahyang mngikut ajaran sy sendiri. Lepas itu, keadaan menjadi rendah hanya untuk seketika. Semasa sy bergegas untuk keluar daripada pintu belakang, sy akan melalui lorong bilik iaitu bilik mesyuarat yg dindingnya hanya mnggunakan kaca.

Bilik itu bole dilihat daripada bahagian luar dan dibilik tersebut sy melihat satu lembaga hitam besar yg memandang ke arah saya, lembaga itu tidak bermuka, hitam gelap berbentuk manusia. Dan yg lebih menghairankan, pintu bilik mesyuarat itu memang terkunci. Saya pun berlari keluar dan masih berfikir sampai sekarang apakah benda yg sy nampak itu? adakah real atau hanya imiginasi sy?

Perkongsian daripada Yon.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aku Boleh Nampak Part 3

Jam Loceng Siapa Yang Berbunyi?