in

Legenda Kinabalu Part 2

Assalamualaikum guys sudahkah anda berselawat hari ini? So here comes the Part 2.

Baiklah sebelum itu, jika anda rajin cuba search mengenai hal ini.

-ugly sister peak

-legenda kinabalu ( youtube pun ada)

-bangsa pertama jumpa layang2.

-bila meriam pertama di hasilkan.

-Gua di Kinabalu?

Baiklah sekarang naga ataupun nama gelarannya Datuk Kedundung kini sedang mendiami Gunung Kinabalu dan untuk seperti yang anda semua tahu tipikal naga Asia ialah seperti ular besar dan perbezaan ketara antara naga Asia dan Eropah selain daripada bentuk badan ialah memiliki gemala ataupun mutiara naga. Actually aku malas search tentang apakah kegunaan gemala naga ini dan kenapa ia digilai seperti gemala naga yang dimiliki oleh Naga Kinabalu ini. Menurut cerita apabila tiba sahaja malam bulan purnama mengambang penuh, Naga ini akan bermain gemalanya dan gemalanya ini mengeluarkan cahaya yang terang sehingga dapat dilihat ada seperti cahaya datang dari puncak gunung ketika bulan purnama penuh..kononnya dapat dilihat pemandangan dari kaki gunung Kinabalu ketika Naga itu bermain gemalanya..

Naga ini melambung Gemalanya dan kemudian menyambutnya kembali dan aksi ini mungkin berlangsung untuk beberapa ketika..Khabarnya perihal naga ini bermain gemalanya sampai ke pengetahuan Maharaja China dan ada juga cerita desas desus mengatakan Maharaja China yg berada di China dapat menyaksikan aksi Naga Kinabalu yang berada di Sabah..aku pun terpikir mungkin agak tidak logik sebab Tanah Besar China dan Sabah agak jauh. Sangat Jauh.mungkin cerita naga ini bermain gemalanya sampai dari mulut ke mulut melalui pedagang. kut.

Baiklah apabila cerita ada Naga dan Gemala di Kinabalu maka bermulalah perintah Maharaja China agar tenteranya mendapatkan gemala itu untuknya..ada versi yg menyatakan putera raja yg diarahkan..baiklah ini versi yg aku lihat di cerita animasi “Lagenda Kinabalu” yang pernah tayang di TV1,TV2 dan Tvi Astro (180) dan cerita Nini lelaki aku..

Tentera Maharaja China, dibawah pimpinan Panglima Yang Zhie (PYZ) tiba di Sabah untuk mengambil gemala naga..seperti biasa kalau aku tak silap penduduk kampung macam tak benarkan askar ni untuk ambil gemala naga mungkin takut naga ni mengamuk dan memusnahkan kampung..tapi jika sudah perintah maka tetap perlu dilaksanakan..kalau aku tidak silap mereka bermesra dengan penduduk tempatan mungkin untuk minta kebenaran dan menambah keyakinan penduduk kampung yg mereka memang mesti dan pastu menang dan berjaya ambil gemala naga ini.

Sebelum bertemu Naga, mereka sudah berlatih untuk menewaskan naga itu dengan cara membuat patung seperti naga dan menyerang naga itu dengan senjata seperti tombak, panah dsb. Mereka juga mencuba ketahanan perisai menggunakan api sudah pasti untuk menahan serangan semburan api naga.

Maka bermulalah ekspedisi mendaki gunung Kinabalu, semasa mendaki banyak rintangan yg dihadapi antaranya askar yg maut akibat tergelincir dan yang paling aku ingat sekali dalam episode tu ialah serangan tebuan. Aku tak sure tebuan jenis apa tapi dalam animasi tu mcam Tebuan Jaket Kuning, dan aku pernah jumpa Tebuan yang sama macam dalam animasi tu semasa aku dan keluarga jalan-jalan ke Tenom mungkin ini bukan spesisi Jaket Kuning tapi entahlah dan mungkin Tebuan ni suka kawasan Hutan dan bukit kut dan ini menjadikan cerita ni macam benar2 berlaku zaman dahulu…okeh kalau sudah diserang tebuan tentu kita mesti serang balik dan apa yg (PYZ) ni buat bagi aku cukup bijak iaitu lawan tebuan guna obor dan asap. Kalau tak silap masa scene ni bekalan makanan diorang (kuih pau) rosak sebab tebuan ni dan ada askar yg mungkin maut akibat serangan ni..namun ekspedisi ini diteruskan juga dan Finally tiba di puncak.

Tiba di Puncak..mana naganya??

PYZ mengarahkan beberapa askar nya untuk mencari tempat kemungkinan naga ini berada dan scene ini lah yg paling menarik yang mana tentera ini menemui sebuah Gua dan mereka masuk ke gua itu dan di dalamnya ternyata ada seekor binatang seperti Ular besar tetapi bertanduk dan berjanggut bertangan dan mesti ada kaki la kan..sedang berlingkar dan di tengah lingkaran itu ada sesuatu yg bulat bercahaya. SAH . Itu naga dan gemalanya .. tidak pasti bagaimana mereka terbuat bunyi bising dan mengejutkan naga itu. Naga sedar mereka lari dan salah seorang tidak sempat menyelamatkan diri kerana disembur api dan yg selamat berlari dan memberitahu PYZ . Naga Sudah Mari !!! Terjadi pertempuran yang bagi aku agak epik la babak itu di mana perisai mereka tetap musnah terkena api naga dan PYZ melecur teruk di tangan akibat menahan semburan api naga menggunakan perisai yang diberikan ketua kampung ( tanda diplomasi kut). yang selamat turun ke bawah. Dan kalau tak silap ada askar yg selamat semua balik ke China kecuali PYZ. Mungkin sebab malu kut.

