in

Lelaki Bertopeng Misteri

Saya cerita kan dari awal..

Saya tenggah baring dkat atas jambatan sambil memandang langgit..dalam beberapa minit kemudian saya ada nampak benda terbaang d atas langgit kalau di kata kan ia bebola api yang d kata kan telur terbang untuk antar saka kepada orang..lalu tu saya tunjuk benda tersebut tiba tiba ia terjatuh entah ke arah mana..lalu saya bercakap sma kawan saya ni..jemar jom pulang kawan saya tnya knpa.?kawan saya ckap lagi ndak puas memancing nii dia kata.!lalu aku cakap sma dia aku ada nmpak bnda terbang tadi..kawan saya ni ndak percaya saya ckap tdi…tpi dia nmpak muka sya terlalu pucat begitu..dia pun ckap sma saya knpa muka mu puncat..lalu saya berkata suda aku bercakp aku nmpak bnda terbang..kawan saya tnya lahi bnda apa.?lalu sya bagthu lah sma dia ..sya ckap sya nmpak bebola api..dia ckap sma sya apa tu bebola api..lalu saya ckap sma dia..bebola api tu mcm telur terbang..dia balas ckap sya mksud nya tu apa?sya ckap sekali lagi bermksud ada org antar saka..lalu dia pun ketakutan juga..kami dua terus kmas kan barang2x kmi terlari ke pondok bas..dlam brapa minit kemudian aku ternmpak sehelai daun bergerak..lalu sya pkir tkkan angin goyang kan sehelai daun jak..terus sya sruh tnggok kawan sya tdi tu yang bernama jemar tu..dia pun hairan kenapa sehelai sja yang bergerak knpa ndak smua ikut bergerak..terus saya ckap dngan dia sya ada pernah tnggok cerita paranormal..sya ckap lgi kalau begitu bermksud makhluk halus d samping kita..terus saya dngan kawan sya pulang kerumah masing2x..ke esok kan hari nya saya kena deman panas sejuk..di dlam sejuk d luar panas..itu lah cerita pengelaman sya tidak boleh lupa hingga sekarang…trima kasih kepada kupin kupi go dan pendenggar kupi kupi go yang denggar cerita kisah seram saya

Penulis: Sya Elisa

Perjalanan menuju ke Air Terjun Meru dirasakan terlalu jauh , terlalu lama. Naik berkematu sudah punggung duduk dalam van walau pun tempat duduk empuk sekali pun.

Izzati mula rasa tidak sedap hati. Perasaan itu mula berbunga-bunga sewaktu Helmi berhenti mengisi minyak distesen minyak kecil tepi jalan tadi. Entah kenapa dia berasa tidak enak melihatkan lelaki separuh umur yang menjaga stesen tersebut memerhatikan mereka dalam van tersebut dengan senyum sinis.

“Helmi.. kau ikut jalan mana ni.. tak sampai-sampai lagi ni.. hari makin petang ni..” Izzati mula bersuara pada Helmi yang sedang memandu. Jam menghampiri ke pukul 4 petang.

Yang lain turut mengeluh. Helmi mendengus kasar. “Dah korang sedap-sedap tidur , aku dari tadi drive sorang.. banyak bunyi pula..”

Izzati hanya diam. Jalan sangat sunyi. Hanya kenderaan mereka satu-satunya yang sedang meluncur membelah jalan tersebut. Kiri kanan jalan hanya pokok-pokok hutan. Tiada papan tanda penunjuk arah.

Izzati tersedar satu perkara. Helmi sedang mengikuti jalan yang diberitahu lelaki separuh umur distesen minyak tadi. Jalan tersebut hanya bertar nipis , berbeza dengan tar dijalanraya. Izzati mengeluh. Kat mana dah ni…

Tiba-tiba..

Pom…!

