in

Lelaki Pakistan

Sudah 15 tahun dia tinggal di Malaysia. Bermula dengan sebuah rumah flat yang dikongsi dengan 10 orang rakannya, kini dia bekerja sebagai seorang jurutera di MRCB dengan pendapatan sebanyak RM8,000 sebulan (lebih kaya dari orang Melayu sendiri), dia mampu membeli sebuah rumah kondominium di Pelangi Damansara.

Rumah itu dibelinya kerana dia bercadang ingin membawa anak bininya dari Pakistan untuk tinggal di Malaysia.

Sudah sebulan dia tinggal di kondominium itu sendirian. Dan bagi Gujjar, rumah itu sangat selesa dihuni. Suasana jiran tidak bising, menenangkan. Parking disediakan di Ground Floor. Kedai runcit juga ada di Ground Floor. Begitu juga disekeliling kondominium itu agak meriah dengan bangunan-bangunan dan kedai-kedai. So bagi Gujjar, rumah ini memang sangat selesa dihuni.

Namun,

Pada suatu malam,

Sewaktu Lucky Gujjar ingin tidur atas katilnya, dalam 1 jam Gujjar berbaring cuba untuk tidur. Lampu bilik ditutup, seluruh lampu rumah ditutup kecuali lampu di balkoni. Jam menunjukkan sudah pukul 2 pagi.

Suasana ketika itu sunyi sepi…

Tiba-tiba terdengar dari bilik sebelah,
bunyi pintu terbuka secara perlahan lahan,
“eeeiiiiiiiikkkkkkkk”….dan tiba-tiba pintu itu seolah-olah ditutup dengan kuat dan laju “boommmm!!”,

Gujjar berasa sangat terkejut dan hairan. Kalau pintu terbukak slow-slow tu mungkin ada angin yang tolak,tapi bahagian bunyi pintu ditutup dengan kuat tu, Gujjar tak dapat terima…

Gujjar seorang sahaja yang tinggal di rumah tu, bagaimana pula boleh terdengar bunyi pintu ditutup dari bilik sebelah?

Semakin Gujjar memikirkan hal yang pelik tu, Gujjar jadi semakin takut..

Gujjar mengambil bantalnya dan tekup pada mukanya dan terus cuba untuk tidur..
Gujjar lebih rela abaikan gangguan itu….

Keesokan Gujjar bangun pagi pukul 8 pagi….Gujjar pergi ke bilik sebelah, Gujjar lihat memang takde orang, bilik pun kosong…

Kemungkinan Gujjar silap dengar kot semalam…so Gujjar just abaikan perkara itu..

Gujjar teruskan pergi ke kerja….Dalam pukul 8 malam, Gujjar pulang….

Malam tu, Gujjar cuba tidor lewat, Gujjar nak dengar sekali lagi adakah akan ada lagi bunyi pintu?

Ternyata malam tu dah takde bunyi pintu terbuka dan tertutup, begitu juga malam-malam berikutnya..

Suatu hari, Gujjar bangun pagi, Gujjar masih lagi memikirkan pada malam ketika misteri bunyi pintu tersebut berlaku.Gujjar pergi ke bilik sebelah dan cuba buka pintu dan tutup pintu…Gujjar perasan bilik tu dah takde bunyi “eeiiiikkkkkkk”…Seperti ada seseorang telah membaiki pintu tersebut….

Sekali lagi, Gujjar mengabaikannya..

Pada suatu malam yang lain, berlaku lagi suatu misteri yang sangat menyeramkan.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi, waktu tu Gujjar tiba-tiba rasa dahaga.

Gujjar pergi keluar bilik dan menuju ke dapur.. Di dalam gelap, dan dengan matanya yang hanya separuh mata terbuka akibat mengantuk, Gujjar berjalan menuju ke dapur… Kadang-kadang Gujjar terlanggar meja dek akibat mengantuk.

Belum sampai lagi ke dapur, tiba-tiba Gujjar terdengar gelas terjatuh dan sejurus selepas itu, Gujjar ternampak seakan-akan suatu lembaga (seperti seorang perempuan) berlari (sambil menunduk) ke suatu sudut.

Namun, waktu tu pandangan Gujjar sangat samar-samar.

Gujjar pun cepat-cepat berlari ke SUIS untuk menyalakan lampu rumah,
rumah segera cerah. Gujjar lihat di sekeliling ternyata takde siapa-siapa pun dalam rumahnya.

