in ,

Koridor Hostel Berhantu

Hi semua nama aku jo, Biasalah kalau duduk hostel ni, ada ja cerita yang disampaikan dari senior kepada junior, macam macam cerita lagenda, contohnya kisah lagenda kakak melati di uitm sabah. Memang cerita cerita macam tu turun temurun. Hostel di tempat aku belajar ni pun boleh tahan seram juga cerita dia, kalau tempat kami ni kisah tentang satu laluan koridor. Laluan yang terletak di tingkat atas sekali,

Cuba goers bayangkan, bangunan hostel kami ni memanjang, ada 5 tingkat semuanya, dalam satu tingkat tu ada dalam 10 bilik kanan dan kiri, 5 kanan 5 kiri, dan bilik ini dipisahkan oleh satu laluan koridor. Jadi berbalik kepada koridor berhantu tadi tu,memang aku boleh cakap di sana tu memang selalu kosong sebab bilik di tingkat atas tu bukan bilik bilik pelajar tapi bilik untuk menyimpan peralatan peralatan sukan. Adalah dalam 5 bilik yang digunakan untuk menyimpan peralatan dan aku boleh kata 5 lagi bilik kosong.

Kosong kenapa? kosong sebab setiap student yang ditempatkan di sana mesti akan keluar dari bilik tu sehari selepas tinggal di sana. Ada yang sampai trauma tak mahu duduk hostel langsung.

Ada satu hari tu, waktu tu senja, aku ni balik ke hostel awal sikit dari kawan kawan aku, aku rasa tak sedap badan, diorang lepas kelas habis jam 3 petang tadi dah berhua huha keluar pegi mall, tengok wayang la dating la, diorang ajak aku tapi aku tak rasa nak ikut, aku nak balik ke hostel secepat yang mungkin dan berehat.

Untuk pengetahuan semua, bilik aku terletak di tingkat 4, di bawah tingkat 5 korridor berhantu tu. Walaupun selama ni kami dengar dengar cerita ja dari senior tapi aku tak pernah la pula nak naik ke atas. Tiada hasil aku naik jon.

Aku sampai ke bilik dan aku tengok, roommate aku seorang pun taka da. Aku letak  beg di atas meja, naik ke kati ldan tidur…

Dalam pukul 630 petang macam tu aku terbangun. Aku terdenar ada orang panggil nama aku.

“Jo! Jo! JO!”

Aku terdengar dan aku bukak mata aku pelan2….awal2 tu aku tak kisah sangat, manala tahu mimpi kan, aku panas hati juga la sebab masatu aku termimpi classmate aku yang aku suka di kelas, kononnya tgh jalan2 di mall tengok2 patung…tapi terbangun pula aku sebab ada orang panggil….

“Jo! Jo! Jo!”

“Jahanam betul la kacau akum impi tengah bahagian ni!” rungut aku sambil2 aku bangun dari katil. Aku gosok mata dan aku terfikir, aduh siapa pula main bisik2 ni? Aku berdiri, bukak pintu bilik dan jenguk ke luar koridor, aku tengok kanan tengok kiri taka da orang. Aku masatu yang separuh sedar aku naik ke katil dan sambung tidur semula, mungkin tu imiginasi aku rasanya. Tak apa aku cuba sambung mimpi aku tengah Bahagia tadi….

Dalam beebrapa minit aku cuba melelapkan mata, konon2 nak sambung mimpi tadi, aduh siallah kacau betul kata aku dalam hati, tadi tu sikit lagi mau pegang tangan, tebangun pula, tak apa pegang tangan dalam mimpi kurang sikit haramtu! HAHAHAHAH! Sempat lagi aku fikir macam tu….

Aku terdengar lagi.

“Jo! Jo! Jo!”

Alamak, ini dah kali ketiga, confirm ni ada orang panggil aku, tapi aku fikir logic, siapa pula yang macam sial ni? Serius aku sakit hati ni sekarang. Hampir2 kawin tadi geng! Setan betul!

Lepastu aku terfikir, eh siapa la yang kacau kacau aku, ini bukan orang ni, jadi aku teruskan tidur. Malam tu, memang malam yang malang bagi aku. Malam tu aku terdengar macam macam, dari aku agak dari pukul 10 sampai pukul 2 pagi, aku terdengar suara perempuang mengilai, suara panggil2 aku, suara tapak kai, eh tapak kai manada suara, bunyi tapak kaki, bunyi orang ketuk pintu. Tapi yang paling aku tak boleh tahan.

Aku Terdengar bunyi rentak lagu jawa, Masani aku tgh baring di katil dengan mata aku tertutup. Bunyi lagu jawa tu semakin lama semakin dekat dengan aku dan lama kelamaan aku yakin lag utu datang dari dalam bilik aku. Aduhhaaaaaaiiii bosss! Janganla kacau aku ni sakit kata aku dalam hati. Tapi aku buat2 tidur ja, acah2 tak dengar konon. Aduh mana kawan2 aku ni tak balik2 lagi ka? Kata aku.

Tiba tiba aku terdengar suara perempuan bercakap

“Jo! Ini bukan katil kau jo!”

Hah! Apa pula ni bukan katil aku? Aku dah dua semester di sini, Jo Was Here pun sudah aku ukir di katil ni. Apa perempuan ni cakap? Eh Jangan2 aku di hostel perempuan? Tak mungkin lah! Aku masih lagi tgh baring n tutup mata.

Suara tu berbunyi lagi

“Jo! Ini katil kami jo! Katil kau di tingkat bawah!”

Aku dengar ja perempuan tu cakap macam tu aku terkejut dan aku bukak mata aku! Alangkah tekejutnya aku bila aku Nampak beberapa orang wanita siap lengkap berpakaian traditional jawa bersila di depan aku. Diorang tengok aku dengan muka yang garang. Aku tengok sekeliling ini bukan bilik aku, bilik ni berusang, gelap, katil pun berhabuk.

Sekarang baru aku sedar, sebab telampau penat tadi aku ternaik ke tingkat 5 dan bukannya tingkat 4 dimana bilik aku berada. Lepastu ada satu suara yang bergema keluar dari koridor di luar bilik tu,

“Keluar! Keluar!”

Aku apa lagi, aku ambil langkah seribu dan turun ke tingkat bawah. Masatu pukul 2 pagi tu! Aku masuk bilik aku tengok roomate2 aku tgh sedap tidur. Aku naik ke katil sebenar aku Tarik selimut dan tidur. Tidur tak juga tidur, aku berjaga sampai ke pagi sebab trauma kan.

Keesokan paginya aku terbangun, aku bersiap ke kelas dan aku perasan beg dan buku2 aku di masih di atas. Aku pun malas naik ke atas dan biarlah buku2 tu di sana. Mana la tahu hantu2 di atas tu nak belajar juga. Oh dan untuk pengetahuan semua semester tu jugala aku repeat, sebab buku aku di tingkat 5! Anjir betul….

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengalaman Seorang Jururawat

Rumah Puaka Azlan