in

Kondo Istana Pulau Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada saya. Sebelum saya bercerita, ingin aku memberitahu bahawa kisah ini benar-benar terjadi kepada diri aku sendiri. Kisah ini terjadi pada hujung tahun 2017 dan masa tu aku berumur 17 tahun. Pendek kata berlaku ketika cuti sekolah hujung tahun. Kisah ini bermula apabila aku serta 9 org kwn aku yg lain merancang ingin bercuti ke Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam. Lebih kurang seminggu sebelum kami bertolak, kami sudah menguruskan tntang penginapan, tempat pelancongan dan aktiviti yang kami akan lakukan di sana. Dan tibalah harinya kami bertolak ke sana. Setelah tiba di Pulau Langkawi, aku dan kwn2 aku yg lain bersetuju ingin bergegas ke tempat penginapan kami utk check in. Ye laa takkan kami nak pergi ke tempat pelancongan dgn membawa bagasi kami pula. Salah seorang kwn aku telah menguruskan hal penginapan ni, nama dia Fahmi. Si Fahmi ni kata dia memilih tmpat penginapan yg kos rendah saja sbb mahu jimat dan tempat penginapan kami merupakan sebuah kondo.

Dengan bantuan Google Maps dan beberapa org tempatan di sana, kami pon tiba lah di kondo yg diperkatakan tadi. Dari luar sudah nampak perkataan ‘Kondo Istana’ yang tertera pada bangunan tersebut. Tapi first impression aku tentang kondo ni, nampak mcm bangunan lama sbb terdapat lumut2 dan kerak2 di bahagian dinding kondo tu. Tapi aku cuba lawan perasaan tidak sedap hati tu, aku berbisik kecil sendirian, “Ah lantaklah, janji ade tmpat tinggal lagipon bkn sng utk dpt harga yang murah dekat sini…”. Namun tidak berhenti di situ, setelah kami semua msuk ke ruangan lobi, kami melihat tiada kaunter pertanyaan. Yang ada cuma lah tangga dan kolam renang di tengah2 dan lorong untuk ke lif di kiri dan kanan. Si Fahmi mendapatkan kunci bilik di pondok pengawal sahaja. Walaupon perasaan pelik menyelubungi kami semua namun kami tak endahkan krn tidak mahu perasaan ini mengganggu percutian kami. Lalu kami membahagikan kepada dua kumpulan dan satu kumpulan terdapat lima org utk satu bilik.

Tanpa berlengah lagi kami menuju ke bilik masing2. Sekali lagi aku merasakan ada yg tak kna bila aku tgk kawasan sekeliling ni kosong mcm takde pon pekerja yg bekerja di situ. Bukan itu sahaja penginap yang lain pon kami tak nampak seperti kami sahaja yg menginap di situ. Kumpulan aku dapat bilik di tingkat 6. Ruangan di dalam bilik agak selesa. Terdapat tiga bilik tidur dan dua bilik air. Pemandangan pon cantik dari tingkat atas. Setelah mengemas brg masing2, kami pon turun semula dan meneruskan aktiviti pelancongan kami. Setelah penat bersuka ria selama berjam2, kami pon mengambil keputusan utk kembali semula ke kondo. Hari pon sudah mahu senja. Kami merancang ingin meneruskan aktiviti kami selepas selesai solat maghrib. Ketika dalam perjalanan menuju ke lif. Aku sudah rasa lain macam. Rasa macam ada sesuatu yg mengekori kami. Ketika berada dlm lif, kami merasakan lif ni lain mcm. Mcm berat dan lambat utk smpai ke tingkat atas. Pada saat inilah saat yang mendebarkan berlaku, secara tiba2 lampu lif terpadam dan lif gagal berfungsi. Kami yang masih lagi berada dalam lif mmg sudah cemas ditambah pula dgn keadaan yg gelap mmg agak menyeramkan. Namun begitu, aku dan kwn2 aku cuba mengawal keadaan walaupon masing2 tgh takut. Alhamdulillah selepas 5 minit tersadai, lif kembali berfungsi dan bergerak seperti biasa. Kami pon rsa lega sikit berbanding tdi dan menuju ke bilik masing2.

Namun tidak berhenti di situ, sampai je dlm bilik, kami sgt terkejut apabila melihat brg2 kami bertaburan di atas lantai. Kami hairan sbb sebelum keluar tdi kami mmg sudah tutup semua cermin dan tingkap yang ada, takkan laa monyet pula. Hati aku makin kuat mngatakan ada yg tak kena. Kwn2 aku juga begitu tpi masing2 tidak berani membuka mulut. Kami ambil brg masing2 dan susun semula di tempatnya. Selesai solat mandi dan solat maghrib, seperti yang dirancang kami bergegas turun untuk ke kedai mkn dan meneruskan aktiviti kami. Tetapi setelah sampai di lobi, salah seorang kwn aku, Haziq berkata yg dia tertinggal telefon bimbitnya di bilik. Oleh kerana aku yg memegang kunci bilik, dia meminta kunci daripada aku dan mengajak Farhan iaitu salah seorang rakan sebilik kami utk menemani dia mengambil telefon bimbitnya. Namun tidak sampai beberapa detik, mereka kembali semula kepada kami. Aku bertanya kepada mereka berdua, “Eh kejapnye, dah amik ke belum fon kau?”, Haziq menjawab dgn muka yang pucat, “takpelah Farid, tak payah lah…”, manakala Farhan pula mendiamkan diri saja. Farhan ni mmg ni mmg pendiam sikit tapi aku mmg dpt rasa ada bnda yg tidak kena. Tapi aku pilih untuk tidak bertanya walaupun rasa ingin tahu tu kuat bagi tidak mengucar kacirkan keadaan. Jam sudah menunjukkan pkul 11 malam, kami pon sudah letih dan mahu pulang berehat. Ketika masuk dlm bilik perkara yg sama berulang lagi. Brg kami bertaburan di atas lantai dan kali ni paip air di dalam tandas pon turut kedengaran. Muncul 1001 tnda tnya kepada kami semua dan masing2 keliru dgn apa yang sdg berlaku.

