in

La Llorona (The Weeping Woman)

Actually aku tak sangka pun lagu la llorona ni sebenarnya ada kaitan dengan sebuah kisah urban legend. Aku tertarik dengan lagu ni selepas menonton cerita kartun Coco bertemakan festival ‘Dia de Muertos’ (day of the dead), hari di mana mereka mempercayai bahawa “gates of heaven” di buka dan roh² akan kembali menziarahi keluarga/rakan² mereka yang masih hidup.

La llorona adalah gelaran yang diberikan kepada seorang wanita yang dipercayai mati kerana mencari anak²nya.

Menurut beberapa versi popular, wanita tersebut bernama Maria, seorang yang cantik rupawan di sebuah pekan kecil. Dia sangat mementingkan kecantikannya sehinggakan dia berkata bahawa dia hanya akan berkahwin dengan lelaki yang paling kacak di dunia.

Akhirnya, dia berkahwin dengan seorang lelaki kacak dan kaya yang bukan dari kawasan penempatannya. Beberapa tahun kemudian mereka mempunyai dua anak. Namun, Maria merasakan bahawa suaminya telah berubah, hanya jarang² kembali ke rumah, suaminya hanya mahu berjumpa anak²nya sahaja tanpa mempedulikan Maria yang cantik itu. Dia juga berkata akan mengahwini wanita yang sama darjat dengannya.

Maria marah dan melepaskan kemarahannya kepada anak²nya. Dia membawa keluar anak²nya ke sebatang sungai. Terserempak dengan suaminya bersama seorang wanita elegen duduk di sebelahnya di atas kereta kuda, ternyata itu bukan gurauan. Suaminya hanya berlalu pergi setelah bercakap dengan anak²nya.

Melihat suaminya bersikap seperti itu, kemarahan dan dendam Maria semakin memuncak. Maria terus mencampak anak²nya ke dalam sungai tersebut. Setelah anak²nya di bawa arus, barulah Maria menyesali perbuatannya lalu mengejar anak²nya menyusuri sungai tersebut. Malangnya, anak²nya sudah lama pergi.

Keesokkan harinya, seorang pengembara memberitahu penduduk bahawa seorang mayat wanita cantik terbaring di kawasan sungai. Penduduk kemudiannya menyemadikan jasad Maria di kawasan tersebut.

Setelah kematian Maria, penduduk kampung mula terdengar suara wanita menangis di kawasan sungai. Itu bukan suara angin, tetapi suara La Llorona menangis. “Mana anak²ku ?” dan mereka melihat seorang wanita berpakaian gaun putih, sepertimana mereka memakaikan Maria pada hari pengebumiannya. Wanita tersebut dilihat berjalan² sekitar kawasan sungai sambil menangis meratapi anak²nya.

Hingga akhirnya, mereka tidak lagi memanggilnya Maria, tetapi menggelarnya La Llorona (perempuan yang menangis). Nama tersebut masih disebut² sehingga kini. Ibu bapa selalunya melarang anak² mereka keluar di waktu gelap, sambil mengatakan la llorona akan menculik mereka dan mereka tidak akan pulang kembali.

Versi lain mengatakan, La Llorona terperangkap di dunia kematian dan dunia kehidupan kerana setelah kematiannya, dia tidak dibenarkan masuk “gates of heaven” dan diminta untuk mencari anak²nya sehingga ditemui. Maka, La Llorna akan menculik kanak² yang menyerupai anak²nya, menangis dan meminta kemaafan, kemudiannya melemaskan mereka ke dalam sungai untuk bersama² dengan mereka kembali.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kuchisake Onna

Mayat