in

Kompilasi Kisah Seram (PART 4)

I saved the last for the best. Cerita yang akhir ni pada I memang yang paling seram sebab I nampak sendiri benda tu. Malam tu malam Jumaat, semua ada dekat rumah and tengah study untuk final exam. I pun study sama dengan yang lain dekat ruang tamu. Tapi I dapat call from my dad and I taknak masuk bilik so I decided untuk duduk dekat balkoni. As I mention, belakang rumah kitaorang menghadap hutan. Masa I tengah cakap dengan my dad, tiba-tiba ada satu angin yang kuat and bau wangi yang kuat. Mula-mula tu I buat tak tau je, malas nak layan, tapi entah kenapa mata I ni macam di panggil-panggil untuk tengok depan and apa yang I nampak selang beberapa batang pokok dari rumah kitaorang is satu lembaga tengah berdiri atas dahan pokok. Lembaga tu berbaju putih yang agak lusuh and koyak-koyak, and berambut yang sangat panjang. Tapi masa tu I tak sure sama ada dia tengah pandang I atau pun tak. Masa tu I dah tak dengar dah apa yang ayah I tengah cakap masa tu. Mata I memang tak beralih dari pandang benda tu and tiba-tiba daripada pokok tu dia terbang ke arah I. I menjerit and I terus lari masuk dalam rumah. I jerit suruh tutup pintu sliding door tu, housemate I semua pelik tapi diorang tutup jugak and bila dia tutup je pintu tu, pintu tu seolah-olah di ketuk and digegarkan oleh benda tu. At the same time, sekali lagi pintu bilik I tertutup kuat but bukan tu je pintu bilik lagi dua pun sama and almari-almari yang kitaorang susun dekat ruang tamu diketuk oleh something yang kitaorang tak nampak daripada yang paling hujung ke paling depan. Kitaorang semua menjerit and terus lari keluar rumah. Masa tu memang tak fikir pasal tudung ke apa dah yang penting keluar je. Kitaorang berlari pergi dekat guard and bagi tau apa yang jadi. Guard terus panggil ustaz dan malam tu kitaorang tak duduk rumah tu dan esoknya kitaorang pun dipindahkan ke rumah lain.


So itu jelah cerita daripada I. As I said, cerita I tak adalah seram macam cerita orang lain tapi pada I agak seram jugaklah. Sekian. Harap korang enjoy!

Perkongsian Daripada Rose.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kompilasi Kisah Seram (PART 3)

Misteri Sekolah Baru