PYZ tinggal di Sabah dan dia di rawat oleh anak gadis Ketua Kampung. Sumandak bah itu siapa..se ego mana pun lelaki luntur juga kena pujuk Sumandak Sabah..hihi. apa yg menariknya nama gadis tu Kenah / Kinah . Mungkin nama Gunung itu bersempena namanya and where “balu” comes??. Lelaki dan perempuan biasa la tertarik dan menarik maka kahwinlah Kinah dan PYZ. Tapi guys wait..

Rombongan ke-2 datang dri China utk mengambil Gemala naga tapi dalam Scene ini hanya satu kapal sahaja. Sebelum ni mungkin satu armada la kut..tapi kali ni satu kapal sahaja. Dan strategi dorang hebat dan logik serta mudah. Baiklah PYZ pun bertemu lah dorang ni dan pastilah Kinah risau si PYZ mau lawan naga bah itu..sudahlah tangan tu bekas melecur, haih.

Apa yang menariknya strategi dorang cukup cantik. Baiklah mereka sedar ada masa tertentu naga ni keluar cari makan dan gemalanya tinggal dalam gua. Nahh !! Masa ini la mereka mengambil gemala itu. Bagaimana? Ini lah strategi bijak itu mereka menggunakan layang-layang besar yg boleh bawa orang. Atas Gunung mungkin angin kuat dan hal ini berhasil. Tanpa jumpa naga terus ambil gemala. bijak .

Turun Gunung terus naik kapal PYZ pun ikut sekali. Dan entah bagaimana baru sahaja rombongan ke-2 ni berlepas dari Sabah terdengarlah Ngauman yg kuat dari puncak Gunung Kinabalu. Ngauman Naga Guys . Penduduk kampung memang masa scene ni takut sudah.. dalam scene ni kamu boleh nampak naga tu turun dari gunung..dan kalau nda silap naga ni ada sayap . WoW .

Rombongan ke-2 kecut perut kompom matai la ni kali. Tapi Panglima Perang yg kedua ni sudah bersedia kerana dia mengarahkan untuk memanaskan peluru meriam. Peluru meriam ni besi jadi besi kalau dipanaskan kompom menyala-nyala so menyala-nyala kompom tidak ubah seperti gemala.. Naga itu sudah sampai ke laut dan memang ingin memusnahkan kapal itu dan POMM!!! Meriam ditembak ke udara dan besi panas di sambut dan di “telan” sang Naga. besi panas yg di sangka gemala sudah tentu menyakitkan , Naga ini menyelam dua tiga kali sebelum akhirnya tidak timbul lagi..dan apa yang mengejutkan Cahaya Gemala naga terus tidak ada lagi.. mungkin Gemala itu ada hubungan dengan Naga itu. Entahlah.

PYZ pulang Ke China dan di sana tangan yg sembuh menjadi rapuh seperti abu. Dan PYZ menemui ajal di China. Bagaimana dengan Kenah? Dia mendaki gunung untuk melihat kapal yg mungkin suaminya. Tapi tidak kunjung tiba. Sehingga datanglah kembali utusan dari China memberitahu penduduk kampung Suami Kenah sudah tidak bernyawa lagi..mereka mendaki gunung untuk memberitahu duka kepada Kenah..Guys Dalam scene ini Kenah sudah menjadi batu. Penduduk kampung dan mungkin rombongan dari China( kalau tak silap ikut naik gunung) hanya menjumpai Kenah yg sudah menjadi batu..dan menjadi “balu”.

Begitulah tamat kisah Legenda Kinabalu jika mengikut kisah nenek lelaki dan saya gabung dengan animasi..

Kaitannya dengan ugly sister peak..mmmm..wajah puncak kakak buruk ni menghadap laut China Selatan ya Guys..pelik dan kalau anda ada gambar Gunung Kinabalu..rasanya anda boleh nampak gunung bahagian tajam-tajam gunung seperti perempuan sedang berbaring.. susah mau kasi tunjuk oo sini tapi kalau anda perhatikan anda akan nampak dan kasi tanda la dengan pen..bulih nampak oo..search gambar gunung Kinabalu bahagian tengah anda boleh nampak perempuan baring secara 2D sahaja la hihi..

Terima kasih kerana sudi baca, sudi tunggu, sudi komen..yg first komen tu terima kasih sis…

Apapun sebenarnya yg perlu kita tahu ini adalah cerita legenda sahaja. Sebagai seorang Muslim bagi saya setiap yg berlaku semuanya dengan izin Allah. Hanya Allah tempat memohon pertolongan..Sabah ni unik saya bangga as a Sabahan Dan Malaysian. Love u All.

Perkongsian daripada Alif.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Di Ekori Makhluk

Dua Suara Ketika Mendengar Ayat Suci Al-Quran