in

Lagenda Tingkat 13

Apabila disebut angka 13, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan pelbagai cerita mistik dan paranormal yang disampaikan dari mulut ke mulut.Apatah lagi jika menyebut angka 13 pada tingkat sesebuah bangunan, yang kononnya lebih keras dan berisiko ‘diganggu’ berbanding tingkat-tingkat lain.

Dan kerana sebab itulah kita sedia maklum di sesetengah negara, tingkat 13 sengaja ditinggalkan kerana angka malang itu.Sementara di Malaysia jika mengikut pengalaman kita, tingkat ke 13 bangunan pejabat biasanya dijadikan surau.

Adapun begitu, asal-usul budaya ini dan sebab sebenar tidak meletakkan angka 13 ketika proses pemasangan lif sesebuah bangunan tidak kita ketahui.

Bagaimanapun, ada spekulasi menyatakan terdapat satu zaman di mana pereka bangunan risaukan kepercayaan karut masyarakat dengan angka itu, lantas mengambil keputusan tidak meletakkan tingkat 13 pada senarai digital lif.

Perbuatan itu mula menjadi biasa seterusnya mendapat tempat dalam budaya dan rekaan bangunan. Perlakuan itu lama-kelamaan menimbulkan tanda tanya yang kuat sehingga melahirkan pelbagai kisah dan Urban Legend.

Kisah yang paling kerap diceritakan kepada mereka yang bekerja atau tinggal di bangunan yang sepertinya adalah; Pernah ada seorang lelaki yang dikisahkan pergi ke sebuah bangunan tanpa tingkat tiga belas pada hari yang ke 13. Dia lantas menggunakan lif untuk naik ke sebuah tingkat di atas tingkat 12.

Dalam perjalanan untuk sampai ke tingkat 14, lif dengan tiba-tiba menjadi pelik dan berhenti di sebuah tingkat misteri. Apa yang terjadi selepas itu, pintu lif terbuka dan tidak ada apa-apa lagi berita mengenai lelaki tadi. Sesetengah orang mendakwa lelaki itu telah memasuki dimensi lain dan menemui pintu gerbang ke tempat roh-roh jahat tinggal.

Selain kisah tadi, terdapat beberapa khabar angin yang kononnya mempunyai kaitan dengan tingkat 13. Ada juga bangunan yang meletakkan tingkat 13, bagaimanapun, ianya akan dibiarkan kosong atau ditutup kepada orang awam.

Tingkat 13 memang wujud namun hanya boleh diakses dengan menekan butang lif dengan nombor-nombor tertentu yang bertindak sebagai kata laluan.

Tingkat 13 kononnya digunakan pemilik bangunan untuk ritual pemujaan atau perjumpaan Illuminiti. Sesetengah teori konspirasi pula mencadangkan kepada kita bahawa tingkat 13 dalam bangunan-bangunan kerajaan sebenarnya bukan tidak ada, tapi sebaliknya mengandungi rahsia-rahsia teratas dalam sesebuah jabatan kerajaan.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lif Puaka

Permainan Burung Hantu