in

Kuchisake Onna

Kisah urban legend ini agak popular juga di Jepun, selain hantu² dalam tandas. Dikatakan kalau korang jalan sorang² di lorong yang gelap dan suram, better kau cari jalan yang tak sunyi takut² terserempak dengan Kuchisake Onna.

Mula² mungkin kau takkan rasa takut bila terserempak dengan seorang gadis yang tiba² muncul disitu. Memiliki paras yang menarik dan memakai surgical mask menutupi mulutnya. Dia akan bertanya “adakah aku cantik ?” Kau akan menjawab ya, kerana dia sememangnya kelihatan cantik. Tetapi sejurus itu, dia akan membuka surgical mask yang dipakai lalu bertanya kembali “macam mana sekarang, adakah aku masih cantik ?” menampakkan wajah yang dipenuhi darah, senyuman dari mulut terkoyak hingga ke pipinya.
Namun, sekiranya kau jawab tak, kau akan dibunuh serta merta selalunya Kuhisake Onna akan menoreh wajah kau sama sepertinya menggunakan gunting panjang.

Sekiranya kau tetap menjawab ya, dia akan membenarkan kau pergi, tapi akan muncul semula di hadapan rumah kau dan membunuh kau di situ.

Kemahsyuran Kuchisake Onna ini tak pernah mati sepanjang zaman sehingga sering menjadi asas pelbagai novel dan manga juga filem² seram.

Sejarah lama kisah ini mengatakan bertahun² dahulu ada seorang wanita cantik sama ada isteri atau gundik dari sorang samurai. Dia dipercayai curang, apabila berita itu diketahui oleh samurai tersebut, dia bertindak menoreh mulut wanita itu from ear to ear, memberikannya senyuman yang begitu mengerikan dan kemudian bertanya “siapa yang akan rasa kau cantik sekarang ?”

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Robert The Doll

La Llorona (The Weeping Woman)