in

Kisah Stesen Minyak

assalamualaikum Ekram , saya Shafiq.

Saya ingin kongsi kisah seram saya yang benar-benar berlaku pada 8tahun lepas kepada kupi2 go.

Pengalaman ini  masih segar dalam ingatan saya sehingga hari ini.

Saya adalah seorang pekerja di stesen minyak , shift saya dr petang  3ptg-1pagi. (10jam)

Biasanya saya berjalan kaki untuk  pergi  ke tempat kerja saya .

Lebih kurang 40minit dr rumah saya. biasalah masa itu saya tidak ada kenderaan sendiri.

Seperti biasa ,selepas tamat kerja pukul 1pagi. saya bergerak cepat2 untuk balik kerumah saya

Kerana jika lambat suasana laluan kawasan berhampiran kerumah saya akan gelap gelita. Susah untuk saya berjalan kaki kawasan itu, ada lampu tiang, tetapi rosak semuanya masa itu.

Tambah pula kawasan situ ada banyak anjing akan berkumpul dikawasan laluan saya. jadi jika lambat susah saya nak lalu takut diganggu oleh anjing. Ketika dalam perjalanan  hampir masuk laluan kawasan gelap yang saya katakan tadi saya tiba2  terasa tidak sedap hati pula. biasanya rasa penat sahaja kerana berjalan

Kali ini lain dari yang lain  pulak rasa. mana tidaknya  saya sunguh2 dapat merasai ada sesuatu sedang mengikuti  dari belakang saya tetapi saya tidak menoleh kebelakang. Sebab orang tua2 saya pernah kata. jika terasa sesuatu aneh dibelakang tanpa bunyi apa2 tetapi akan terasa tidak sedap hati dan akan terasa berat pada bahu badan.  JANGAN SEKALI KALI PANDANG BELAKANG  DAN TERUSKAN SAHAJA PERJALANAN.

Walaupun saya terasa amat takut dan terasa bahu badan saya berat sekali.  saya cuba beranikan diri untuk berjalan dengan  laju .dalam hati bila nak sampai rumah ni.. yang peliknya semaking laju jalan tetapi masih lambat sampai rumah..badan terasa berat. kaki pula terasa lemah untuk melangkah . ada sesuatu baunya busuk. tak tahu arah mana datang..  mahu atau tidak saya cuba kawal perasaan saya .nasib baik  saya ada bawa  earphone . jadi  saya pasang  mp3 buat2 tak tau sahaja, jalan2 akhirnya saya sudah sampai kerumah dengan selamat.  saya terus bergegas buka pintu rumah dan cepat2 kunci pintu dan terus masuk ke bilik saya.

Kerana terlalu penat berjalan saya pun terus baring atas lantai bilik saya sambil memandang dinding bilik saya, dalam pikiran saya pula terkata2 dan teringat pesanan orang tua saya, cuci kaki dulu sebelum masuk rumah waktu mlm. tetapi saya penat dan tidak mampu untuk bangun lagi masa itu. jadi saya abaikan sahaja untuk cuci kaki.  tak tau kenapa ketika saya baring saya terasa cemas dan berpeluh seluruh badan. biasanya tak peluh begini. kali ini agak berlainan .hati mula terasa ada seseuatu yang tak kena pada diri saya .

untuk tenangkan pikiran saya , saya berkata dalam hati  tak perlu takut dah sampai rumah kan..

apa nak risaukan lagi. semuanya sudah berakhir. kata hati saya.

 TETAPI …BUKAN.   tanggapan saya adalah  salah !!! bukan berakhir. tetapi ini baru permulaan.

sedang baring sambil memandang dinding bilik mata saya mula terasa berat seolah mahu tidur. mata saya terus tertutup . sangka tertidur padahal tidak. TIBA2 mata terbuka sendiri memandang dinding bilik tanpa berkelip mata. saya seolah2 dipukau. saya tau  bahawa saya sedang pandang dinding itu. tetapi tak mampu bergerak. terpaku disitu. agak dalam 10 saat pandang dinding tiba2 ada lembaga putih  tembus keluar dari dinding bilik saya. badannya pendek. kain putih panjang hingga ke bawah. tetapi kainnya kotor berbau  .koyak sana sini. seolah2 kain reput. rambut sangat panjang . saya tahu apa yang saya lihat. tetapi yang herannya kenapa saya dipukau??? saya tidak takut. tidak menjerit, tidak pula cuba lari dari situ. hanya pandang pontianak sahaja .

pontianak itu mula pandang saya dengan pandangan yang tajam. tiba2 dia mengilai sekuat2nya..hihihihihihih….hihihihihih….sambil menunjuk gigi taringnya kepada saya.selepas  2minit di mengilai  dia bergerak perlahan2  dari arah kiri ke kanan  seperti sehelai kertas tubuh dia bergerak,

mata saya pandang sahaja dimana dia  bergerak. dia bergerak arah pintu toilet dalam bilik saya dan terus lesap dan hilang…. tak tahu kemana dia pergi. lepas dia pergi serta merta saya mula kembali ingatan dari pukau pontianak itu… saya terus bangun  dan menuju ke  bilik air dan cuci muka saya.  pada esok harini saya demam hingga 4 hari berturut2 disebabkan serangan pontianak teresbut… saya cerita apa yang terjadi malam semalam kepada seorang pakcik  yang saya kenal. kata pakcik itu.. sebenarnya benda halus itu telah duduk atas bahu kamu ketika dalam perjalan .  dan kamu membawa dia kerumah …selapas dengar jawapan  dari pakcik itu   meremang seluruh tubuh saya. .. selepas peristiwa itu berlalu. saya minta majikan saya tukar shift saya  ke pagi. kerana saya tiiada kenderaan untuk balik kerumah waktu malam..   ini kisah saya yang pernah berlaku. hingga skrg masih segar dalam ingatan saya,  

terima kasih kupi kupi go.

terima kasih ekram.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Hospital Seram

Gangguan Pocong Atas Katil