Masing-masing dalam van terkejut mendengar bunyi letupan yang kuat. Sementara Helmi pula sedang berhempas-pulas mengawal stereng van. Ke kiri ke kanan , van mula berpusing-pusing sebelum akhirnya terhenti sewaktu berlanggar sebatang pokok besar ditepi jalan itu.

Masing-masing tak sempat nak menjerit kerana rasa terkejut yang amat. Helmi dan Balan yang berada dihadapan tiada mengalami sebarang luka , mungkin sebab beg udara yang berfungsi melindungi mereka tadi.

Izzati , Mala , Nancy , Ayu dan Victor keluar dari van. Hasil kecekapan Helmi mengawal stereng van tadi berjaya mengelak dari terjadinya petaka. Mereka segera membantu Balan dan Helmi keluar.

“Apa yang telah berlaku ? ” tanya Victor masih terpinga-pinga.

Helmi memeriksa tayar. Dia mengerutkan dahinya. Kedua-dua tayar hadapan van tersebut pecah. Malah kelihatan hancur seperti melanggar benda tajam.

Sewaktu masing-masing sedang dalam keadaan mamai dan tanda tanya , tiba-tiba sebatang anak panah menembusi tepat ke dada Helmi. Helmi menjerit kesakitan. Yang lain-lain tergamam , terperanjat dengan keadaan yang tidak disangka-sangka itu.

Nancy dan Mala terjerit-jerit ketakutan. Ayu terlopong tidak mampu bersuara. Izzati hanya terkaku. Helmi berjalan beberapa langkah namun sempat disambut Balan sebelum rebah. Victor cuba mencabut anak panah tersebut namun sukar kerana ianya tembus ke belakang. Helmi mula tercungap. Airmata mula bergenang mengalir dipipinya.

Dalam keadaan yang kalut itu , mula kedengaran bunyi salakan anjing dari dalam hutan. Kedengaran juga suara riuh orang bercakap. Mereka mula berasa lega. Ada harapan untuk mereka menyelamatkan Helmi seterusnya pulang.

Namun kemunculan beberapa orang lelaki bertopeng muka dengan senjata ditangan masing-masing bersama 3 ekor anjing mula memudarkan harapan mereka.

“Lumayan habuan kita kali ini..” kedengaran seorang dari lelaki tersebut berkata.

Izzati memberanikan diri untuk bertanya. “Siapa korang.. korang ke yang buat kawan kami ni..?”

Hanya ketawa yang diperolehi sebagai jawapan. Dengan senjata ditangan , mudah bagi lelaki-lelaki tersebut menawan mereka. Tangan diikat ke belakang malah berantai diantara satu sama lain.

Baru Izzati perasan , salah seekor dari anjing tersebut ada berikat sebuah pengusung. Salah seorang lelaki bertopeng itu menarik Helmi dengan kasar lalu dicampaknya atas pengusung itu. Mengalir airmata mereka apabila menyedari bahawa Helmi sudah mati.

“Yang ni dah mati lah.. dah tak fresh…” rungut lelaki bertopeng yang meletakkan Helmi atas pengusung.

“Dah sudah.. cepat gerak.. korang jangan nak memekak… kang aku tembak sekor-sekor kang…” seorang lelaki yang berbadan lebih sasa dari yang lain memberi arahan , turut memarahi mereka yang ditujukan pada Ayu dan Mala yang mula menangis. Takut punya pasal masing-masing senyap tidak berbunyi. Hanya airmata pengganti suara. Berjalan menuju ke arah yang tidak diketahui dalam terpaksa.

Akhirnya mereka tiba disebuah rumah batu. Masing-masing kehairanan. Ada rumah dalam hutan ni..? Ada elektrik pula tu..? Namun persoalan itu tinggal berlegar dalam fikiran sahaja. Suasana makin gelap. Menandakan petang mula menjemput malam.

Secara senyap-senyap , Izzati berjaya melepaskan tangan sebelah kanannya dari ikatan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar. Patutlah lelaki-lelaki itu tak kisah pasal telefon , tiada liputan disitu. Namun Izzati mula menghidupkan kamera perakam berserta audio. Kebetulan Izzati memakai baju kemeja yang berkocek , dia meletakkan telefonnya dalam poket bajunya. Pura-pura meletakkan tangannya ke belakang semula.

