in

Kuba

Kisah ini terjadi tahun ni. Baru je lagi dalam 2,3 bulan gitu la. Ayah aku ada lah ternak kuba (kerbau). Tapi kuba ni ayah aku tak letok kat rumah. Ayah aku ada lah tanoh sebidang dalam rok (hutan) gitu. Tapi nak masuk rok ni kene lalu jalan hutan gitu ar sikit. Tapi jalan ni ada orang wak jalan dah ar. Kuba ni ye wehi makan malam. Dalam kandang ye owr kene wak tepat bako kayu gitu lake owr. Pastu setiap malam kene gi ar kat kuba ni nak letok makanan dengan tengok api tu nyale x lagi. Pastu jadi la kisoh ni. Aku intro sikit. Aku ado abang 3 orang jadi aku panggil abang 1, abang 2, abang 3. Aku ada adik laki 3 org, jadi aku letok adik 1 , adik 2, adik 3. Pade malam tu abang 1 nge adik 2 gi lah mase malam kat tu. Kat kandang tu ada bukit gitu ar. Pastu tengah-tengah wak keje lake. Adik 2 aku ni jenih wehi suluh lapu. Adik 2 ni suluh la atah bukit tu. Bile suluh ye tengok pokok tu goyang. Ye tengok pokok lain x goyang pon. Mule-mule ye ingat beruang. Biase ar kampung kite ni memang ada beruang. Adik 2 pon kabo ke abang 1. Abang 1 suluh ar. Bile suluh pokok tu bereti. Pastu ye pon suluh lame gitu. Kluo la 2 bijik mate. Mule-mule kecik je mate tu. Bile suluh lame-lame kho beso. Abang 1 nge adik 2 ni wak bodo je la. Pastu balik. Hari lain lok. Abang 1, adik 2 nge mok gi sane. Pastu adik 2 ni duk la luo kandang kuba tu. Mase tu adik 2 pegang parang belakang adik 2. Pastu adik 2 ning rase parang tu naik atah pale adik 2. Adik 2 pusing la. Tengok tadok parang tu tangan adik 2. Tengok parang tu ada depan adik 2. Adik 2 aku ni mule-mule penakut gile. Bile kene byok kli dah kat kandang ni. Ye jadi berani gile. Pastu mase nak balik tu naik jip. Ado pago. Pago ni manual gile. Faham la kang. Pastu mase jip nak kluo tu kene la buke pago. Jadi mok pun buke la pago tu. Tapi pago tu susoh nak buke. Mok pon ajok la adik 2 ni tolong. Tiberr mok rase x sedap hati. Mok pon wak-wak la ckp lake ni. Pastu jip lalu dari pago tu kene la tutup bilik pago tu semua. Bile tutup tu. Mok pon nampok la kat pago tu rambut panjang tutup semua muke. Baju putih semua. Bile mok tengok kaki. Kaki takde weh. Awak mu rase? Mok wak senyap masuk jip. Sampai rumah baru la mak cite ke semua. Ayah pon mase tu nak makan malam. Mak pon hidang la. Tengah-tengah mok siap makanan tu ayah kite maroh mok kite. Mak kite kejut la. Ayah maroh sampai la cakap mu ak ( kaso dh ni). Ayah pon cakap ke mok suruh buang hantu kat badan. Mok pon tanye gane nak wak. Ayah kabo la gi mandi bace la ayat nape ii pom. Ayah kite ni ye cepat sangat kesan bende pelek dalam family.

Pastu pon aku ni jenih acah berani. Nak rase jugak. Aku pon try la pegi malam tu. Aku, mak, ayah dengan adik 1 ni pegi. Seram tu seram tapi aku takde lah kene kacau semua tu. Malam lain pulak abang 3.

Ni pegi la. Dalam kandang kuba tu ada pokok. Ade lembage hitam atas pokok. Abang 3 ni buat bodoh je la semua tu. Pastu tak larat dah tiap-tiap hari kene mesin rumput byak untuk kuba ni. Ayah nak try la lepas kuba tu. Lepas la. Tapi kuba ni waktu maghrib tak balik lagi kandang dia. Pergi la cari semua kuba tu. Rupenye kuba tu tersangkut dalam satu kandang lain. Mase tu ayah, abang 3 still duduk dalam hutan cari kuba tu. Aku semua ni ingat takde pape, duk je la rumah. Kebetulan abang 1 ni takde kat rumah. Pastu ayah pulak tinggal fone. Dah maghrib lebih ayah tak balik lagi. Mak dah risau ni semua. Tiberr nom abang 3 naik cakap yang ada dalam hutan dekat kuba semua ni. Pastu ayah cakap la. Datang dengan adik.

Adik 1 tu pegi dengan moto masuk kat dalam hutan. Ayah cakap dia tunggu kat tepi pago tu. Aku dengan adik 2 pegi dengan jip satu lagi. Bile pegi tu tiberr ayah aku maroh kat adik 1 aku tu. Ayah suruh bawok cutter sebab nak potong dawai pago tu bia kuba bleh lalu. Ayah cakap dia dah bagitau kang dalam tepun tadi. Aku panas hati lah jugak. Sampai kene sembur maroh semua. Aku cakap la mane ada. Ayah suruh datang amek ayah je semua ni. Adik 2 pon cakap. Mane ada ayah cakap semua ni. Ayah suruh la balik semule amek cutter. Nak pegi semula tepat tadi tu aku bawok fone takot la jadi ape-ape kang. Aku suruh adik 2 tu bawok jip. Aku duduk kat sebelah dia tu gatai tangan sangat pegi la rakam masuk hutan tu. Lalu pago tu semua. Bile siap kerje tu semua. Balik la rumah. Aku ni jenih suke ikut firasat. Vdeo aku rakam tadi teruh aku post kat status wasap. Aku rase nak buke balik video tu. Bile buke. Makk aii ade lembage yang same dengan mak aku jupe dekat pago tu wey. Aku pon tunjuk la kat family aku. Adik 1 aku cakap. Sebenarnye mase semua orang sibuk gaduh tadi. Adik 1 ni senyap sebab nampak lembage tu terbang wehh. Kau rase?? Sejak hari tu. Ayah aku dah tak bagi pegi wak malam kat situ. Sebab keras sangat.
Sekian🙌

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tak Ada Orang Ketuk?

Kisah Seram Malam Raya