in

Lagenda Misteri Kinabalu – Part 1

Nota – Ini adalah perkongsian kisah lagenda dari Alif.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudahkah anda berselawat hari ini ? bah kemon selawat. This is actually my first writing in this kind of platform sebelum ni pernah menulis di iium confession tapi tidak pula di publish maybe my story is not a good story hihi.


Aku orang Sabah ging hahaha seorang muslim berbangsa dusun ( tau sikit ja bahasa dusun) dan ada campuran kedayan brunei.

Ok, kita mulakan………………..,

Gunung Kinabalu, ialah gunung yg tertinggi di Malaysia dan asia Tenggara ( kalau tidak silap) banyak cerita dan kisah yang kita dengar dan saya rasa adalah amat baik untuk dikongsikan cerita ini. jika anda taip di wikipedia ada banyak cerita mengenai gunung Kinabalu ini antaranya yg saya jumpa ialah berkenaan gergasi yang tinggal di gunung dan kisah Naga.

Jadi saya ingin berkongsi mengenai kisah Naga di Kinabalu. Cerita ini saya dapat daripada nenek lelaki saya ( mama bapa saya). Dan ada juga kisah yg saya baca di buku dan saya lihat di youtube dan apa yg dapat saya simpulkan ialah cerita ini seperti saling berkaitan.

Versi cerita nenek lelaki saya:
Menurut nenek lelaki saya, pada zaman dahulu, Terdapat pasangan suami isteri dan jika sudah berkahwin ni maka tidak mustahil untuk mereka mendapat anak..kan hihi.. Ceritanya bermula apabila si isteri melahirkan anak dan apa yg mengejutkan selain melahirkan bayi manusia , perempuan itu turut melahirkan seekor ular..kemungkinan ular itu merupakan kembar kepada bayi itu..saya tidak pasti bayi itu lelaki atau perempuan sebab nenek saya pun lupa2 ingat..baiklah…

Walaupun ular itu binatang yg berbisa tetapi tetap juga dipelihara ular berkenaan oleh keluarga itu..apa yg menariknya ular itu tidak pula mengacau orang..apabila bayi itu tidur di buaian ular itu tidur di bawah buaian dan apabila bayi itu menangis ular itu menjengulkan kepalanya..bayi itu semakin besar dan ular itu juga semakin membesar dan semakin tidak sesuai untuk ular itu  tinggal bersama keluarga itu lagi..pada suatu hari, mimpilah bapa ular itu.

Di dalam mimpinya ular itu berkata kepada ayahnya untuk dibuatkan junjung ( rumah ) di tempat yang berhampiran sungai. Si Ayah pun membuat rumah seperti yg diminta oleh ular berkenaan. Setelah beberapa lama, maka si Ayah sekali lagi bermimpi dan di dalam mimpinya ular berkenaan memberitahu kepada ayahnya bahawa dia akan pergi daripada kampung halamannya dan dia berpesan sebelum dia pergi dia akan bekirik (menggoyangkan badan untuk bertukar kulit) dan dia meminta ayanya untuk menyimpan sisiknya itu dan dia juga meminta untuk diberikan sedikit sisik itu kepada kembarnya kalau saya tidak silap ular itu bekirik tiga kali .

Ular itu juga memberitahu jika dia tinggal lama lagi di kampung berkenaan kemungkinan kampung berkenaan akan musnah disebabkan perkelahiannya dengan spesis yg sama sepertinya.

Maka hari yg dinantikan pun tiba. Ular berkenaan sudah bersedia untuk meninggalkan kawasan itu, pemergian ular itu disaksikan oleh keluarganya, apa yg mengejutkan ular itu tidak kelihatan seperti ular lagi tetapi lebih kepada binatang yg kita kenal sebagai NAGA. Pada hari ular itu hendak berpergian angin bertiup kencang dan cuacanya boleh dikatakan tidak cerah..mungkin laut bergelora dan kilat juga sabung menyabung.

Ular itu kemudian bekirik dan kulitnya disimpan si ayah dan juga kembarnya, dikhabarkan kulit/sisik itu menjadi emas..setelah bekirik ular yg besar yang lebih dilihat sebagai naga itu berdiri tegak dan gagah seperti ular senduk di sungai. dia bergerak sedikit dan kemudian dihempas oleh ombak namun tidak tumbang , bergerak lgi sedikit kemudian dihempas ombak lagi buat kali kedua dan kemudian kali ke tiga dihempas ombak maka ular yg seperti naga itu terus berlalu dari situ sehinggalah tidak kelihatan lagi.

Setelah tempoh waktu tertentu, maka sekali lagi si ayah bermimpi. Kali ini dia mendapat perkhabaran bahawa ular itu kini menetap di sebuah gunung iaitu GUNUNG KINABALU dan dia mendapat nama DATUK KEDUNDUNG di sana. Dia berpesan jika terdapat ahli keluarganya atau cucu cicitnya yg berada dalam kesusahan di darat ataupun di laut seru namanya dan dia akan membantu.

And my nenek lelaki says we are the ahli “keluarga” and the “cucu cicit”. Tapi nenek aku berseloroh dia tak akan minta bantuan contoh la kau maybe kesusahan di laut contohnya la.. Nenek aku berseloroh “kau tidak takut ka Naga tiba-tiba datang” HAHAHAHAHHA.

Lagipun sebagai seorang muslim hanya kepada Allah lah tempat kita memohon pertolongan.

End of part 1 dan Terima kasih.

Part 2 akan di sambung..Tq

Lagenda Kinabalu perkongsian Alif

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Diganggu Ketika Menjaga Nenek di Hospital

Polis Marin Diganggu Qarin