Mereka ditolak masuk ke satu bilik. Terbeliak biji mata masing-masing. Bilik tersebut seperti tempat memotong daging. Bekas darah sana sini. Bau hanyir jangan cakaplah.

Hasilnya mereka semua termuntah disitu. Seorang lelaki bertopeng menarik mereka ke suatu sudut. Lalu menyuruh mereka duduk diatas lantai. Selepas itu sambil membebel tak tentu biji butir , dia menarik sebatang getah paip yang memang terdapat paip ditepi dinding , lalu mencucurkan air atas lantai membersihkan muntah mereka tadi.

Jasad Helmi diangkat diletakkan atas tempat ibarat meja yang diperbuat dari batu marmar ditengah-tengah bilik. Ada terdapat tiga biji meja batu dalam bilik itu. Lelaki tersebut yang seramai enam orang mula memakai apron dari plastik. Mereka tetap bertopeng. 4 dari mereka berjalan menghampiri Izzati dan kawan-kawannya. Mereka berdiri disitu.

Seorang lelaki memegang sebilah pisau pemotong daging. Membelek-belek seketika pisau tersebut. Setelah berpuas hati akan ketajamannya. Dia menghampiri jasad Helmi. Mengangkat tinggi tangannya lalu menetak leher Helmi. Terpisahlah kepala dari badan. Izzati dan yang lainnya mula terjerit-jerit histeria. Balan dan Victor meronta-ronta cuba melepaskan diri.

Secara tiba-tiba seorang dari lelaki yang berempat itu menyemburkan sesuatu pada muka Victor dan Balan. Mereka berdua mula lemah lalu terkulai , pengsan. Izzati tidak mampu untuk bersuara. Takutnya dia hanya Tuhan yang tahu. Manakala Mala dan Ayu terus terdiam. Hanya bunyi tangisan yang belum reda.

Mereka bertiga berusaha untuk tidak melihat kejadian mengerikan depan mata mereka. Menyaksikan kawan baik dibunuh lalu dipotong ibarat seekor ayam adalah mimpi ngeri yang tak ingin mereka lalui. Namun apakan daya , ini nyata bukannya mimpi.

Balan dan Victor yang sedang pengsan itu dilepaskan dari ikatan lalu dibaringkan juga atas meja batu yang lain itu. Izzati tidak sanggup lagi melihat kawannya menjadi korban.

“Siapa korang ni.. kenapa buat kami macam ni.. apa salah kami..?” rintihnya. Dijelingnya keadaan Helmi. Hatinya tersayat pedih. Jasad Helmi sedang dicincang-cincang menjadi kecil. Pilu rasanya.

Seorang dari lelaki bertopeng itu memandang Izzati. Terdengar dia ketawa. “Korang tak buat salah apa-apa… cuma salah jalan je…” katanya.

“Salah jalan….?” Izzati kehairanan.

“Ye… salah jalan… masuk ke tempat kami cari makan… hahaha” jawab seorang yang lain pula.

“Korang makan daging orang…?” Ayu pula bertanya dengan nada yang tinggi.

Seorang lelaki bertopeng yang agak kurus sedikit berjalan menghampiri Izzati. Lalu mencangkung dihadapannya. Menjeling tajam pada Mala dan Ayu disebelah Izzati.

“Memandangkan korang bakal mati jap lagi , meh aku cerita sikit.. kitorang ni tak pelahap daging orang tau.. tapi kitorang jual. Ada satu restoran mahal guna daging orang ni.. jadi memang beruntung sangat kami dapat banyak stok ni.. hahaha” sambil ketawa lelaki tersebut membuka topeng kain yang menutup mukanya itu.

