in

Kompilasi Kisah Seram (PART 2)

Okay, second story, masih on my diploma years. Tapi kali ni dekat college lain and dekat Negeri Sembilan. I lupa nak mention, I percaya benda-benda mistik ni in fact I sangat-sangat suka dengar cerita or baca or tengok cerita hantu. I tak tau kenapa. So, masa dekat Negeri Sembilan ni pun sama dekat asrama. Asrama kitaorang ni dia rumah flat yang dengar ceritalah dah lama kena tinggal and pernah nak dirobohkan tapi tiap kali nak di roboh ada je something happen. Tapi I tak tau kenapa college I tu jadikan flat tu as asrama student perempuan. Tak silap I flat tu dalam satu kawasan berpagar dan dalam tu ada dalam 6 buah flat 5 tingkat. Rumah I yang paling hujung. Sebelah kiri rumah kitaorang hutan, belakang rumah kitaorang pun hutan jugak. Masa I masuk tu I adalah dengar housemate I cerita ada satu rumah ni dekat blok sebelah selalu kena histeria. Dia cakap budak tu keturunan dia ada saka or something lah. I masa dengar tu macam tak percaya sangat tapi yelah what do I know kan? Ada satu malam tu, I was on the phone dengan kawan I dekat dalam bilik I. Masa tu I sorang je dalam bilik yang lain semua dekat ruang tamu tengah bergosip. Tak silap I masa tu dalam pukul 12 malam. I jenis memang akan duduk dalam bilik je I jarang bercampur dengan yang lain. So I was on the phone dengan kawan I and I barang menghadap dinding. Oh by the way, katil kitaorang double decker and kitaorang susun jadi bentuk L. I duduk katil bawah. So masa I tengah berbual dengan kawan I, tiba-tiba I rasa katil I tu bergoyang macam ada orang naik. Biasalah kalau katil double deck ni kan kalau orang gerak sikit pun kita rasa. Masa tu I memang fikir kawan I dah naik atas katil. I buat tak tahu jelah mula-mula. Lepas tu I jenis suka cucuk tilam orang atas, I tak tau kenapa. So I pun cucuklah tilam atas I tu banyak kali and sumpah I rasa tilam tu berat seolah ada orang duduk. So memang lagi menguatkan andaian I lah yang memang kawan I dah naik. Masa tengah cakap-cakap tu I tiba-tiba rasa nak pergi toilet, so I pun pergilah. Toilet kitaorang ada dalam bilik tu jugak so tak perlu pun untuk keluar bilik. Lepas tu bila I keluar bilik air tu, dengan hanya berlampukan lampu bilik air je, dekat atas katil kawan I tu yang I ingatkan ada kawan I sebenarnya tak ada orang pun. Masa tu bulu roma I dah meremang. Tapi I diam je I baring balik dekat katil and sambung cakap dengan kawan I tapi kawan I cakap dalam bilik I tu bunyi bising macam ramai je yang tengah bercakap. I terus bangun, I lari keluar. Housemate I semua peliklah nampak I belari keluar bilik tapi diorang punya pelik tu macam pelik sangat. I tanya kenapa, and roommate I, Tiha, dia cakap “Bukan kau keluar ke tadi?” lepas tu I pandang dia pelik. I cakaplah “Mana ada aku dari tadi dalam bilik tu on call” lepas tu diorang semua berpandangan satu sama lain. And tiba-tiba pintu bilik kitaorang tu tertutup kuat seolah macam ada angin tolak padahal malam tu memang panas gila. Tak ada angin pun. Malam tu, ramai-ramailah tidur dekat ruang tamu.

Perkongsian Daripada Rose.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kompilasi Kisah Seram (PART 1)

Kompilasi Kisah Seram (PART 3)