Tapi Gujjar agak terkejut ada gelas yang terjatuh, dan sekolompok air kelihatan tertumpah dari gelas tersebut.

Gujjar berasa hairan.

Selalunya selepas Gujjar minum air dalam gelas, Gujjar akan basuh gelas tu dan simpan gelas tu elok-elok.

Dan macam mana pula gelas tu boleh terjatuh dari tempat letak gelas tu.

Gujjar berasa teramat hairan dan kali ini, Gujjar tidak mahu mengabaikan misteri ini lagi.

Keesokan hari, Gujjar pulang ke rumah awal pukul 5 petang dan Gujjar pulang dengan 3 buah IP CCTV.. Satu diletakkan dalam bilik yang berbunyi pintu tersebut, satu diletakkan di dapur dan satu lagi diletakkan di suatu sudut di mana tempat lembaga tu hilang.

IP CCTV adalah CCTV berasaskan kabel network.

Di mana segala rakaman dari CCTV tersebut, Gujjar telah set-kan (sebenarnya Gujjar mengupah seorang programmer khas) setiap 30 minit rakaman itu akan di-SAVE dan terus UPLOAD rakaman tersebut ke GMAIL Gujjar.

So, selesai sahaja CCTV tu dipasang, Gujjar terus mandi-mandi, rehat dan terus tidur.

Keesokan pagi, Di tempat kerja.

Gujjar rasa ingin tengok apa yang dirakam CCTV nya semalam.
Gujjar buka laptopnya dan letak atas meja officenya terus Gujjar pasangkan video rakaman CCTV rumahnya dalam GMAIL Gujjar.

Alangkah terkejut beruk makyeh nye Gujjar apabila melihat seorang wanita yang kelihatan berpakaian lusuh, berambut kusut dan sangat panjang sampai ke kaki. Wanita ini berada dalam rumahnya. Wanita ini sebenarnya menumpang tidur dalam rumah Gujjar dan tempat wanita itu tidur adalah di bilik sebelah bilik Gujjar tidur.

Gujjar memang sangat terkejut.

Namun, Gujjar menenangkan dirinya dan Gujjar berniat ingin tangkap dan cakap baik-baik dengan wanita itu. Kemungkinan wanita itu adalah orang susah dan tidak ada tempat berteduh. Itu yang Gujjar niatkan dihati untuk bantu wanita tersebut.

Gujjar teruskan lagi melihat rakaman dalam emailnya.

Kelihatan wanita yang sama di dapur sedang meminum air dalam gelas Gujjar.

So, Gujjar bertambah yakin, memang wanita itu miskin dan tumpang tidur dalam rumahnya.

Jadi, pada malam tersebut Gujjar ingin menangkap wanita itu.

Gujjar tahu pukul 1 pagi, mesti wanita itu akan ke dapur untuk minum air.

So, setibanya pukul 1 pagi, Gujjar yang waktu itu berada dalam bilik, Gujjar bangun dan perlahan-lahan pergi ke dapur di tangannya ada sebuah StunGun. Gujjar akan gunakan Stungun itu pada wanita tersebut in-case wanita tersebut menyerangnya.

Dan tiba-tiba peristiwa sama yang berlaku pada malam sebelum ni iaitu sebuah gelas jatuh dan tiba-tiba ada wanita yang berlari sambil tunduk ke suatu sudut yang sama.

Gujjar cepat-cepat hidupkan lampu rumah.
Gujjar lihat di sekeliling kelihatan wanita tu dah takde. Puas Gujjar mencari selama 5 minit, tapi perempuan tu HILANG! Gujjar cepat-cepat buka laptopnya, buka email dan terus Gujjar pasangkan video terakhir dari CCTV tersebut. Kali ini Gujjar terkejut beruk mak yeh macam syaiton kerana Gujjar melihat dalam rakaman tersebut,
wanita itu berlari menuju ke satu dinding dan kelihatan wanita itu menembusi dinding rumahnya. Gujjar tahu mana ada manusia biasa mampu menembusi dinding melainkan ianya HANTU!!!!

Badan Gujjar berpeluh-peluh ketakutan.

Malam tu juga, Gujjar ambil keputusan untuk tidur di rumah flat lamanya tanpa packing barang, Gujjar ambil kunci kereta BMW nya, dan terus blah dari rumah tersebut.

Sekian.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rumah Sewa

Kisah Meor