in

Kuburan Di Kampung Bundu Tuhan

Terdapat banyak jenis kuburan yang saya pernah pergi untuk melawat. Namun ada salah satu kawasan kuburan yang saya tidak suka pergi lawat iaitu kuburan yang terletak di kampung Bundu Tuhan. Masa tu, saya masih kecil. Tidak ingat umur saya berapa pada masa tu. Tapi saya ingat yang itu adalah kali pertama saya lawat kuburan di sana (Kampung Bundu Tuhan) kerana salah satu ahli keluarga saya meninggal. Ketika mereka kubur si mati lalu mulakan sembahyang, saya mula merayau-rayau di kawasan kuburan di situ. Saya juga perasan masa tu saya terpijak satu kuburan yang tiada batu nisan. Cuma semen sahaja dengan nama ditulis. Ibu saya kata itu adalah kuburan bayi yang sudah mati ketika dilahirkan. 

Saya pun berasa teruja lalu merayau-rayau, melangkah dan mengira setiap kuburan bayi yang ada di sana tanpa berfikiran panjang. Sampailah saya di hujung kawasan kuburan itu. Lalu dengan suara lantang, saya berkata “Wah! Banyaknya bayi mati di sini!” (Maklumlah, budak mana tau). Selepas itu, kami balik ke rumah di Kota Kinabalu kerana keesokkan hari tu saya pergi sekolah. Malam itu, ketika saya tidur, saya terbangun dengan tiba-tiba lalu bergegas keluar dari bilik dan pergi ke tandas. Di sana, saya tidak berhenti muntah-muntah sehingga ibu bapa saya terbangun. Mereka ingat saya keracunan makanan tetapi mereka juga ingat yang kami semua makan makanan yang sama. Kalau saya keracunan makanan, mereka pun pasti kena.

Kemudian, ibu saya teringat akan perbuatan saya yang tidak sopan di kawasan kuburan siang tadi. Dia bergegas mengambil Holy Water lalu membacakan doa sambil meletakkan air suci itu di dahi saya. Tidak lama lepas tu, saya berhenti muntah-muntah dan mula menangis teresak-esak. Ibu saya kata yang perbuatan saya yang tidak sopan itu membuatkan saya keteguran oleh roh-roh yang beristirehat di sana. Lalu berkata untuk tidak berbuat perbuatan itu lagi di mana-mana kawasan kuburan. Sejak hari itu, saya berasa trauma dan tidak suka pergi di kawasan kuburan di sana…meskipun ketika waktu ulang tahun kematian seseorang di situ. Sebab saya dapat rasakan bahawa kawasan itu tidak bersih dari segi rohani.

Ada satu masa ketika saya sudah remaja, kami pergi di sana untuk sembahyang di kuburan uncle atau aunty saya yang meninggal di sana. Kami tidak jumpa kuburan mereka kerana tempat itu seperti tidak dijaga dan batu nisan sudah hilang atau terbiar buruk di sana. Malam tu ketika saya makan di kedai makan dengan keluarga saya, saya berasa sakit perut dan mula cirit-birit di tandas kedai itu. Ibu saya ingat lagi apa yang pernah berlaku pada saya sewaktu masih kecil, telah berlaku lagi pada masa tu. Pisang berbuah dua kali. Ibu saya berdoa di sana sekali lagi lalu sakit perut saya hilang dan selera makan saya kembali. Itu ada kali terakhir saya pergi di kuburan di Kampung Bundu Tuhan.

Saya pernah tanya ayah saya kenapa kuburan di situ tempatnya ‘keras’ dan ‘tidak bersih’. (Ayah saya pernah tinggal dan membesar di kampung itu sebelum dia berpindah ke Ranau). Dia berkata bahawa dulu banyak orang kampung sana sering membunuh diri dengan cara minum racun rumput atau gantung diri atas sebab rasa kecewa atau tidak berpuas hati akan sesuatu atau seseorang. Sehingga ke hari ini, perbuatan itu masih ada yang dilakukan oleh orang kampung di situ. Oleh sebab itu, roh mereka tidak dapat rehat dengan tenteram. Banyak orang kampung di sana memberitahu akan pernampakan hantu di situ. Sehingga ke hari ini, umur saya suda mencecah 20+, saya tidak mahu lawat kawasan kuburan di sana lagi dan untuk selama-lamanya.

Perkongsian daripada Ann Sharon.

What do you think?

Written by Ann Sharon

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

6:30am

Pengalaman Cuti Semester