in

KKB

Assalamualaikum dan hai semua. Aku nak cerita sikit pengalaman paling seram yang pernah aku lalui seumur hidup aku. Tapi aku laluinya bersama dengan wife aku kira-kira 2 tahun lepas. Ok ceritanya begini, hari tu kawan satu office dengan aku ada buat majlis doa selamat di rumahnya di Kuala Kubu Bharu (KKB). Jemputan kami adalah sekitar lepas maghrib, memandangkan aku duduk di Selayang, pukul 5 setengah tu aku terus cabut dan pick up wife aku dari office dia dan straight drive ke KKB. Kira kami dah settle asar dan tukar baju kat office masing–masing.

Setelah menempuh jammed yang panjang antara Selayang-Rawang-Serendah, akhirnya kami tiba di rumah colleague aku kat KKB selepas maghrib. Selepas bertahlil dan doa selamat, kami semuapun beramah mesra dengan kaum kerabat colleague aku, aku pun perkenalkanlah wife aku yang ketika itu baru 4 bulan hamil. Kamipun rancaklah berbual hingga tak sedar jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Terus wife cubit peha bagi sign ajak pulang memandangkan esok tinggal sehari lagi bekerja, so faham – fahamlah malam apa ni ya readers . Selepas tu kamipun minta diri untuk pulang.

Sepanjang perjalanan aku banyak menguap je, dah kenyang mengantuklah pulak, rungut aku. Wife tak banyak cakap mencebik sambil memandangku dengan matanya yang tajam. Mungkin marah sebab aku melengah – lengahkan masa padahal esok kerja. Selepas rasa, wife tetiba teringin nak makan aiskrim vanilla katanya. Terkejut aku dibuatnya, yelah malam hari mintak yang pelik – pelik. Dia ajak ke 7E kat Batang Kali. Aku cadangkan kat dia nak singgah 7E Serendah ataupun 7E Rawang Mutiara sebab kedua – dua branch tu straight ke Selayang, kalau yang Batang Kali kena masuk dalam jauh. Dia membentak sambil mengungkit yang tadi tu, akhirnya aku turutkan jua permintaan intan payungku itu, aku nak tengok apa permainan dia.

Setelah membeli aiskrim vanilla, tetiba pulak wife ajak lalu ikut Hulu Yam. Apa ?? Dahlah jam dah lebih pukul 10.30 malam, wife aku ni dah melebih, apa reason dia nak lalu Hulu Yam. Sekali lagi aku turutkan permintaan dia. Pada mulanya dia jadi ceria semula, dia memuji makanan kat rumah member kerja aku tadi, katanya sedap rendang dengan pulut kuning tu, tapi perut dia tak selesa tu yang makan sikit je. Alhamdulillah wife aku dah kembali pada normal semula. Sedang rancak kami berbual secara tiba – tiba kereta aku hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan. Nasib baik luas tepi jalan tu. Aku dan wife kedua – duanya terkejut. Aku nak keluar nak cek kalau ada apa – apa yng rosak sebab aku rasa ada sesuatu yang melanggar kereta kami. Tiba – tiba wife pegang tangan aku dan tahan aku daripada keluar kereta. Dia cakap dia perasan ada sesuatu berwarna hitam melanggar cermin sisi sebelah aku. Apa? macam mana aku tak sedar semua tu?

Tiba – tiba wife suruh tengok apa ada di sebelah kiri, aku jenguk – jenguk nak tengok apa yang ada kat situ, malam tu berkabus sangat awal, jam baru pukul 11 malam. WHAT THE??? Rupa – rupanya kereta kami tersadai kat sebelah jirat cina. Mengucap panjang aku, aku pun cepat – cepat start enjin nak blah dari situ sebab wifepun rasa tak selesa tambah lagi wife berbadan dua, takut ada benda yang berkenan kat dia. Asal enjin tak boleh start ni ? Tak boleh jadi aku kena cek apa problem, minyak ada, minyak hitam ke, radiator ke ? Bateri ke ? Aku tanya wife kami dah kat mana, dia rasa kami tak sampai Hulu Yam lagi, jadi for sure lah kami ada kat jirat cina Hulu Yam Bharu. Bengkel atau stesen minyak kat depan lagi, bila aku cek semua benda tu takde apa semua ok, jadi akupun cuba – cubalah nak tahan kereta motor yang lalu lalang situ.

Pelik sebab satupun kenderaan tak mahu stop, takkan sebab jirat cina sebelah kami tu. Wife aku suruh cepat sebab dia takut dengan jirat cina yang saiz sebesar alam tu. Bila aku tengok semula jirat tu memang seluas mata memandang, gerun jugak aku tengok jirat tu. Masa tengah ralit tetiba aku terpandang ada orang kat hujung jirat tu. Apa orang tu buat dah dekat 12 tengah malam ni ? Cepat – cepat aku masuk semula kereta tapi aku tak cerita kat wife apa yang aku nampak tu. Aku cuba start enjin berapa kali tapi tak boleh lagi, tiba – tiba kereta kami bergegar, wife aku dah start panik, aku pun cuba tenangkan dia suruh dia bukak cd bacaan Yassin, aduh kenapalah kami tak terfikir dari tadi.

