in

Kompilasi Kisah Seram (PART 1)

Hi. Hari ni I nak share a compilation of my kisah seram. Although my stories maybe taklah seseram orang lain punya. Tapi for me yang tak pernah nampak benda-benda ni and tak pernah kena, agak seram. So here we go.

Semua kisah I ni bila I start masuk kolej for my diploma. Sepanjang I hidup, I tak pernah masuk asrama. So masa diploma is the first time I masuk asrama and duduk jauh dari family. I belajar mula-mula dekat Melaka. Masa I belajar dekat Melaka, my first week tu kiranya macam orientation week, on this one weekend kitaorang semua kena pergi hiking dekat satu bukit dekat area Melaka. I tak ingat apa nama bukit tu. On the day pergi hiking tu semua okay je tak ada apa jadi pun. Tapi keesokkan harinya bila i bangun dari tidur, I noticed kaki I especially dekat peha I ada satu lebam yang agak besar. Kulit I putih so bila ada lebam tu memang noticeable gila lah. I macam pelik sebab seingat I semalam tak ada langgar apa-apa pun. Tapi I tak fikir banyaklah masa tu. I teruskan kehidupan macam biasa. Tapi esoknya bangun tidur ada lebam baru pulak. Kali ni dekat betis kiri I pulak. Pun sama besar. Makin hari makin banyak lebam-lebam yang ada dekat badan I. At that time macam I ni kena pukul dengan orang. I bagitau my parents pasal ni tapi both of them cuma cakap maybe I ada terlanggar apa-apa tapi I je tak perasan. I pun okay jelah. For the whole week, memang badan I banyak lebam. I pun tak tau nak buat apa dah. Lepas tu, ada satu malam ni, tiba-tiba akak senior dalam rumah I tu kejut kitaorang suruh bangun. Tak silap I masa tu dalam pukul 3 pagi. I dengan kawan I peliklah dah kenapa kejut orang pagi-pagi ni kan. Lepas tu akak tu cakap ada orang datang dia suruh tunggu dekat ruang tamu sekarang. Masa tu kitaorang dengan muka bertepek bedak sejuk dengan baju tidur tu redha jelah pergi jumpa orang tu. Rupanya yang datang tu pakcik guard situ jugak. Kitaorang masa tu tebalkan muka jelah. Lepas tu tiba-tiba guard tu tanya dekat akak senior “Dia dekat mana?” akak senior tu pun tunjuk dekat satu bilik yang kitaorang buat bilik luggage room. I dengan kawan I pelik sebab yelah kitaorang budak baru, memang tak tahu apa-apa masa tu. Lepas tu guard tu tanya lagi, “Lagi dekat mana?” sekali lagi senior tu tunjuk dekat dapur and dalam bilik tidur. I pelik lagi apa yang ada ni kan. Tapi I senyap je. Lepas tu guard tu bangun dan dia pergi dekat tempat-tempat yang senior tu tunjuk. Dalam 30 minit macam tu guard tu duduk balik dekat depan kitaorang. Lepas tu baru lah dia bukak cerita, yang dalam rumah kitaorang duduk tu ada benda masuk ikut senior kitaorang balik kerja. And adalah dalam couple of days akak-akak tu kena kacau cuma tak bagi tau kitaorang pun. Lepas tu tiba-tiba guard tu pandang I and dia tanya, ada nak tanya apa-apa ke? I terdiam. I dah start risau, dia tau ke pasal lebam-lebam dekat badan I? Benda ni I just bagi tau housemates I je. At first I taknak bagi tau, tapi kawan I bagi taulah guard tu yang badan I lately ni asyik lebam tak tau kenapa. Lepas tu guard tu tanya I, ada pergi mana-mana ke? I cakap tak ada pun cuma minggu lepas adalah pergi hiking. Lepas tu guard tu angguk and dia suruh I duduk depan dia. I pun pergilah duduk depan dia lepas tu dia baca-baca and dia tiup belakang I couple of times. Bila dia tiup tu, I rasa macam lega macam something heavy dah tak ada atas bahu I. I pandang guard tu dia tanya dah lega ke? I angguk and dia cakap biasalah ada dia tu. Meremang bulu roma I masa tu. Lepas dari tu, esoknya bangun tidur lebam-lebam dekat badan dah hilang. I terus bagi tau my parents pasal malam tadi and minggu tu jugak I tukar kolej lain. Tak sanggup weh.

TO BE CONTINUED (SECOND STORY)

Perkongsian Daripada Rose.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Seseorang Tekan Lonceng Tapi Siapa?

Kompilasi Kisah Seram (PART 2)