Izzati membeliakkan matanya. Itu lelaki yang bekerja distesen minyak tadi. Jadinya memang dia sengaja menunjuk jalan maut pada mereka. “Kau pakcik pengisi minyak tu…!”

“Hoi.. pakai balik topeng kau.. nak mati ke…!”

“Alaaa.. nak mati pun dorang ni kan…”

“Kau tu yang bakal mati dedah muka camtu laa..” marah betul kawan lelaki bertopeng itu. Lelaki tadi kembali menyarung topeng mukanya.

Kali ini. Empat lelaki tadi mengerjakan Balan dan Victor pula. Ayu dan Mala pengsan tidak sedarkan diri. Sementara mereka berenam sibuk mengerjakan mangsa mereka , Izzati berusaha sedaya upaya melepaskan sebelah lagi tangan dari ikatan. Berjaya.

Izzati berasa sangat bertuah kerana dia berada dekat dengan pintu. Dia perhati mereka yang bertopeng itu sedang asyik dengan tugas masing-masing. Perlahan-lahan Izzati mengengsot sikit demi sedikit ke pintu. Sesudah pasti keadaan benar-benar selamat , Izzati pantas bergolek keluar pintu. Izzati melihat pintu tersebut boleh diselak dari luar , tanpa berfikir panjang pantas dia menutup pintu tersebut lalu menyelaknya.

Terdengar pintu tersebut berdentam-dentum dari dalam. Bunyi teriakan marah tidak Izzati endahkan. Terdengar salakan anjing. Lagi sekali Izzati rasa bertuah. Allah melindunginya. Anjing-anjing tersebut telah dikurung dalam sangkar.

Bersama airmata yang mengalir , Izzati mengambil langkah yang berat , terpaksa meninggalkan Mala dan Ayu dahulu. Namun dia bertekad untuk kembali bersama bantuan.

Izzati terpandang sebuah mangga atas meja lalu mengambilnya dan dipasang pada pintu tadi. Dia percaya mereka akan terkurung dalam tu. Izzati sebak bila mengenangkan tentu begitu mangsa-mangsa pembunuhan kejam mereka diperlakukan.

Izzati bertuah kerana terdapat sebiji Hilux berserta kuncinya. Tanpa membuang masa , Izzati menghidupkan enjin Hilux tersebut lalu memandu pergi ikut jalan yang kelihatannya biasa dilalui kenderaan , dalam keadaan malam yang gelap itu.

Seminggu selepas itu..

Berita penangkapan enam lelaki tempatan yang menangkap dan membunuh orang demi untuk mendapatkan bekalan daging untuk sebuah restoran , masih lagi menjadi topik hangat perbualan siang dan malam.

Begitu juga berita sebuah restoran mewah di ibu kota yang diserbu pihak penguasaha kerana menyajikan makanan dari daging manusia. Pengusaha dan pemilik restoran ditangkap. Manakala para pekerja yang tidak tahu menahu hal daging tersebut dibebaskan.

Hasil rakaman dari telefon bimbit Izzati. Kesalahan jenayah jelas terbukti. Tiada ruang untuk lepas lagi.

Namun Izzati masih murung. Masih bersedih. Apatah lagi dia tidak dapat menyelamatkan kawannya Ayu dan Mala. Mereka berdua ditemui mati ditetak-tetak sewaktu pihak polis menyerbu rumah kejam dalam hutan tu.

“Tak apalah , Zati… kami dah selamat kat sini… yang penting kita tetap kawan…”

Izzati tersenyum. Sentiasa tersenyum setiap kali mendengar suara kawan-kawannya itu.

Ya. Memang Izzati terselamat dari menjadi mangsa pembunuhan kejam. Malah diangkat menjadi wira kerana telah berjaya membongkar satu aktiviti keji dan kejam. Namun Izzati tidak berjaya menyelamatkan mentalnya yang terluka parah akibat terlalu murung dan sedih.

Tamat.

Penulis: Sya Elisa

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Histeria Sekolah

Siapa Gadis Bunian?