Tanpa berfikir lagi kami terus mengemas smula brg2 yg berterabur tersebut. Jam menunjukkan pkul 1 dan kami semua sudah berada di bilik masing2 dan bersedia utk tidur kecuali Farhan. Farhan ni alim sikit setiap mlm sebelum tidur dia akan membaca surah Al-Mulk. Jadi tinggal dia je kat ruang tamu meneruskan bacaan Al-Mulk. Kami semua dah masuk bilik. Tiba2 sdg aku membelek telefon sambil baring di katil, Farhan terjah masuk bilik aku dgn riak muka cemas. Aku pon bertanya laa kenapa lalu dia menjawab, “weyh kau tahu tak tdi masa aku baca Al-Mulk, paip kt sinki tu trbkk sendiri…”. Aku dlm hati berkat biar betul mamat ni. Bagi mendapatkan kepastian aku pon keluar dri bilik bersama Farhan utk melihat sendiri perkara tersebut. Yaa mmg betul. Aku melihat air mengalir laju je dri paip sinki tu sdgkan tiada sapa pon bkk. Aku pon trus tutup paip tu dan kembali ke bilik aku. Tidak berhenti di situ, kali ni giliran aku diganggu. Sedang aku tidur nyenyak, sekitar pkul 3 pgi ada seseorang mengetuk bilik aku dari luar. Mula2 aku igt aku bermimpi tpi tidak, bunyi itu semakin lama semakin kuat. Dan tidak lama selepas itu ia berhenti dgn sendiri. Tiba2 pintu bilik aku dibuka dari luar. Jantung aku mmg sudah berdebar2 gila. Aku merasakan ada sosok tubuh yg berjalan menghampiri aku. Bau busuk memenuhi ruangan bilik aku. Aku tidak tahu apa yang perlu aku buat yg aku tahu aku hanya diam dan membaca ayat2 suci Al-Quran.

Mujurlah masa tu aku selimut seluruh tubuh badan smpai kepala. Aku baca ayat2 pendinding smpai lah aku tertidur. Aku pon tak sedar bila aku tertidur. Pagi tu kwn aku kejutkan aku bngun solat subuh. Yaa tubuh aku panas, aku demam dan aku tahu puncanya sbb apa aku demam. Aku rasa sudah tidak tahan lagi tinggal di kondo ni lama2. Bagi aku sebelum apa2 yg lebih buruk terjadi, aku mengambil keputusan mengajak kwn2 aku utk keluar dari situ dan batalkan terlebih dahulu pelancongan ni memandangkan aku pon tidak sihat. Setelah mendengar cerita dan penjelasan masing2 terus bersetuju utk pulang. Kami mengemaskan semua brg2 kami dan bersiap sedia utk keluar. Kami hanya meninggalkan kunci di pondok pengawal begitu sahaja dan bergegas pulang ke rumah masing2. Beberapa bulan selepas itu ketika kami berada di tingkatan 5, aku mula memberanikan diri bertanya kepada si Haziq dan Farhan tetang perkara sebenar yang terjadi kepada mereka tentang kenapa mereka tidak pergi mengambil telefon bimbit yang tertinggal di bilik pada mlm tersebut. Ketika ini baru lah mereka berani menceritakan hal sebenar. Mereka berdua menceritakan ketika mereka dalam perjalanan menuju ke lif, mereka ternampak sosok tubuh berjubah hitam, apa yang lebuh menyeramkan ‘benda’ tu memegang sebilah sabit dan mengacukan ke arah mereka. Di sbbkan perkara itu, mereka membuat keputusan utk berpatah balik sahaja kerana takut perkara buruk yang berlaku.

Bukan itu sahaja, rupanya semua kwn2 aku yg lain turut diganggu seperti mendengar bisikan, bunyi ketukan pada pintu, bunyi cakaran dan lain2. Sbb itu mereka setuju shj bila aku mencadangkan utk pulang serta merta tempoh hari. Aku nekad untuk tidak lagi kembali ke kondo tersebut. Kepada yang ingin pergi melancong ke mana2 pastikan anda selidik terlebih dahulu latar belakang tempat penginapan anda. Mungkin kos yg dikenakan itu murah disebabkan kejadian2 yang menyeramkan seperti ini sering berlaku. Dan utk pengetahuan anda semua, kami telah mengkaji dan menyelidik latar belakang dan sejarah tebtang Kondo Istana ini. Yaa mmg trdapat beberapa kes dan kejadian yg lebih kurang sama menimpa mereka dan juga kami. Harap kisah ini dapat memberi pengajaran dan mengisi masa anda semua yang terluang. Sekian daripada saya, Assalamualaikum.

Perkongsian daripada Farid.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dorm Asrama

Cluster 8