in

Kompilasi Kisah Seram (PART 3)

Okay, cerita ketiga, masih di Negeri Sembilan and in the same house. Malam tu I sorang dekat rumah. Housemate I ada yang pergi kelas malam and ada yang keluar makan. Yang keluar makan ada je ajak I sekali tapi I taknak sebab I rasa tak sedap badan malam tu. Masa tu I tengah kemas almari I sebab I rasa berselerak. Sambil kemas I bukaklah lagu dekat Spotify. I bukak playlist fave song I. Tengah-tengah dengar lagu tu, tiba-tiba lagu stop and satu lagu yang I tak pernah dengar, tak pernah add to my playlist pun, berbunyi. Lagu ‘Menanti Kekasih’. Terus I terdiam. Terus I amik phone I and I tekan stop. Tapi masa I tekan stop tu, apa yang I nampak bukan lagu tu yang tengah play. Lagu one of the songs yang ada dalam playlist I yang tengah play. At that time, I dah rasa semacam. I bangun and I keluar duduk dekat ruang tamu. Masa I dekat ruang tamu tu, tiba-tiba telinga I ni dengar lagu Ulek Mayang pulak. Mula-mula bunyi tu dekat tapi makin lama makin jauh. Bukan tu je, I siap dengar bunyi loceng kaki orang betul-betul dekat belakang I. Masa tu I tak fikir apa, I terus amik tuala kawan I yang tergantung dekat almari dia, I terus lari turun bawah. Masa dekat bawah I nampak housemate I yang lain baru balik dari kelas. I terus pergi dekat diorang and bagi tau apa yang jadi. Malam tu, I tak tidur dekat rumah I, I tumpang rumah classmate I.

Perkongsian Daripada Rose.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kompilasi Kisah Seram (PART 2)

Kompilasi Kisah Seram (PART 4)