Memang ada sesuatu yang gegarkan kereta kami dan aku syak benda tu duduk atas kereta kami. Aku kumpulkan kekuatan aku dan start azan, tapi makinku azan makin kuat dia menggegar kereta kami. Wife aku terus kuatkan volume Yassin tu dan tutup muka dia seolah – olah tak nak lihat apa yang terjadi. Apa lagi aku dah tak tahan dengan gangguan tu aku keluar dari kereta. Zzzupp benda hitam tu terbang ke arah pokok asam jawa tak jauh dari kereta kami. Aku jerit pada benda tu kalau berani datanglah sini, entah dari mana datangnya berani aku tu boleh pulak aku pergi cabar benda tu.

“Benda tu tala belani kacau lu olang Islam”, sergah seorang asoh (nenek) cina dari belakang. Eh, dari mana datangnya asoh ni? Pukul 12 tengah malam berjalan kaki seorang diri dahlah kawasan sini takde rumah orang. Wife pun terkejut dan cuba nak keluar kereta tapi aku tak bagi. Aku cuba mintak tolong asoh tu, tapi jawapan paling shocked yang aku terima bila asoh tu cakap mintak tolong sama tuhan bukan sesama makhluk. Sebelum beredar asoh tu suruh aku jaga wife aku sebab kemungkinan lembaga hitam tu nakkan anak dalam kandungan tu sebagai makanan. Sekali aku berkelip je asoh tu dah hilang disebalik kabus tu, aku apa lagi terus masuk ke dalam kereta dan baca apa saja yang aku ingat dan cuba start kereta lagi. Alhamdulillah sekali start je enjin terus mengaum, aku apalagi suruh wife aku ketatkan seat belt dia sebab aku nak memecut.

Dalam pecutan aku tu rupanya disedari oleh makhluk tadi, laju je dia terbang follow kereta kami. Wife cakap hati – hati sebab kiri kanan jalan ada anak sungai, kami pun melepasi pekan Hulu Yam Bharu dan membelok ke arah pekan lama Batang Kali. Rupa – rupanya benda tu masih mengejar kami, wife dapat tengok dari cermin sisinya sambil terkumat – kamit mulutnya membaca. Selepas membelok ke arah Serendah iaitu jalan utama barulah benda tu hilang, lega aku tapi wife terus membaca sambil mengusap – usap perutnya, katanya dia risau benda tu ikut kami balik, yelah benda ghaib kita tak tau dia ikut jalan mana.

Akhirnya kami tiba di rumah kami kat Selayang. Masa tu jam dah pukul 1.15 pagi. Malam tu lepas siap mandi solat semua kami tidur dalam pukul 2 lebih. Aku ingat benda tu dah tak dapat ikut kami sebab kami tinggal kat tingkat 10 apartmen, mungkin tinggi sangat bagi dia kot. Tapi keesokannya wife aku cerita yang dia mimpi asoh tu datang dalam tidur dia, dia cakap yang asoh tu berminat nak peluk Islam lepas terdengar bacaan Yassin daripada cd yang dipasang tu. Mimpi tu kat tempat yang sama dengan kereta kami yang rosak tu. Asoh tu cakap dengan wife aku yang dia bukannya manusia, dia merupakan penunggu jirat cina Hulu Yam Bharu tu dah beratus tahun. Dia memeluk agama Buddha bila orang cina mula buka perkuburan tu dan kemudian peluk agama Majusi bila nampak orang cina dok bakar kertas kat kubur tu. Tapi dia masih tak dapat ketenangan dalam hidup dia.

Sampailah time dia nampak kereta kami tersadai kat situ. Dan dia nampak ada seekor langsuir sedang mengacau kami. Waktu tu dia nak tau apa yang manusia buat kat situ malam – malam begitu. Bila dia terdengar cd bacaan Yassin tu baru dia tau yang kami ni orang Islam dan hati dia tertarik dengan bacaan Yassin tu, terus dia bertukar menjadi seorang asoh dan cuba nak selamatkan kami berdua. Rupa – rupanya asoh tu lah kelibat yang aku nampak kat hujung jirat tu. Selepas hari tu setiap hari wife aku termimpikan asoh tu sambil memujuk dia nak memeluk Islam. Akupun jadi tension bila fikirkan hal ni, aku tak mahu emosi wife aku terganggu sebab dia sedang pregnant.

Akhirnya kami berjumpa dengan yang arif tentang hal ni. Ustaz tu cakap memang betul asoh tu jin penghuni jirat cina tu, apa yang dia sampaikan dalam mimpi wife aku tu memang benar, dan ustaz tu cuba untuk berkomunikasi dengan asoh tu melalui wife aku. Asoh tu berjaya pinjam badan wife aku untuk bercakap dengan ustaz tu dan akhirnya d ia memeluk Islam. Sejak pada saat itu, takde lagi gangguan ke atas wife aku dan kami dah berjanji takkan keluar malam merayap ke tempat – tempat yang tak sepatutnya sebab dah taubat dengan kejadian tu. Yelah, selepas senja kan waktu ‘mereka’ berpeleseran pulak, bukan waktu manusia lagi.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Sampai Kena Tegur

Sepupuku Ana